PAS MENANG

TAHNIAH..KEPUTUSAN RASMI PAS MENANG DENGAN MAJORITI TIPIS


PAS - 5348

BN- 5283


MAJORITI 65 UNDI

Terkini tidak rasmi- Pas menang tipis

Keputusan terkini jam 8.15, PAS Menang tipis dengan majoriti 70

- Proses pengiraan semula sedang berlangsung

Terkini : Pas masih mendahului dengan 64 undi

Pas masih mendahului dengan majoriti tipis 64 undi..

keputusan rasmi sedikit masa lagi

Keputusan terkini 7.45 pm

Keputusan Tidak rasmi ..jam 7.45 pm


PAS -5363

BN - 5293


majoriti " 90


saluran menang 14

jumlah saluran 27


jumlah UPU- 9

lagi terkini- keputusan tidak rasmi Manek Urai

KEPUTUSAN TAK RASMI@ JAM 7.20PTG

PAS - 4700

BN - 4542

Majoriti - 158


Sumber : mimpi senja

Terkini keputusan tidak rasmi-PRK manek urai

Terkini : Manek Urai 5.13ptg

Peratusan keluar mengundi 85%.Jangkaan keseluruhan PAS menang majoriti lebih kurang 1700 undi.Maklumat dari bilik gerakan (culaan)lebih 100 undi dari yang dulu.Kami sedang solat Hajat di Markaz.Pengumuman oleh SPRM peti undi telah di tutup.Suasana reduh...tenang...Kiraan undi sedang berjalan....

sumber : Pas Pasir salak

Terkini di Pilihanraya Manik Urai.


BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai:


12.00 tengah hari: SPR mengesahkan, 8,475 pengundi (68.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing


12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.


11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.


11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.


11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.


11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.


10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).


9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Sr Awang Adek Hussein.


9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.


9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."


9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.


8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.


8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.


8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.


8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.


7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.



sumber : mstar

Beruntungnya Orang manik Urai


Manik Urai sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara bagi melengkapkan edisi pilihanraya kecil Malaysia setelah 5 pilihanraya kecil sudah pun berlalu. kalau sebelum ini kita lihat parti Bebas tidak pernah ketinggalan dalam menghantar calonnya untuk mencuba nasib dalam setiap pilihanraya kecil yang terdahulu sehingga menyaksikan penyertaan parti bebas paling ramai dalam sejarah iaitu ketika PRK DUN Bukit Selambau.

Kali ini Manik Urai akan beraksi satu lawan satu antara BN yag diwakili Ketua Bahagiannya Tuan Aziz Tuan Mat dan PAS Pula menurunkan Saudara Fauzi iaitu seorang peniaga. Tidak kira dalam bentuk bagaimana dan siapa lawannya bagi PAS dasar dan matlamat adalah sama iaitu menjajikan suatu yang terbaik dalam menjaga kebajikan pengundi Manik Urai dan apatah lagi sebelum ini pun PAS mempunyai rekod yang baik terhadap pengundi Manik Urai sewaktu dipimpin oleh Allahyarham.

Kalau dilihat dari trend dan gaya penduduk di situ PAS sudah pasti boleh menarik nafas lega kerana budaya masyarakat di situ yang mementingkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dan sudah tentu PAS akan menjadi pilihan berdasarkan perjuangan PAS yang lebih menitik beratkan aspek-aspek agama berbanding dengan BN yang terus menerus melaungkan isu pembangunan dan menggunakan media massa untuk memutarbelitkan fakta.

Manik Urai juga akan menjadi satu lagi ujian kepada BN dan petanda kepada rakyat bahawa BN khususnya parti UMNO bukan lagi menjadi tempat untuk menumpang teduh. BN sudah dilihat tidak lagi releven dalam senario politik sekarang. Orang Melayu juga sudah ramai menyertai PAS dan lebih sukakan hijau putih berbanding simbol keris. Negeri-negeri lain terutamanya Perak tidak lagi berminat dengan parti yang diterajui orang melayu yang berjiwa elit ini.


Manik Urai merupakan satu kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman dan masyarakat di situ banyak bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Orang kampung sebenarnya tidak gemar pembangunan yang memenatkan mereka. Pembangunan yang tidak seimbang dan bersikap "double standard" sudah lama dapat dihidu oleh rakyat Kelantan.

Kali ini BN Sekali lagi menabur projek pilihanraya di Manik Urai. terima kasih buat BN kerana bersimpati dengan nasib pengundi Manik Urai. Cuma yang menjadi persoalannya ialah projek simpati ii hanya muncul waktu pilihanraya sahaja. Kenapa tidak dibantu secara berterusan sekiranya ikhlas. Inilah gaya persembahan BN dalam meraih simpati pengundi Manik Urai.

Baru-baru ini Dato Mustafa Muhammad membuat kenyataan dalam akhbar bahawa anak-anak pengundi manik urai yang bersekolah telah diberikan beg baru dan banyak lagi pemberian yang akan diagihkan. Bertuahnya, Beruntungnya pengundi Manik Urai. kalau kita lihat di DUN Penanti tempohari, penduduk penanti hanya terpaksa menelan air liur tanpa ada sebarang projek disebabkan BN tidak bertanding.


Jadi jelas lah di sini bahawa di mana ada BN bertanding maka di situlah akan ada projek segera dan agihan-agihan tambahan. kalau BN tak bertanding bermakna kempunan lah.

Seandainya inilah budaya yang diamalkan BN maknanya apa yag dibuat oleh BN tidak ikhlas. Apakah kita sebagai pengundi akan sentiasa di tipu sepanjang masa.


Kita renung bersama



-Pak katib


7 Julai 2009