Bajet berkebajikan atau "signal" pilihanraya


Gegak gempita seluruh negara bila PM mengumumkan bajet yang banyak memberi menafaat kepada rakyat. Kakitangan awam sudah pastinya tersenyum lebar apabila dikhabarkan dengan skim baru bermula januari 2012 dan juga tambahan bonus setengah bulan gaji lagi bagi melengkapkan satu bulan gaji bagi tahun ini yang mana separuhnya telah pun diberikan sebelum hari raya.

Rakyat yang berpendapatan rendah, pelajar sekolah, balu-balu dan anggota tentera yang terkorban semasa darurat turut sama merasai durian runtuh apabila bakal mendapat bahagian masing-masing. Sesetengah pemerhati melihat bajet ini adalah yang paling berkebajikan walaupun ada juga sesetengahnya masih sangsi dengan keihlasan bajet ini.

Kakitangan swasta masih lagi tertunggu-tunggu perkhabaran tentang gaji minimum yang tiada penghujung walaupun ada pemanis bibir yang diungkapkan oleh PM agar gaji minimum bergantung kepada syarikat masing-masing untuk melaksanakannya.
Surat akhbar pada pagi 8 oktober awal-awal lagi sudah " sold out". laris macam pisang goreng. Apa tidaknya, semuanya untuk melihat bahagian masing-masing yang diperincikan dalam surat khabar. Muka-muka yang memberi komen menghiasi dada akhbar. semuanya memberi komen yang positif dan ada juga sampai melambung-lambung pujiannya.

Itu lah realitinya, dan itulah yang digembar gemburkan sebagai bajet berkebajikan ini. Sesekali penulis menyelongkar blog-blog di internet untuk melihat pandangan lain yang tidak ditulis dalam surat khabar. Penulis cuba merungkaikan beberapa persoalan yang wujud di sebalik. Penulis bersyukur dan berterima kasih kepada PM kerana menganugerahkan bajet yang disifatkan untuk kesejahteraan rakyat ini. sekurang-kurangnya ia mampu mengimbangi kadar inflasi dan mengeluarkan rakyat dari berada dalam zon ketenatan akibat kenaikan harga barang yang entah berapa kali naik.

Apakah benar pilihanraya sudah semakin hampir. Ramai yang akan jawab ye, kerana desas desus mengenainya sudah pun hinggap di telinga dan telah tersebar melalui blog-blog. samada hampir atau tidak itu adalah keputusan PM yang akan menetapkan bila pembubaran parlimen.

Apakah ada perkaitannya dengan bajet yang baru dibentangkan ini. Ramai yang mengatakan ya dan ramai pula yang menidakkan. Apa pun mengikut pandangan penulis, ini adalah satu langkah awal untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya di kalangan penjawat awam yang telah lari dari menyokong BN. Kekalahan teruk BN pada pilihanraya umum lalu telah menyebabkan BN dirundung malang kerana kehilangan banyak kerusi di tangan Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya dengan bajet ini akan memberi ruang untuk rakyat kembali berfikir dan membuat satu keputusan untuk memihak kepada BN.

Sekiranya ini benar, apakah ini merupakan bajet yang betul-betul ikhlas untuk rakyat atau sekadar untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Rakyat seharusnya menilai dalam semua aspek agar tidak sentiasa ditipu sebagaimana wujudnya projek projek segera menjelang pilihanraya dan janji-janji pilihanraya yang sampai sekarang masih ada lagi yang belum tertunai.

Rakyat bukan menolak bajet, malah rakyat akan menerima dengan penuh kesyukuran dan terima kasih tapi bukan untuk dicucuk hidung atau digula-gulakan. rakyat sudah bijak menilai.
Samada sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dalam zon yang memerlukan kita lebih berfikir. silap percaturan bermakna kita mengundang kepayahan untuk 5 tahun lagi. Teringat saya kata-kata Tuan guru Hj. Nik Abdul Aziz menteri Besar kelantan, " beri kain pakai, beri wang ambil, beri basikal gatih". Tepuk dada tanya selera. undi kita yang akan menentukan masa depan negara.

wallahuaalam

pak katib

10 oktober 2011

Rusuhan Agama: 24 Maut Di Kaherah

Puak Kristian bertempur dengan tentera serta polis berhubung protes terhadap serangan yang berlaku ke atas sebuah gereja di selatan Kaherah, Mesir pada Ahad.Foto -AP


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam keganasan rusuhan agama membabitkan puak Kristian di Kaherah.

Rusuhan yang berlarutan hingga malam Ahad memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.

Kumpulan terbabit bertempur menggunakan batu dan bom api. Beberapa kenderaan termasuk milik tentera dibakar.

Puak Kristian mendakwa pentadbiran tentera Mesir terlalu berlembut dengan pihak yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan anti Kristian. -AFP


sumber: mstar online

Tarikh Akhir Parlimen Bubar 24 April 2013: SPR



KOTA BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

"Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, Sabtu.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - Bernama

"Bajet pilihanraya"



KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff.


Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat.


"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily.


GST menungguDisebalik insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang sekaligus akan membankan pengguna."Kita tidak nampak penurunan cukai kepada sektor koperat. Walaupun ada banyak cukai tak lansung diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat."Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13.Kelantan terus dipinggirBeliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan.Beliau merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor sahaja.Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara terpilih.


(sumber:Harakahdaily)