Padah atau wadah..Dilema sebenar UMNO



Artikel ini telah ditulis oleh seorang Ahli UMNO yang menentang pencalonan Isa Samad, sebelum Isa Samad disahkan sebagai calon di Bagan Pinang..
Baca sampai habis.. best ooo...


Saya pada kali ini tidak bisa lagi menyembunyikan perasaan kecewa dan menyimpan kata kecil hati saya lagi. Mohon ampun dan maaf jika tulisan saya pada kali ini melukankan hati ahli-ahli UMNO, khususnya UMNO Bagan Pinang.Namun demikian, itu tidaklah bermakna saya harus menutup mulut saya untuk bercakap perkara yang sebenar -
demi memastikan UMNO terus relevan dan diterima oleh rakyat kembali. Secara jujur dan berterus-terang saya mungkin merupakan ahli UMNO kedua selepas Tun Mahathir yang sangat keras menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang - walau apa-apa juga alasan yang diberikan oleh para penyokongnya, saya dengan tegas tetap berpendirian, Tan Sri Isa Samad harus ditolak terus daripada menjadi calon UMNO di DUN tersebut.Alasan saya amat mudah, pencalonannya itu hanya akan mengundang fitnah yang dahsyat kepada diri beliau, di samping menyemarakkan lagi api kebencian rakyat kepada UMNO, sekali gus rakyat akan membuat tohmahan bahawa transformasi yang ingin dilakukan oleh DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin adalah palsu dan tidak ikhlas. Dalam hal ini, rakyat mahu DS Najib dan TS Muhyiddin bertegas bahawa mana-mana ahli UMNO yang sudah jelas terlibat dengan politik wang dan rasuah haruslah ditolak terus tanpa banyak soal dan rasa kasihan lagi, hal ini adalah jelas untuk menyelamatkan UMNO daripada golongan yang hanya mahu menimbunkan kekayaan peribadi.Kita tidak harus ada rasa serba salah dalam hal ini.
Sebagai pemimpin tertinggi UMNO, DS Najib dan TS Muhyiddin harus bertegas dan berani berkata "tidak" kepada TS Isa Samad dan para penyokongnya di Bagan Pinang. Jika tidak, UMNO akan tetap dilihat sebagai parti yang masih sayangkan pemimpin-pemimpin korup. Rakyat biasa yang berada di luar DUN Bagan Pinang pasti akan kecewa jika Tan Sri Isa Samad masih menjadi pilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO, dan impaknya adalah besar terhadap maruah dan integriti UMNO secara keseluruhannya.Walau apa pun keadaanya, pencalonan Tan Sri Isa Samad harus segera dihalang dan digantikan dengan muka baru yang bersih daripada unsur rasuah dan politik wang. Hujah-hujah saya untuk menolak Tan Sri Isa Samad adalah seperti berikut : -1. UMNO sama sekali tiada hujah untuk membela Tan Sri Isa Samad dalam soal rasuah dan politik wang - hal ini adalah kerana, terbukti UMNO telah menjatuhkan hukuman bahawa Tan Sri Isa Samad didapati bersalah terlibat dengan rasuah dan politik wang.
Ini merupakan senjata yang paling ampuh parti pembangkang bagi menyerang peribadi dan integriti calon. UMNO sudah tentu akan dituduh sebagai sebuah parti yang tidak pernah mahu insaf dan sedar diri, UMNO seolah-olah masih mahu menjadikan bekas perasuah sebagai calon pilihan raya. Malah, UMNO juga akan dilihat sebagai sebuah parti yang ketandusan calon dan pemimpin muda yang bersih daripada gejala rasuah dan politik wang. PAS akan mendakwa bahawa, "Lihatlah tuan-tuan semua, bekas perasuah dijadikan calon UMNO, UMNO sebenarnya masih tidak serik dan mahu bertaubat, niat murni DS Najib kononnya mahu UMNO kembali bersih adalah retorik dan janji kosong semata-mata. Apakah rakyat boleh diperbodohkan lagi dengan mengundi seorang perasuh? UMNO cuba memperbodohkan rakyat, tetapi rakyat bijak dengan menolak calon yang terbukti pernah terlibat dengan rasuah dan kita tidak mahu UMNO terus-menerus memperbodohkan para pengundi di Bagan Pinang agar mereka tetap memilih seorang perasuah sebagai wakil mereka di sana."2.
Implikasi menjadikan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil hanya mengundang krisis keyakinan yang berterus kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Kesannya bukan sekadar UMNO di Bagan Pinang semata-mata, sebaliknya memberi impak negatif kepada seluruh UMNO itu sendiri. Kita, kononnya mahu membersihkan UMNO daripada para rasuah dan pengamal politik wang, tetapi malangnya kita masih mahukan bekas perasuah sebagai calon kita - di mana kewarasan dan kebijaksanaan kita? Ahli-ahli UMNO yang ikhlas tidak akan yakin lagi terhadap UMNO, jika kita masih tidak mahu belajar daripada sejarah. Pembangkang pasti akan berkata, UMNO tidak bijak memilih calon bagi mewakili parti tersebut di DUN Bagan Pinang, sebaliknya rakyat yang lebih bijak jika menolak calon UMNO yang jelas terlibat dengan rasuah.3. Mari sama-sama kita fikirkan, sudah berapa lama Tan Sri Isa Samad menjadi MB Negeri Sembilan? Pada hemat saya, cukuplah dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya selama ini. Sudah tiba masanya beliau bersara daripada politik. Jika benar Tan Sri Isa samad ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara, serta sayangkan UMNO, maka adalah lebih baik jika beliau bersara sahaja daripada politik - atau setidak-tidaknya lebih awal menolak sebarang pencalonan untuk dirinya bagi kerusi DUN Bagan Pinang.4. Ajaib dan sedikit aneh, 33 orang ahli jawatankuasa UMNO Bagan Pinang sanggup menentang arahan kepimpinan tertinggi UMNO Pusat yang sebelum ini meminta agar disenaraikan 7 nama sebagai pilihan untuk dijadikan calon UMNO di DUN tersebut, sebaliknya AJK UMNO Bahagian tersebut sebulat suara hanya mahu menghantar satu nama sahaja kepada TS Muhyiddin - dan nama tersebutnya sudah semestinya TS Isa Samad - hal ini bukan sahaja menentang arahan Timbalan Presiden UMNO, malah menunjukkan seolah-olah sudah tiada lagi ahli UMNO di Bagan Pinang yang layak untuk menjadi calon UMNO selain TS Isa Samad sahaja! Dalam hal ini, Lembaga Disiplin UMNO harus segera menyiasat jika 33 ahli jawatankuasa UMNO Bagan Pinang yang bermati-matian menyokong pencalonan TS Isa Samad itu terlibat dengan sebarang kegiatan politik wang, atau mungkin juga telah dijanjikan dengan pelbagai projek jika TS Isa Samad kembali menjadi Wakil Rakyat di kawasan tersebut.
Banyak fitnah dan tanda-tanya akan berlegar di dalam kotak minda rakyat, jika TS Isa Samad terus menjadi calon UMNO dalam pilihan raya kecil kawasan DUN Bagan Pinang kelak. Hal ini adalah berpunca daripada rekod peribadi TS Isa Samad sendiri yang selama ini terjejas teruk berhubung isu politik wangnya. Kita harus ingat, UMNO bukan sahaja mahu menang dengan majoriti 2333 undi sahaja, tetapi UMNO perlu menang dengan lebih besar di kubu kita sendiri serta kembali membina imej bersihnya di mata rakyat, dan bukan di mata rakyat Bagan Pinang sahaja.5. Cadangan saya, dalam soal ini kita harus akui Tan Sri Isa Samad mungkin dikelilingi dengan para pembodek dan penyokong yang mengharapkan imbuhan, jadi adalah lebih molek jika TS Isa Samad sendiri yang menarik diri dan bersara terus daripada politik. Kita harus sedar, dalam dunia politik, mana-mana ahli politik yang sudah terlibat dengan politik wang dan perempuan - mereka harus segera berundur dan bersara. Hal ini adalah jelas bahawa batang tubuh mereka hanya menjadi liabiliti dan fitnah kepada UMNO sampai bila-bila.
Lantaran itu, saya secara ikhlas dan jujur mohon TS Isa Samad berundurlah, berilah peluang kepada muka baru untuk diketengahkan sebagai calon UMNO pada kali ini. Lagi pun, saya fikir tiada apa-apa lagi yang hendak dikejarkan lagi oleh TS Isa Samad dalam arena politik UMNO. Beliau sudah merasa segala-galanya, sebagai Menteri Besar, sebagai Menteri, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri - semua ini sudah memadai bagi seorang ahli politik yang menginginkan kuasa, pangkat, kekayaan dan pengaruh. Nasihat saya, bersaralah!6. Kita akui, DS Najib dan TS Muhyiddin berada di persimpangan - ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jika TS Isa Samad tidak terpilih, dibimbangi akan wujud unsur sabotaj dari dalam - umpanya, jentera pilihan raya tidak bergerak, tiada kerjasama dan komitmen daripada AJK UMNO Bahagian dan pelbagai lagi - malah tidak mustahil parti pembangkang juga akan menghasut para penyokong TS Isa Samad agar berpaling tadah serta mengapi-apikan mereka supaya ahli-ahli UMNO di bahagian tersebut bersengketa, mensabotaj dan saling berpecah. Semua ini pasti menguntungkan parti pembangkang.
Kita tahu - DS Najib dan TS Muhyiddin berada dalam dilema. Namun demikian, ingin saya mengingatkan kepada mereka berdua- yakinlah kepada Allah, jika kita ikhlas mahu membersihkan UMNO daripada para perasuah dan pengamal politik wang - InsyaAllah, Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya selagi mana mereka ikhlas dan menolak kemaksiatan dan dosa. Maafkan saya jika ahli-ahli UMNO Bagan Pinang memarahi saya atas kritikan ini - namun demikian saya ikhlas dan hanya menyampaikan kebenaran yang nyata.


dipetik dari blog : Anak Sungai Derhaka


Kemenangan Bergaya PAS (PR) bukti UMNO semakin Nazak


Tahniah buat Yb baru dari PAS Ustaz Salleh Man yang mewakili suara pengundi Pengkalan Pasir. Kemenangan bergaya Pakatan Rakyat melalui calon PAS dengan majoriti 4551 undi adalah bukti cukup jelas bahawa UMNO-BN semakin nazak dan keujudannya tidak lagi diterima masyarakat.
Saya baru sahaja pulang dari Permatang Pasir setelah berada di sana bagi melihat suasana kempen dan sehinggalah kepada saat-saat akhir berkempen sokongan yang padu dan kuat yang ditunjukkan oleh semua kaum Melayu, cina dan India terhadap Pakatan Rakyat tidak dinafikan lagi. Rupanya dalam Pakatan Rakyat inilah sebenarnya dapat kita lihat penyatuan antara kaum tanpa mengira fahaman agama dan budaya berada dalam satu gagasan bagi menghancurkan BN yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini dengan membawa pelbagai wabak korupsi, penipuan dan tipu daya.

Masyarakat sekarang tidak lagi mudah ditipu oleh propaganda yang dimainkan olen BN melalui media massa mereka. Trend yang dibawa oleh UMNo-BN sememangnya tidak langsung memberi kesan kerana gaya dan cara mereka ini seolah-olah berada di zaman tok kaduk lagi. Tiba sahaja pilihanraya UMNO-BN akan mencanang isu pembangunan sehingga rakyat semakin muak. Apa yang rakyat mahukan adalah satu perubahan kepada pembersihan sikap dan integriti ahli-ahli UMNo-BN.

Kemenangan bergaya PAS sekaligus memperlihatkan betapa UMNO sudah jauh ditinggalkan oleh masyarakat dan gelombang Pakatan Rakyat nampaknya sudah hampir sampai ke Putra Jaya.

Sementara menantikan ceramah kemenangan yang berlangsung di Markaz Utama Permatang Pasir saya sempat menyelak-nyelak helaian keputusan untuk tahun 2009 dan perbandingan dengan 2008 mengikut saluran dan peti undi. Hasil semakan, saya dapati undi UMNO semakin merosot dan Undi Pakatan Rakyat pula yang meningkat. Walaupun dikhabarkan dalam media Perdana BN khususnya berita harian dan utusan bahawa mereka berjaya mengurangkan majoriti tapi hakikat sebenarnya ialah mereka (BN) sebenarnya yang banyak hilang undi. Kekurangan majoriti berbanding 2008 adalah disebabkan oleh ramai pengundi PAS tidak dapat balik kerana pilihanraya diadakan pada hari berkerja dan peratus pengundi pula hanya sekita 73 % sahaja. Walau apa pun itulah cara UMNO-BN yang tidak akan mengaku kalah walaupun hakikatnya mereka ini tidak lagi releven.


Wallahuaalam


Pak Katib

** mohon maaf kepada semua pembaca sebab lama tak menulis**

PAS MENANG

TAHNIAH..KEPUTUSAN RASMI PAS MENANG DENGAN MAJORITI TIPIS


PAS - 5348

BN- 5283


MAJORITI 65 UNDI

Terkini tidak rasmi- Pas menang tipis

Keputusan terkini jam 8.15, PAS Menang tipis dengan majoriti 70

- Proses pengiraan semula sedang berlangsung

Terkini : Pas masih mendahului dengan 64 undi

Pas masih mendahului dengan majoriti tipis 64 undi..

keputusan rasmi sedikit masa lagi

Keputusan terkini 7.45 pm

Keputusan Tidak rasmi ..jam 7.45 pm


PAS -5363

BN - 5293


majoriti " 90


saluran menang 14

jumlah saluran 27


jumlah UPU- 9

lagi terkini- keputusan tidak rasmi Manek Urai

KEPUTUSAN TAK RASMI@ JAM 7.20PTG

PAS - 4700

BN - 4542

Majoriti - 158


Sumber : mimpi senja

Terkini keputusan tidak rasmi-PRK manek urai

Terkini : Manek Urai 5.13ptg

Peratusan keluar mengundi 85%.Jangkaan keseluruhan PAS menang majoriti lebih kurang 1700 undi.Maklumat dari bilik gerakan (culaan)lebih 100 undi dari yang dulu.Kami sedang solat Hajat di Markaz.Pengumuman oleh SPRM peti undi telah di tutup.Suasana reduh...tenang...Kiraan undi sedang berjalan....

sumber : Pas Pasir salak

Terkini di Pilihanraya Manik Urai.


BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai:


12.00 tengah hari: SPR mengesahkan, 8,475 pengundi (68.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing


12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.


11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.


11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.


11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.


11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.


10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).


9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Sr Awang Adek Hussein.


9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.


9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."


9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.


8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.


8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.


8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.


8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.


7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.



sumber : mstar

Beruntungnya Orang manik Urai


Manik Urai sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara bagi melengkapkan edisi pilihanraya kecil Malaysia setelah 5 pilihanraya kecil sudah pun berlalu. kalau sebelum ini kita lihat parti Bebas tidak pernah ketinggalan dalam menghantar calonnya untuk mencuba nasib dalam setiap pilihanraya kecil yang terdahulu sehingga menyaksikan penyertaan parti bebas paling ramai dalam sejarah iaitu ketika PRK DUN Bukit Selambau.

Kali ini Manik Urai akan beraksi satu lawan satu antara BN yag diwakili Ketua Bahagiannya Tuan Aziz Tuan Mat dan PAS Pula menurunkan Saudara Fauzi iaitu seorang peniaga. Tidak kira dalam bentuk bagaimana dan siapa lawannya bagi PAS dasar dan matlamat adalah sama iaitu menjajikan suatu yang terbaik dalam menjaga kebajikan pengundi Manik Urai dan apatah lagi sebelum ini pun PAS mempunyai rekod yang baik terhadap pengundi Manik Urai sewaktu dipimpin oleh Allahyarham.

