Sudah naik sarang labah -labah...PERTANDINGAN 3 PENJURU MENDOMINASI PRU 14

Lama sudah tak menulis dan mengulas isu isu politik di Warung Pak Katib..Idea untuk menulis pun sudah semakin berkarat. 
   Kali ini PRU kembali bertandang dengan suasana lebih meriah dan mencabar. sebanyak 222 kerusi parlimen dipertandingkan dengan BN sebanyak 197 kerusi. Kali ini PAS bergerak sendiri tanpa rakan kongsi PKR dan DAP. PASyang kini dimonopoli oleh golongan ulama dijangka akan mengekalkan pengaruhnya di Kelantan walaupun ada desas desus BN kembali merampas Kelantan setelah lebih 20 tahun dikuasai PAS. Banyak isu isu dimainkan dan yang paling popular adalah isu pekerjaan dan masalah kebersihan air di Kelantan.
    Walaubagaimana pun tidak semudah itu BN ingin memujuk pengundi Kelantan untuk bersama BN kerana rekod pentadbiran PAS di kelantan cukup cemerlang dengan 0 kes rasuah berbanding BN dan PKR. Apa pun keputusan di tangan pengundi. 


Suasana penamaan calon di Adtec Taiping bagi Parlimen Bukit Gantang


       bertemu kembali

Minyak Naik Lagi

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2. Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini. "Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat. Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU



Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu

Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.

Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

"Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap," katanya ketika dihubungi.

Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu.

sumber Malaysiakini


Senarai Calon PAS Kelantan



PRU-13: PAS Kelantan Umum 43 Calon Kerusi DUN, 14 Calon Parlimen, 16 Muka Baru

MACHANG: PAS Kelantan meletakkan seramai 57 calon termasuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Daripada jumlah itu, 43 calon akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 calon Parlimen.

Dalam pengumuman yang dibuat pada lewat malam Rabu, seramai 16 calon adalah muka baru.

Sementara itu, dua kerusi DUN Guchil dan Paloh masih belum diputuskan di mana kedua-dua calon dari PKR.

Berikut merupakan senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan pada lewat malam Rabu:

P.19 Tumpat: Datuk Kamaruddin Jaffar

N.1 Pengkalan Kubor: PKR Samaron Ibrahim

N.2 Kelaboran: Mohd Zaki Ibrahim

N.3 Pasir Pekan: Datuk Ahmad Yaakob

N.4 Wakaf Bharu: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

P.20 Pengkalan Chepa: Dr Ezani Hussin

N.5 Kijang: Wan Ubaidah Omar

N.6 Chempaka: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

N.7 Panchor: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

P.21 Kota Bharu: Datuk Takiyuddin Hassan

N.8 Tanjong Mas: Rohani Ibrahim

N.9 Kota Lama: Datuk Anuar Tan Abdullah

N.10 Bunut Payong: Dr Ramli Mamat

P.22 Pasir Mas: Nik Abduh Nik Abdul Aziz

N.11 Tendong: Rozi Muhammad

N.12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad

N.13 Chetok: Abd Halim Abd Rahman

P.23 Rantau Panjang: Siti Zailah Mohd Yusof

N.14 Meranti: Datuk Mohd Nasuruddin Daud

N.15 Gual Periok: Mohamad Awang

N.16 Bukit Tuku: Mohd Rasul Mohamad

P.24 Kubang Kerian: Ahmad Baihaqi Atiqullah

N.17 Salor: Datuk Husam Musa

N.18 Pasir Tumboh: Abdul Rahman Tunos

N.19 Demit: Mumtaz Mohd Nawi

P.25 Bachok: Marzuki Shaari

N.20 Tawang: Hassan Maahmood

N.21 Perupuk: Huzairi Hussin

N.22 Jelawat: Dr Yusnan Yusof

P.26 Ketereh: PKR - Abd Aziz Kadir

N.23 Melor: Wan Ismail Wan Jusoh

N.24 Kadok: Azami Mohd Noor

N.25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmood

P.27 Tanah Merah: Nik Mahmood Nik Hassan

N.26 Bukit Panau: Datuk Abdul Fatah Mahmod

N.27 Gual Ipoh: Wan Yusof Wan Mustapha

N.28 Kemahang: Mejar Datuk Anizam Abdul Rahman

P.28 Pasir Puteh: Datuk Dr Nik Mahazir Mohamad

N.29 Selising: Dr Saiful Bahrin Mohamad

N.30 Limbongan: Mohd Nazlan Mohd Hasbullah

N.31 Semerak: Wan Hassan Wan Ibrahim

N.32 Gaal: Tuan Mazlan Tuan Mat

P.29 Machang: Tuan Zawawi Tuan Ismail

N.33 Pulai Chondong: Zulkifli Mamat

N.34 Temangan: Dr Mohd Fadhil Hassan

N.35 Kemuning: Hussin Ismail

P.30 Jeli: Mohd Apandi Mohamad

N.36 Bukit Bunga: Sufely Abd Razak

N.37 Air Lanas: Abdullah Ya'akub

N.38 Kuala Balah: PKR - Ramlan Mat

P.31 Kuala Krai: Dr Mohd Hatta Ramli

N.39 Mengkebang: Abdul Latiff Abdul Rahman

N.40 Guchil: (Nama akan diumumkan kelak)

N.41 Manek Urai: Mohd Fauzi Abdullah

N.42 Dabong: Mohd Asri Ibrahim

P.32 Gua Musang: Datuk Wan Rahim Wan Abdullah

N.43 Nenggiri: PKR - Mohd Azihan Che Seman

N.44 Paloh: (Nama akan diumumkan kelak)

N.45 Galas: Abdullah Hussin


Lagi Berita
Go
« Kembali

Bakal terkuburnya BN dalam PRU 13

Selesai sudah senarai calon BN dan tugasan seterusnya adalah menggerakkan jentera pilihanraya di kawasan masing masing. Team team dato Najib sudah pasti tersenarai dengan gah. Khabarnya juga ada campurtangan dari Kak Mah sendiri walaupun ianya belum disahkan dan Kak Mah sendiri menafikan pembabitannya dalam penyenaraian calon BN bagi PRU 13. Antara benar atau tidak itu bukan perseolannya. Calon yang dianggap sebagai Harapan BN untuk terus mengunggulli dan mengekalkan kuasa di bumi Malaysia ini sebenarnya adalah kubur yang digali sendiri oleh UMNO BN apabila beberapa calon baru yang sebenarnya tidak digemari oleh akar umbi dan ada di kalangannya merupakan calon kitar semula.

