DEMOKRASI TERPIMPIN


Alhamdulillah dan sihat juga akhirnya. Setelah mengalami sakit belakang dan demam demam. Rasanya masih lagi berkesempatan untuk mencurahkan apa yang tercanang dalam fikiran. Sebelum ini Pak Katib ada menulis tentang perlunya satu perubahan dalam PAS untuk menguatkan lagi parti dan mematangkan parti mengikut suasanan semasa. Rupanya tulisan pak katib tidak begitu disenangi oleh sesetengah penulis lain. Itu hak masing masing. Berlainan pandangan itu lumrah bagi setiap penulis. Ada penulis yang mempunyai cara begini untuk mengetengahkan idea memantapkan parti pilihan . Apa yang penting adalah matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional daripada terus membohongi rakyat.

Apakah kerana member pandangan yang positif itu salah dan apakah keranan menegur kelemahan itu menyebabkan satu satu parti itu akan sentiasa ke belakang. Memang benar, pak katib tidak berada di lapangan dan tidak merasai sendiri bagaimana blogger lain berhempas pulas meredah hujan dan panas semata mata untuk menyalurkan maklumat maklumat terkini. Samada di lapangan atau di mana mana pun tugas kita adalah sama iaitu sebagai penyumbang kepada kemenangan pakatan rakyat. Pak katib tidak terkejut dengan istilah “ Pundek lu” dan “blah lu” apatah lagi datang dari tulisan blogger yang cukup disegani oleh pak katib sendiri. Pak katib menyanjungi setiap tulisannya dari dulu dan keterbukaan serta pembongkaran yang berani khususnya ketika pak katib bergerak aktif di lapangan sewaktu PRK Bukit Gantang.

Apa yang perlu di sini adalah bukan berperang antara penulis dengan penulis dalam platform yang sama tapi menulis untuk memberi pendedahan dan menyeimbangkan maklumat serta memperbetulkan setiap dakyah yang dihebahkan melalui media arus perdana.

Kita semua faham tentang demokrasi yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kalau disenaraikan memang banyak demokrasi yang diistilahkan oleh UMNO. Hak bersuara, kebebasan akhbar, hak menyuarakan pendapat, , hak samarata dan banyak lagi. Benarkah semua demokrasi momokan UMNO ini. Pembaca sudah pasti dapat menilai kebenarannya. Hak bersuara?, sejauhmana hak bersuara dibenarkan di Malaysia di bawah kerajaan barisan Nasional. Setahu pak katib hanya ceramah- ceramah anjuran UMNO dan barisan Nasional sahaja yang mendapat tempat. Ceramah ceramah anjuran Pakatan Rakyat akan diganggu gugat dengan alasan menganggu ketenteraman awam atau langsung tidak dibenarkan berceramah atas alasan tiada permit. Semasa kempen pilihanraya SPR akan memaklumkan bahawa tempoh berkempen bagi kedua dua parti politik bermula selepas penamaan calon tapi UMNO Barisan Nasional telah pun memulakan kempen ke seluruh Negara melalui media tunggangannya bermula sebelum penamaan calon lagi. Apakah ini demokrasi? Pakatan rakyat langsung tidak diberikan ruang untuk menyampaikan maklumat sebenar dan sekaligus telah menidakkan hak bersuara secara adil dan saksama.

Demokrasi momokan UMNO ini sebenarnya mengakibat rakyat sentiasa dijerat dan dibohongi sepanjang masa. Siapa yang terjerat ? rakyat yang masih lagi menyokong Barisan Nasional. Siapa yang menjerat ? sendiri maklum. Bila nak berubah ? tunggu pilihanraya. Bila pilihanraya ? tunggu wakil rakyat meninggal untuk PRK dan tunggu PRU nanti. Siapa yang akan mengubah ? tengok pada wakil rakyat. Kalau bawa banyak projek pada musim pilihanraya tu, maknanya tak berubah lah. Hebatnya mainan material hingga terlupa diri sendiri dibohongi sudah bertahun.

Mahu tidak mahu, itulah hakikat. Matlamat masih samar pada sesetengah pengundi. Masih lagi kabur menilai emas dan permata. Sebabnya mudah. Mata dan telinga dibohongi sepanjang masa. Media masa arus perdana saban hari memburukkan pakatan rakyat sedangkan terlalu banyak kebaikan yang dilakukan oleh pakatan Rakyat tidak dipaparkan dalam media arus perdana. INILAH DEMOKRASI DI MALAYSIA.

Wallahuaalam

Pak katib

23 februari 2011

No comments: