Saya sempat bersama-sama dengan peserta BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 april. seawal pagi saya sudah pun berada di sana dan lokasi persinggahan pertama adalah masjid Jamek dan masjid India. sebenarnya KL khususnya di kawasan dataran merdeka sudah pun dipenuhi oleh peserta BERSIH bermula malam 28 april lagi. kehadiran penyokong BERSIH yang entah berapa ratus ribu sebenarnya sudah dijangka kerana kali ini sikap untuk terus berdiam diri sambil menonton tv dan makan kacang tidak lagi memberi kesan.
BERSIH 3.0 adalah siri ke 3, yang masih lagi berada dalam ruang lingkup untuk membersihkan perlaksanaan pilihanraya serta mendesak SPR agar lebih telus dalam memberi keadilan yang sebenar dalam pilihanraya khususnya yang bakal diadakan beberapa bulan lagi. Melalui pengalaman saya setelah turut serta dalam perhimpunan bersih yang terdahulu, nampaknya kali ini lebih ramai yang turun ke jalan raya sebagai tanda sokongan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0
Samada perhimpunan ini mendapat perhatian kerajaan atau tidak tetapi ianya cukup berjaya untuk memberitahu kepada dunia bahawa rakyat Malaysia sebenarnya sudah semakin tesepit dan semakin tertekan dengan ketidaktelusan proses pilihanraya khususnya melibatkan senarai nama pengundi dan pengemaskinian data pengundi serta tempoh berkempen yang telalu singkat berbanding dengan parti pemerintah yang lebih banyak ruang masa dengan menjadikan media massa arus perdana sebagai alat untuk kempen.
SPR juga khabarnya masih lagi belum dapat membersihkan sepenuhnya tentang isu isu yang bekaitan "pengundi hantu" dan nama nama yang tak sepatutnya wujud. Isu penggunaan dakwat kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan berlakunya pengundian 2 kali oleh orang yang sama khabarnya akan dilaksanakan dalam pilihanraya 13 nanti. Moga moga tidak akan berlaku penarikan balik arahan paa saat akhir sebagaimana dalam PRU 12 atas alasan yang tak masuk akal.
Hak berhimpun adalah hak rakyat dan ianya termaktub dalam perlembagaan. hak bersuara juga adalah hak rakyat. ianya juga temaktub dalam perlembagaan negara. Perhimpunan BERSIH juga hak rakyat kerana rakyat berhak menyuarakan apa yang dirasakan tidak betul. rakyat adalah TUAN. kerajaan hanya melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat sebab kerajaan dipilih oleh rakyat. Kenapa rakyat perlu takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan tidak betul.
Perhimpunan BERSIH 3.0 semalam adalah satu signal yang perlu kerajaan faham dan perlu dingatkan rakyat bukan lagi sebodoh lembu yang dicucuk hidung dan ditarik ke sana ke mari tanpa sebarang bantahan. Pemimpin adil dan telus akan sentiasa disanjung rakyat. pemimpin zalim dan rasuah akan tunggu masanya nanti bakal dipamirkan dipamirkan di muzium rakyat sebagai pengajaran untuk bakal pemimpin akan datang
No comments:
Post a Comment