Parlimen Shah Alam yang meletakkan Zulkifli Noordin sebagai calon telah mengejutkan orang UMNO shah Alam apatah lagi ada di kalangan mereka telah berkerja bertungkus lumus untuk menggerakkan jentera UMNO supaya diterima pengundi Shah Alam setelah dimalukan dengan kekalahan teruk oleh PAS melalui Khalid Samat dengan majoriti melebihi 9 ribu.

Kehadiran Zulkifli Noordin di kawasan Shah Alam menjadi satu ledakan bom jangka yang akan meranapkan lagi parlimen Shah Alam dan sekaligus memberi ruang kepada PAS melalui penyandangnya untuk mengekalkan kerusi secara bergaya dengan majoriti yang lebih besar. Zulkifli Noordin tidak dilihat sebagai " Winable candidates" kerana rekodnya yang kurang cemerlang dan mempunyai sikap yang suka "melompat lompat".

Di kalangan pengundi India, Zulkifli Noordin dilihat sebagai manusia yang tidak pandai menghormati agama lain dengan beberapa klip video dalam youtube yang menunjukkan Zulkifli Noordin menghina Tuhan Hindu. Walaupun ceramah itu telah berlangsung beberapa tahun yang lepas dan ketika beliau masih dalam Pakatan Rakyat tetapi isu itu telah mengguris perasaan masyarakat Hindu. Keadaan ini telah menyebabkan undi pengundi India tidak akan singgah di kerusi yang dimiliki oleh Zulkifli Noordin.

Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada apa yang berlaku dalam UMNO. Kebangkitan rakyat mutakhir ini telah menyebabkan UMNO seperti cacing kepanasan kerana beberapa tembelang UMNO satu persatu terbongkar dan dibongkar.

Umno BN bukan lagi parti yang releven untuk rakyat. UMNO BN hanya akan jadi sejarah. Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang terbaik dan memenuhi inspirasi Rakyat

Pak Katib

17 April 2013

DUN Negeri Sembilan catat sejarah terbubar secara automatic








MARCH 28, 2013

SEREMBAN, 28 Mac — Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik tengah malam tadi berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.

Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya.

Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar).

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan pilihan raya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(4) dan satu oleh PAS.

Pada 11 Okt 2009, satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).

Ia menyaksikan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar

Dr M: Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk

Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.

Kit Siang: Najib jadi PM tanpa mandat





Ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sah menjadi perdana menteri bermula 9 Mac semalam dan mendesak Najib segera mengadakan pilihan raya dengan segera.

Katanya, tempoh pentadbiran kerajaan sedia ada genap lima tahun pada 8 Mac lalu.

"9 Mac adalah tarikh yang mustahak kerana bermula hari ini kita ada perdana menteri yang tidak sah di Malaysia," kata Lim sewaktu berucap pada majlis sambutan 5 tahun pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam semalam.

Beliau mendakwa, Najib kini menjadi perdana menteri tanpa mandat daripada rakyat memandangkan beliau tidak mengadakan pilihan raya umum untuk mendapat mandat baru selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tambah Lim, semua perdana menteri sebelum Najib mengadakan pilihan raya umum dalam masa enam bulan ke setahun selepas mengambil alih kuasa daripada perdana menteri sebelumnya.

"Beliau sudah menjadi perdana menteri yang tidak dipilih, yang paling lama di Malaysia.

"(Beliau) tiada mandat daripada rakyat, takut mengadakan pilihan raya, (dan) takut bubar parlimen," katanya.

Tindakan Najib, kata Lim, menyebabkan rakyat Malaysia sudah berada dalam 'mod' pilihan raya sejak empat tahun yang lalu.

"Datuk Seri Najib catat rekod baru, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi Malaysia sudah masuk Guiness Book of Record.

"Mana ada negara di dunia dalam mod pilihan raya selama empat tahun.

"Ini memalukan buat Malaysia," kata Lim disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 hadirin di Dataran Kemerdekaan.

Pilihan raya umum terakhir diadakan pada 8 Mac 2008, di mana BN tewas di lima negeri.

Abdullah setahun kemudian meletakkan jawatan sebagai perdana menteri – satu tindakan yang diistilahkan sebagai 'peralihan kuasa' pada masa itu – dan Najib selaku timbalan perdana menteri menggantikan beliau bermula 4 April 2009.

Sementara itu Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah sama membangkitkan mengenai cubaan sesetengah media yang mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut Anwar, beliau sedikit pun tidak gentar dengan tindakan itu yang dianggapnya sebagai cubaan untuk kembali menyumbat beliau ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

"Saya tengok cara media duduk main khianat saya dengan isu Lahad Datu ini, mungkin dia nak bawa saya ke situ.

"Nak ugut saya sekali lagi, tapi saya nak cakap, saya akan hadapi.

"Namun, berundur tidak sekali-kali," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir dalam majlis semalam antaranya adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani