Kemenangan Bergaya PAS (PR) bukti UMNO semakin Nazak


Tahniah buat Yb baru dari PAS Ustaz Salleh Man yang mewakili suara pengundi Pengkalan Pasir. Kemenangan bergaya Pakatan Rakyat melalui calon PAS dengan majoriti 4551 undi adalah bukti cukup jelas bahawa UMNO-BN semakin nazak dan keujudannya tidak lagi diterima masyarakat.
Saya baru sahaja pulang dari Permatang Pasir setelah berada di sana bagi melihat suasana kempen dan sehinggalah kepada saat-saat akhir berkempen sokongan yang padu dan kuat yang ditunjukkan oleh semua kaum Melayu, cina dan India terhadap Pakatan Rakyat tidak dinafikan lagi. Rupanya dalam Pakatan Rakyat inilah sebenarnya dapat kita lihat penyatuan antara kaum tanpa mengira fahaman agama dan budaya berada dalam satu gagasan bagi menghancurkan BN yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini dengan membawa pelbagai wabak korupsi, penipuan dan tipu daya.

Masyarakat sekarang tidak lagi mudah ditipu oleh propaganda yang dimainkan olen BN melalui media massa mereka. Trend yang dibawa oleh UMNo-BN sememangnya tidak langsung memberi kesan kerana gaya dan cara mereka ini seolah-olah berada di zaman tok kaduk lagi. Tiba sahaja pilihanraya UMNO-BN akan mencanang isu pembangunan sehingga rakyat semakin muak. Apa yang rakyat mahukan adalah satu perubahan kepada pembersihan sikap dan integriti ahli-ahli UMNo-BN.

Kemenangan bergaya PAS sekaligus memperlihatkan betapa UMNO sudah jauh ditinggalkan oleh masyarakat dan gelombang Pakatan Rakyat nampaknya sudah hampir sampai ke Putra Jaya.

Sementara menantikan ceramah kemenangan yang berlangsung di Markaz Utama Permatang Pasir saya sempat menyelak-nyelak helaian keputusan untuk tahun 2009 dan perbandingan dengan 2008 mengikut saluran dan peti undi. Hasil semakan, saya dapati undi UMNO semakin merosot dan Undi Pakatan Rakyat pula yang meningkat. Walaupun dikhabarkan dalam media Perdana BN khususnya berita harian dan utusan bahawa mereka berjaya mengurangkan majoriti tapi hakikat sebenarnya ialah mereka (BN) sebenarnya yang banyak hilang undi. Kekurangan majoriti berbanding 2008 adalah disebabkan oleh ramai pengundi PAS tidak dapat balik kerana pilihanraya diadakan pada hari berkerja dan peratus pengundi pula hanya sekita 73 % sahaja. Walau apa pun itulah cara UMNO-BN yang tidak akan mengaku kalah walaupun hakikatnya mereka ini tidak lagi releven.


Wallahuaalam


Pak Katib

** mohon maaf kepada semua pembaca sebab lama tak menulis**