Terjawab sudah segala teka teki siapa sebenarnya pelakon utama dalam klip video lucah yang diriuhkan satu Malaya. yang pastinya bukan DSAI Dan khabarnya ketika di awal-awal kemunculan telah ada orang yang berani bertanggungjawab atas penyebaran itu sekiranya klip video itu tidak benar. Kini ternyata setelah diteliti dan dikaji oleh pakar pakar bahawa pelakon dalam klip video lucah itu bukan DSAI.
Dalam surat khabar tidak terpampang pula di muka hadapan tentang hasil siasatan klip video sebagaimana terpampang besar-besar dalam isu yang sama seawal kemunculan klip video terbabit. sehingga orang yang belum disabit bersalah telah dimalukan maruahnya dan keluarganya dengan fitnah dan tuduhan yang tak betul.
Apakah ini yang dinamakan telus. Penyiaran yang " double standard". Dalam berita TV arus perdana nampaknya tidak banyak disentuh tentang orang yang sepatutnya diheret ke mahkamah atas sebab penyebaran. Kalau mengikut laporan dalam Buletin pagi tadi khabarnya "Trio" yang tukang sebar tu belum tentu didakwa kerana menurut laporan ianya bergantung kepada peguam negara untuk mendakwa atau tidak.
Sekiranya "trio" itu tidak di bawa ke muka pengadilan atas sebab menyebar dan menayang video lucah serta menyebabkan sedikit gamat dan memalukan pihak yang tidak bersalah akan menjadi satu lagi tandatanya tentang sistem perundangan di Malaysia. Apakah nanti undang -undang dan peraturan di Malaysia ini akan jadi seperti sarang labah-labah yang hanya tahu menjerat serangga kecil tapi membiarkan yang besar bebas.
Ramai pemerhati melihat bahawa isu video lucah kononnya mirip Dato Seri Anwar Ibrahim ini hanyalah semata -mata untuk helah politik kerana isu ini muncul hampir dengan PRN Sarawak. Sarawak dilihat sebagai satu "reserve" BN yang perlu dipertahankan dan kebangkitan PKR dan Pakatan Rakyat di Sarawak sudah semakin hebat. Pemerhati mengandaikan bahawa hanya kaedah ini untuk menidakkan undi terhadap PKR atas alasan bahawa penasihat parti bergelumang dengan dosa dan berhadapan dengan masalah moral yang serius.
Persoalan timbul kenapa keputusan hasil siasat didedahkan selang beberapa hari selepas pilihanraya negeri di Sarawak. Apakah siasatan selesai setelah tamatnya PRN Sarawak. Kenapa tidak didedahkan sebelum tarikh pengundian. Persoalan-persoalan ini sebenarnya bermain dalam fikiran rakyat dan pemerhati. Apakah ini strategi atau ada skrip dan itu belum dipastikan. ianya hanya sekadar andaian dan terserah kepada pembaca untuk melihat kebenarannya.
Tepuk dada tanya selera. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. DSAI dan keluarga perlu tabah menghadapi ujian ini dan ingatlah rakyat tak selamanya akan jadi lembu yang dicucuk hidung.
Wallahuaalam
pakkatib
19 April 2011
No comments:
Post a Comment