2 Jun012
A lhamdulillah tanggal 1 Jun 2012 menyaksikan kejayaan besar apa yang kita gelarkan sebagai HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE PUTRAJAYA. Seluruh jentera dan tenaga kerja PAS serta penyokong yang setia dan juga tidak ketinggalan orang UMNO yang sudah berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat turut sama memakai baju hijau dan bersama sama dengan jemaah yang hadir.
Walaupun dalam keadaan stadium yang basah akibat hujan lebat lewat tengahari namun semangat penyatuan dan ingin bersama sama dengan pimpinan yang ada tidak sedikit pun menggusarkan yang hadir.
Petang yang bersemangat dimulakan dengan penerangan beberapa pimpinan PAS antaranya ustaz Nasruddin Tantawi telah bangun dengan menggegarkan stadium dengan ucapan ucapan semangatnkhususnya untuk anak anak muda agar lebih kuat berkerja untuk menawan Putrajaya dalam PR 13 nanti.
Ustaz Azhar Idrus yang cukup terkenal dengan gaya jenaka bersahaja ketika menjawab kemusykilan agama memenuhi slot sekitar jam 5.30 petang sudah cukup memberi kesan kepada anak anak mudah yang begitu dahagakan ilmu agama. Jauh sekali berbeza dengan apa yang di bawa oleh UMNO dalam himpunan jutaan belia pada 26 mei lalu yang dilihat lebih menghadiahkan kepada muda mudi dengan tarian tarian yang melalaikan khususnya yang ditebangkan khas dari Korea dan juga dikhabarkan bernilai Rm2.4 juta walaupun dalam surat khabar hari ni mengatakan RM900,000 Sahaja. Apa pun nilainya, UMNO BN telah membuat satu kesilapan besar kerana memesongkan anak muda islam dengan hiburan hiburan yang sebegitu.
Biarkan UMNO BN dengan caranya kerana kita tahu sakit UMNO BN sudah semakin tenat dan akan tiba masanya nanti akan ditalkinkan di kubur yang tak bernesan. PR perlu lebih konsisten dan memperkukuhkan penyatuan dan perpaduan sesama anggota dalam Pakatan Rakyat agar Putrajaya dapat dibtawan sepenuhnya .
Amanah dari prsiden parti dan mursyidul Am rasanya sudah berjela panjang. Kejahatan UMNO BN juga sudah kita faham dan tuga kita untk menumbangkannya dan memberikan mandat dan amanah ini kepada kepimpinan ulama untk memperbetulkan kembali kepincangan khususnya dalam aspek rasuah, kronisme dan ketirisan wang rakyat. Ayuh kita, Pulang bawa semangat dari stadium darul Aman, bukannya pulang bawa penat. Gerakkan semua jentera yang ada. kuatkan istiqamah kita kerana sudahbpasti nanti kita akan behadapan dengan pelbagai lagi fitnah yang dahsyat menjelang hampir pilihanraya nanti.
Gendang sudah dipalu, langkah kita langkah berani. menentang kezaliman dan kemungkaran adalah jihad. setiap jihad ke jalan Allah akan dibayar dengan syurga. jangan pedulikan propaganda UMNO BN. Ulamak dalam BN sudah tekunci mulutnya untuk menegur kezaliman. biar kita anak muda yang menegur kezaliman dn rasuah dengan cara mengundi dan mengajak saudara mara dan rakan rakan kita dalam UMNO untuk mengundi Pakatan Rakyat.
Hidup Rakyat
Bersatu di bawah kepimpinan ulamak
Pak katib
<
No comments:
Post a Comment