KEGANASAN POLIS TERHADAP WARTAWAN, Menteri KDN Ddan KPN bertelagah tentang SOP

Rampas kamera, rakaman bukan SOP

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).Beliau berkata demkian ketikamengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya."Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku."Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.

Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang. Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah anggota polisnya sendiri.Katanya, polis bersikap terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan. Malah, beliau menggesa agar mana-mana pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan."Tiada siapa yang beri arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang."Kita akan siasat semua laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua. Malah ada juga pegawai polis yang dikasari."Ada yang patah gigi, hidung, lengan retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya lagi.Beliau turut ditanya mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut.Ismail menjelaskan, anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku."Kita bertindak secara proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah tindakan untuk mencegah," katanya lagi. -mk
Menteri: Polis rampas kamera wartawan ikut SOPMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkatatindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).Bercakap ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Hishammuddin berkata beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan tindakan ke atas wartawan itu."Saya tidak tahu. Ini garis panduan operasi polis," katanya lagi yang menambah, perkara itu akan dijelaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu sidang media esok.Bagaimanapun beliau berharap bahawa dakwaan itu "tidak betul."Beliau ditanya mengapakah polis bertindak demikian sekiranya pasukan itu tiada perkara yang hendak disembunyikan daripada orang awam.Selain itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa barangan milik pekerja media yang dirampas semasa himpunan BERSIH 3.0 semalam akan dikembalikan."Ya. Kita akan kembalikan," katanya ketika ditanya.Menurut Hishamuddin lagi, dakwaan bahawa wartawan dicederakan oleh pihak polis semasa membuat liputan juga akan disiasat.Katanya lagi, beliau berharap dakwaan itu tidak benar."Saya harap perkara itu tidak benar. Kita tidak melindungi sesiapa. Kita akan berlaku adil pada semua orang. Jangan spekulasikan perkara ini."Kita juga akan lihat kes itu. Seperti biasa. Kita perlu selidik dahulu melalui rakaman video yang telah dirakam dan bergantung pada nasihat dan akta undang-undang pendakwaan," katanya.Dalam pada itu, ketika Hishammuddin ditanya lagi mengenai rampasan milik pekerja media, beliau berharap perkara itu tidak benar.Jelasnya, pihak polis telah melakukan kerja mereka dengan sebaiknya dan tiada akan meneliti perkara tersebut dengan terperinci. -MK

No comments: