Bila Panglima Nizar membuka langkah


Hari ini TV3 kesayangan BN menyiarkan tindakan Dato' Seri Nizar bersama beberapa anggota parlimen dari Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang selama 2 hari akibat melilitkan kain hitam di kepala yang tertulis " Bubarkan DUN". Sekali lagi TV3 memainkan peranannya menyiarkan pandangan beberapa orang kuat UMNO yang menyifatkan ketidakwajaran ahli parlimen dari Pakatan Rakyat itu bersikap demikian seolah-olah tidak menghormati dewan.


Tuan Speaker pula tetap mempertahankan keputusannya menggantung beberapa ahli parlimen dari Pakatan Rakyat atas alasan tidak mengikut peraturan dewan.

Yang peliknya tindakan ahli BN sewaktu di sidang DUN Perak tempohari sedikit pun tidak menampakkan bahawa ahli BN ini sebenarnya tidak bertamaddun apabila mencemari dewan dan secara terang-terangan tidak mengendahkan arahan speaker sivakumar supaya meninggalkan dewan terhadap 6 adun yang digantung. Malah bukan setakat itu, dikerah polis untuk mengheret speaker dari dewan dan melantik speaker baru yang belum tentu sahnya. inilah permainan BN yang sewaktu ketika dahulu cukup sinonim dengan slogan " Bersih Cekap dan Amanah" tapi yang jelas telah pun memusnahkan amanah rakyat.


Sikap berat sebelah dan tidak adil ini telah menyebabkan rakyat menjadi semakin muak dan hilang kepercayaan. Tunggulah pada PR 13, BN pasti tahu akibatnya. Rakyat bukan lagi buta dan tuli serta lena diulit lagu UMNO-BN. Rakyat akan bangun dan memastikan kekalahan yang teruk untuk BN dalam Pilihanraya umum nanti.

Tahniah buat Nizar kerana berani menegakkan keadilan dan menyatakan yang hak.


Hidup..Hidup...

Hidup Rakyat




- Pak katib


15 Jun 2009