Kalau dilihat dari trend dan gaya penduduk di situ PAS sudah pasti boleh menarik nafas lega kerana budaya masyarakat di situ yang mementingkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dan sudah tentu PAS akan menjadi pilihan berdasarkan perjuangan PAS yang lebih menitik beratkan aspek-aspek agama berbanding dengan BN yang terus menerus melaungkan isu pembangunan dan menggunakan media massa untuk memutarbelitkan fakta.

Manik Urai juga akan menjadi satu lagi ujian kepada BN dan petanda kepada rakyat bahawa BN khususnya parti UMNO bukan lagi menjadi tempat untuk menumpang teduh. BN sudah dilihat tidak lagi releven dalam senario politik sekarang. Orang Melayu juga sudah ramai menyertai PAS dan lebih sukakan hijau putih berbanding simbol keris. Negeri-negeri lain terutamanya Perak tidak lagi berminat dengan parti yang diterajui orang melayu yang berjiwa elit ini.


Manik Urai merupakan satu kawasan yang dikategorikan sebagai pedalaman dan masyarakat di situ banyak bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Orang kampung sebenarnya tidak gemar pembangunan yang memenatkan mereka. Pembangunan yang tidak seimbang dan bersikap "double standard" sudah lama dapat dihidu oleh rakyat Kelantan.

Kali ini BN Sekali lagi menabur projek pilihanraya di Manik Urai. terima kasih buat BN kerana bersimpati dengan nasib pengundi Manik Urai. Cuma yang menjadi persoalannya ialah projek simpati ii hanya muncul waktu pilihanraya sahaja. Kenapa tidak dibantu secara berterusan sekiranya ikhlas. Inilah gaya persembahan BN dalam meraih simpati pengundi Manik Urai.

Baru-baru ini Dato Mustafa Muhammad membuat kenyataan dalam akhbar bahawa anak-anak pengundi manik urai yang bersekolah telah diberikan beg baru dan banyak lagi pemberian yang akan diagihkan. Bertuahnya, Beruntungnya pengundi Manik Urai. kalau kita lihat di DUN Penanti tempohari, penduduk penanti hanya terpaksa menelan air liur tanpa ada sebarang projek disebabkan BN tidak bertanding.


Jadi jelas lah di sini bahawa di mana ada BN bertanding maka di situlah akan ada projek segera dan agihan-agihan tambahan. kalau BN tak bertanding bermakna kempunan lah.

Seandainya inilah budaya yang diamalkan BN maknanya apa yag dibuat oleh BN tidak ikhlas. Apakah kita sebagai pengundi akan sentiasa di tipu sepanjang masa.


Kita renung bersama



-Pak katib


7 Julai 2009

Bila Panglima Nizar membuka langkah


Hari ini TV3 kesayangan BN menyiarkan tindakan Dato' Seri Nizar bersama beberapa anggota parlimen dari Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang selama 2 hari akibat melilitkan kain hitam di kepala yang tertulis " Bubarkan DUN". Sekali lagi TV3 memainkan peranannya menyiarkan pandangan beberapa orang kuat UMNO yang menyifatkan ketidakwajaran ahli parlimen dari Pakatan Rakyat itu bersikap demikian seolah-olah tidak menghormati dewan.


Tuan Speaker pula tetap mempertahankan keputusannya menggantung beberapa ahli parlimen dari Pakatan Rakyat atas alasan tidak mengikut peraturan dewan.

Yang peliknya tindakan ahli BN sewaktu di sidang DUN Perak tempohari sedikit pun tidak menampakkan bahawa ahli BN ini sebenarnya tidak bertamaddun apabila mencemari dewan dan secara terang-terangan tidak mengendahkan arahan speaker sivakumar supaya meninggalkan dewan terhadap 6 adun yang digantung. Malah bukan setakat itu, dikerah polis untuk mengheret speaker dari dewan dan melantik speaker baru yang belum tentu sahnya. inilah permainan BN yang sewaktu ketika dahulu cukup sinonim dengan slogan " Bersih Cekap dan Amanah" tapi yang jelas telah pun memusnahkan amanah rakyat.


Sikap berat sebelah dan tidak adil ini telah menyebabkan rakyat menjadi semakin muak dan hilang kepercayaan. Tunggulah pada PR 13, BN pasti tahu akibatnya. Rakyat bukan lagi buta dan tuli serta lena diulit lagu UMNO-BN. Rakyat akan bangun dan memastikan kekalahan yang teruk untuk BN dalam Pilihanraya umum nanti.

Tahniah buat Nizar kerana berani menegakkan keadilan dan menyatakan yang hak.


Hidup..Hidup...

Hidup Rakyat




- Pak katib


15 Jun 2009




Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan



KOTA KINABALU: Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik kerana mahu memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi jika pindaan dibuat terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.


Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.
Ketika ini, golongan itu hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.


Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi.


Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.


"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di Wisma Wanita, di sini.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd Dun hari ini menutup seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah itu.


Azizah dalam ucapannya berkata, wujud keperluan undang-undang untuk melindungi wanita daripada keganasan emosi.
Beliau berkata, terdapat 99 kes keganasan terhadap wanita di Sabah pada suku tahun pertama 2009 berbanding 220 kes pada tempoh yang sama tahun lalu yang dilaporkan kepada pihak polis.


sumber : mstar



Sivakumar ditahan termasuk yang lain -Mogok lapar : 8 wakil rakyat PR ditahan di Wisma DAP


IPOH: Lapan wakil rakyat pembangkang adalah antara 19 orang ditahan polis pagi tadi kerana menyertai perhimpunan tanpa permit di kawasan lapang berhampiran Wisma DAP di sini.
Wakil rakyat berkenaan adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran


Turut ditahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar yang juga bekas Speaker; Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) yang semuanya daripada DAP.


ADUN Teja, Chang Lih Kang dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis.
Selain mereka dua pekerja DAP, dua anggota Unit Amal PAS dan dua orang awam turut ditahan polis antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.


Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.


Beliau berkata, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Polis Perak di sini pada pukul 4 petang ini.
Sebelum itu, polis turut menahan lima pekerja lelaki sebuah syarikat pengurusan acara termasuk dua warga negara Myanmar pada pukul 7.30 pagi ketika mereka sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP di sini.


Polis turut merampas satu belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' dan 'Daulat Tuanku' yang dipasang di luar Wisma DAP itu.


Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.BERNAMA



sumber : mstar

Mogok lapar- 5 ditahan di wisma DAP



IPOH: Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini.
-mstar

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir


PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.


Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.


Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.


Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.


"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.
Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.


Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.


sumber-mstar

Terkini.. Zambry Kadir MB Perak yang sah

PUTRAJAYA: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

mstar

Terkini...Zambry Vs Nizar

3.45 petang : Mahkamah mula bersidang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak hadir ke mahkamah.

2.30 petang : Terdapat sebahagian wakil media yang tidak dibenarkan masuk kerana polis mengehadkan hanya 60 orang pertama dibenarkan masuk.

2 petang : Wakil media tempatan dan antarabangsa mula menunggu di perkarangan Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya.


-mstar

Terkini Minit-minit terakhir ..Zambr Vs Nizar

Keputusan akan diumumkan sedikit masa lagi. Siapa sebenarnya yang menjadi MB Perak yang Sah.

Wartawan dan bloger telah pun memenuhi perkarangan mahkamah. Polis dan FRU juga ditugaskan untuk mengawal situasi

Nantikan..

Pertempuran terakhir- Nizar Vs Zambry

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini. Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian. Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah dengar rayuan Nizar hari ini

MAHKAMAH Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pagi ini.
Mahkamah juga akan mendengar permohonan Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

sumber : mimpi senja