Adusss..Video Lagi.....


Hebat sebenarnya Malaysia ni. Kita dianugerahkan terlalu ramai cerdik pandai dan juga panglipulara untuk bercerita dan mengarang fitnah. Belum reda kes liwat kini muncul pula Video sensasi. Khabarnya bersama pelacur sebagaimana didedahkan dalam surat khabar. Belum disabit bersalah tapi ceritanya sudah dijaja ke sana ke mari. Sudah terpampang di dada akhbar, sudah menjadi buah mulut orang. Entah benar atau tidak belum diputuskan lagi. Yang penting musuh politik perlu ditumbangkan. Bersalah atau tidak itu cerita lain. Senario politik begini sudah semakin menular dalam negara kita.

Memang tak dinafikan orang yang berpolitik seharusnya perlu ada kekentalan dalam menangkis segala fitnah dan tohmahan tapi sedarkah kita, fitnah-fitnah yang tak berasas akan menyebabkan satu malapetaka dalam masyarakat. Masyarakat sekarang kian terdidik dengan fitnah.

Media masa telah menjadi medan penting untuk menyalurkan fitnah sehingga ke ceruk kampung. Dalam cerita video lucah DSAI yang sedang diperkatakan hangat sekarang ni merupakan satu fitnah yang besar kerana belum terbukti kebenarannya. Yang berada diluar jangan cepat melatah dan membuat andaian. Kita masih belum tahu siapa sebenarnya di dalam video tersebut. "Datuk T" juga masih menjadi tandatanya. Banyak yang menjadi tandatanya. Seperkara lagi apa rasionalnya video ini dipertontonkan kepada yang terpilih. Apakah motif sebenarnya. Kenapa tidak polis sahaja yang menyiasat kesahihan. Dari aspek perundangan sudah tentu menayang dan memiliki bahan lucah adalah salah. kenapa orang yang menyimpan dan menayang tidak pula di dakwa tapi yang dituduh pula mendapat malu. Kalau bukan ada agenda tersembunyi apa lagi motifnya.

Hendak tak hendak inilah cabaran yang terpaksa dilalui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa pun kekuatan dan kekentalan semangatnya akan mampu menghidupkan lagi semangat penyokong-penyokongnya untuk terus memberi sokongan. " patah sayap bertongkat paruh" . Lawan tetap lawan. Keadilan perlu ditegakkan. Sampai bila kita harus ditipu sedangkan saban tahun universiti kita lahirkan graduan yang cerdik pandai. Fikir -fikirkan

Pak katib

22 Mac 2011

No comments: