TAHNIAH BUAT BN..DAN PELUANG UNTUK PAKATAN RAKYAT


Tahniah untuk BN kerana masih lagi diterima oleh rakyat Sarawak. Keputusan PRN Sarawak yang memperlihatkan BN masih lagi diberi ruang untuk memerintah Sarawak untuk 5 tahun lagi sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran Presiden Barisan Nasional yang khabarnya sebelum ini cukup takut dengan momentum kebangkitan Pakatan Rakyat di sarawak. Ada perkhabaran gembira bagi rakyat Sarawak kerana Tan Sri Muhyiddin yassin telah sekali lagi memberi jaminan selang beberapa minit selepas keputusan bahawa janji-janji pilihanraya yang telah dibuat oleh BN sepanjang kempen akan dilaksanakan. Ini bermakna rakyat Sarawak akan menerima berbilion ringgit dalam bentuk projek mega dan sederhana dan sekaligus akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. BN perlu mengotakan janjinya kerana sekiranya tidak sudah pasti selepas 5 tahun warna bendera parti akan bertukar sebagai kerajaan baru Sarawak.

Jambatan baru, jalan raya baru, balai raya baru sudah pasti akan ditagih oleh rakyat Sarawak. Tempohnya sudah pasti sebelum pilihanraya negeri akan datang. Kerajaan pusat perlu mempercepatkan dana dan projek untuk kesejahteraan sarawak.

Ada berita buruk sebenarnya yang menantikan BN di Sarawak. Kehilangan banyak kerusi ke tangan DAP( PR) serta 3 kerusi oleh PKR ( PR) sememangnya mesej yang jelas bahawa Sarawak bukan lagi " reserve" untuk BN pertahankan. Kemenangan DAP sebanyak 12 kerusi dan PKR 3 kerusi serta bebas 1 kerusi sebenarnya merupkan signal awal kepada BN bahawa BN bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat Sarawak. Pendekatan yang dimainkan oleh DAP khususnya di kawasan bandar telah berjaya membawa pengundi atas pagar untuk beralih arah dari pada BN ke DAP. wajar sekali saya katakan bahawa DAP bersama pakatan rakyat mampu menongkah arus untuk terus ke hadapan dan menjadikan parti yang bukan sahaja diterima oleh kaum Cina tapi juga oleh segenap pelbagai masyarakat yang dihuni oleh pelbagai kaum di sarawak.

PKR yang bertarung dalam suasana isu penasihat parti DSAI digembar gembur dalam televisyen masih mampu pulang bergaya walaup[un cuma mampu menambah 2 kerusi lagi berbanding satu kerusi PRN 2006. Kejayaan menambah 2 kerusi lagi jelas memperlihatkan bahawa PKR mampu diterima oleh rakyat Sarawak dan isu DSAI tidak sedikit pun menjejaskan undi di sesetengah peti undi. PKR hanya perlu berkerja lebih kuat lagi bersama sama -sama dengan rakan karib DAP, PAS dan parti pembangkang lain untuk terus menambat hati rakyat Sarawak.

PAS sememangnya hebat. Walaupun kalah di semua kerusi yang dipertandingkan tapi telah menunjukkan peningkatan sokongan. PAS cuma perlu meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kehadiran parti ini bukanlah 'extreme' sebagaimana yang digembar gemburkan dalam surat khabar. PAS perlu berani untuk tampil dengan penampilan yang lebih bergaya tanpa mencacatkan perjuangan Islam. PAS perlu menjelaskan mesej sebenar parti selain memberitahu rakyat Sarawak bahawa walaupun PAS merupakan satu parti Islam tapi ianya adalah untuk semua. Moto " PAS untuk semua" perlu lebih dijenamakan agar ianya boleh berada dalam pemikiran rakyat Sarawak. PAS perlu menangkis tohmahan BN yang menggunakan media massa dengan mengatakan PAS ini extreme.

Yang menang bukan setakat untuk untuk bergaya tapi untuk berjasa, yang kalah bukan tempat untuk pasrah tapi perlu jadi lebih gagah. Janji pilihanraya jangan hanya tinggal janji. Batu asas yang ditanam ketika merasmikan satu-satu projek ketika kempen pilihanraya jangan jadi batu nesan. Selepas ini pembangunan perlu diteruskan , kesejahteraan rakyat Sarawak perlu diutamakan. Jangan menang jadi arang, kalah jadi abu tapi biarlah menang jadi tuan, rakyat perlu dibantu.


Wallahuaalam...

Pak katib


18 April 2011

No comments: