Manik Urai sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara bagi melengkapkan edisi pilihanraya kecil Malaysia setelah 5 pilihanraya kecil sudah pun berlalu. kalau sebelum ini kita lihat parti Bebas tidak pernah ketinggalan dalam menghantar calonnya untuk mencuba nasib dalam setiap pilihanraya kecil yang terdahulu sehingga menyaksikan penyertaan parti bebas paling ramai dalam sejarah iaitu ketika PRK DUN Bukit Selambau.
Kali ini Manik Urai akan beraksi satu lawan satu antara BN yag diwakili Ketua Bahagiannya Tuan Aziz Tuan Mat dan PAS Pula menurunkan Saudara Fauzi iaitu seorang peniaga. Tidak kira dalam bentuk bagaimana dan siapa lawannya bagi PAS dasar dan matlamat adalah sama iaitu menjajikan suatu yang terbaik dalam menjaga kebajikan pengundi Manik Urai dan apatah lagi sebelum ini pun PAS mempunyai rekod yang baik terhadap pengundi Manik Urai sewaktu dipimpin oleh Allahyarham.
Kalau dilihat dari trend dan gaya penduduk di situ PAS sudah pasti boleh menarik nafas lega kerana budaya masyarakat di situ yang mementingkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dan sudah tentu PAS akan menjadi pilihan berdasarkan perjuangan PAS yang lebih menitik beratkan aspek-aspek agama berbanding dengan BN yang terus menerus melaungkan isu pembangunan dan menggunakan media massa untuk memutarbelitkan fakta.
Manik Urai juga akan menjadi satu lagi ujian kepada BN dan petanda kepada rakyat bahawa BN khususnya parti UMNO bukan lagi menjadi tempat untuk menumpang teduh. BN sudah dilihat tidak lagi releven dalam senario politik sekarang. Orang Melayu juga sudah ramai menyertai PAS dan lebih sukakan hijau putih berbanding simbol keris. Negeri-negeri lain terutamanya Perak tidak lagi berminat dengan parti yang diterajui orang melayu yang berjiwa elit ini.
Manik Urai merupakan satu kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman dan masyarakat di situ banyak bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Orang kampung sebenarnya tidak gemar pembangunan yang memenatkan mereka. Pembangunan yang tidak seimbang dan bersikap "double standard" sudah lama dapat dihidu oleh rakyat Kelantan.
Kali ini BN Sekali lagi menabur projek pilihanraya di Manik Urai. terima kasih buat BN kerana bersimpati dengan nasib pengundi Manik Urai. Cuma yang menjadi persoalannya ialah projek simpati ii hanya muncul waktu pilihanraya sahaja. Kenapa tidak dibantu secara berterusan sekiranya ikhlas. Inilah gaya persembahan BN dalam meraih simpati pengundi Manik Urai.
Baru-baru ini Dato Mustafa Muhammad membuat kenyataan dalam akhbar bahawa anak-anak pengundi manik urai yang bersekolah telah diberikan beg baru dan banyak lagi pemberian yang akan diagihkan. Bertuahnya, Beruntungnya pengundi Manik Urai. kalau kita lihat di DUN Penanti tempohari, penduduk penanti hanya terpaksa menelan air liur tanpa ada sebarang projek disebabkan BN tidak bertanding.
Jadi jelas lah di sini bahawa di mana ada BN bertanding maka di situlah akan ada projek segera dan agihan-agihan tambahan. kalau BN tak bertanding bermakna kempunan lah.
Seandainya inilah budaya yang diamalkan BN maknanya apa yag dibuat oleh BN tidak ikhlas. Apakah kita sebagai pengundi akan sentiasa di tipu sepanjang masa.
Kita renung bersama
-Pak katib
7 Julai 2009
2 comments:
itulah cara BN. PR buat la cara lain nak pikat pengundi. jangan dok kutuk bn je
Tapi..betul la ..BN sekarang ni nampaknya dah memperlahankan rentaknya..dah tak guna machine gun lagi menyerang Kelantan seperti mana yang berlaku dalam PRK 12..BN nampaknya dah berlembut..dalam TV3 tadi pun siap siar bagaimana orang UMNO dah PAS berkempen secara aman. Macam ni lah baru bagus. Tak payah nak kutuk-kutuk peribadi. Jadi kesimpulannya memang patut la BN kalah teruk dalam PRK 12, supaya golongan -golongan dalam BN tu insaf dan cuba perbaiki semula keyakinan rakyat pada bendera yang berlambangkan dacing tu
Post a Comment