DUN Negeri Sembilan catat sejarah terbubar secara automatic








MARCH 28, 2013

SEREMBAN, 28 Mac — Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik tengah malam tadi berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.

Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya.

Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar).

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan pilihan raya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(4) dan satu oleh PAS.

Pada 11 Okt 2009, satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).

Ia menyaksikan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar

Dr M: Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk

Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.

Kit Siang: Najib jadi PM tanpa mandat





Ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap Datuk Seri Najib Razak tidak lagi sah menjadi perdana menteri bermula 9 Mac semalam dan mendesak Najib segera mengadakan pilihan raya dengan segera.

Katanya, tempoh pentadbiran kerajaan sedia ada genap lima tahun pada 8 Mac lalu.

"9 Mac adalah tarikh yang mustahak kerana bermula hari ini kita ada perdana menteri yang tidak sah di Malaysia," kata Lim sewaktu berucap pada majlis sambutan 5 tahun pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam semalam.

Beliau mendakwa, Najib kini menjadi perdana menteri tanpa mandat daripada rakyat memandangkan beliau tidak mengadakan pilihan raya umum untuk mendapat mandat baru selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tambah Lim, semua perdana menteri sebelum Najib mengadakan pilihan raya umum dalam masa enam bulan ke setahun selepas mengambil alih kuasa daripada perdana menteri sebelumnya.

"Beliau sudah menjadi perdana menteri yang tidak dipilih, yang paling lama di Malaysia.

"(Beliau) tiada mandat daripada rakyat, takut mengadakan pilihan raya, (dan) takut bubar parlimen," katanya.

Tindakan Najib, kata Lim, menyebabkan rakyat Malaysia sudah berada dalam 'mod' pilihan raya sejak empat tahun yang lalu.

"Datuk Seri Najib catat rekod baru, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi Malaysia sudah masuk Guiness Book of Record.

"Mana ada negara di dunia dalam mod pilihan raya selama empat tahun.

"Ini memalukan buat Malaysia," kata Lim disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 hadirin di Dataran Kemerdekaan.

Pilihan raya umum terakhir diadakan pada 8 Mac 2008, di mana BN tewas di lima negeri.

Abdullah setahun kemudian meletakkan jawatan sebagai perdana menteri – satu tindakan yang diistilahkan sebagai 'peralihan kuasa' pada masa itu – dan Najib selaku timbalan perdana menteri menggantikan beliau bermula 4 April 2009.

Sementara itu Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah sama membangkitkan mengenai cubaan sesetengah media yang mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut Anwar, beliau sedikit pun tidak gentar dengan tindakan itu yang dianggapnya sebagai cubaan untuk kembali menyumbat beliau ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

"Saya tengok cara media duduk main khianat saya dengan isu Lahad Datu ini, mungkin dia nak bawa saya ke situ.

"Nak ugut saya sekali lagi, tapi saya nak cakap, saya akan hadapi.

"Namun, berundur tidak sekali-kali," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir dalam majlis semalam antaranya adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani


Pendedahan Bapa Saiful : Nik Aziz bersyukur kebenaran terdedah sendiri

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur berikutan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin jelas kebenarannya.

Bercakap pada Himpunan Veteran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang di sini, semalam beliau berkata, sebarang pendustaan tidak kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.
Sambil melahirkan rasa syukur tidak terhingga, Nik Aziz berkata walau selicik mana sekalipun seseorang merangka pelan tertentu, kebenarannya pasti akan terbongkar.

Beliau turut menolak dan tidak percaya dakwaan kononnya Anwar membayar kepada ayah Saiful sebagai sesuatu yang tidak mungkin.
“Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahim pun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,” katanya mengulas pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim.
Dipetik Harakah Daily, Nik Aziz berharap nama baik Ketua Umum KEADILAN itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.

Siapa dia Si Saiful Bukhari.....



  1. Saiful seorang pelajar yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

    Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya 2007. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saiful dilihat mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

    "Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu. [1]

    Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengakui gambar Saiful bersamanya diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari 2008 bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran. Dia mengaku tidak menamatkan pengajiannya walaupun pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti itu, setelah berasa malu apabila mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.


    sumpah laknat saiful Bukhari di Masjid Wilayah persekutuan..

    Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah . [5] [6]

    Teks sumpah beliau ialah :

    " Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

    "Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

    Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri , Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi.


    pada 8 mac 2013 ( Jumaat) pula..........ini jadinya.....

    bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    "Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

    "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi tadi.

    Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

    "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

    "Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

    "Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

    Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

    "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

    "Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

    "Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

    Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

    Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

    Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

    Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

    Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

    Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

    "Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

    "Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

    "Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

    Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

    Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

    "Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

    "Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.

    Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Terbongkar Lagi......

Semakin lama semakin nipis dan semakin tidak boleh ditutup rapat bau bangkai yang disimpan oleh UMNO. 2 kali jumaat, 2 kali juga percaturan UMNO menjadi tandatanya. Krisis pencerobohan di Lahad Datu oleh Sultan Sulu menjadi iguan ngeri apatah lagi ia mengorbankan 8 pasukan keselamatan Malaysia. Walaupun pencerobohan ini masih lagi menjadi bau bau bacang drama swasta menurut sesetengah pemerhati dan dikuatkan dengan kenyataan balu kepada sultan Sulu, Mohd Muhakuttah Kiram bahawa ianya merupakan sebuah drama untuk mendapatkan hak milik dan menurut puteri Mariyam bahawa beliau juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini. Itu kenyataan sebagaimana yang disiarkan oleh Sinar Harian.



   
               Sekali lagi hari jumaat, 8 Mac negara dikejutkan dengan satu lagi pendedahan terbaru dan pengakuan serta permohonan maaf dari Bapa  Saiful Bukhari, bahawa tuduhan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim adalah konspirasi jahat yang didalangi oleh orang UMNO dan skripnya disusun secara terperinci. Pendedahan ini sekali gus membongkar satu lagi rahsia besar dan meletakkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebuah komponen yang berniat jahat menjatuh Anwar Ibrahim.
     
      UMNO semakin lama semakin tenat, semakin hari semakin dibenci, bukan kerana jasa jasa pembangunan UMNO tapi kerana agenda jahat yang dimainkan. Rakyat semakin lama semakin matang. Rakyat Bangkit menentang kezaliman. Tipu Pilihanraya, UMNO  akan dihumban secara terhina.

Pak Katib

9 Mac 2013



Memahami kisah Di sebalik Tuntutan Sultan Sulu Ke Atas Sabah:





Sultan Jamalul Kiram III (yang kononnya adalah Sultan Sulu) berkata: "Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita)," "Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya.

 Membaca kenyataan di atas, Encik Billy tertanya-tanya; 'Apakah yang dimaksudkan oleh Sultan Jamalul Kiram tersebut?' Dan mengapa beliau menuntut Sabah? Maka bermulalah pencarian Encik Billy dan berikut info-info yang dapat Encik Billy kumpulkan:

 Salasilah Sabah di Bawah Kesultanan Sulu: Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu.

 Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu. British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.

 Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris. Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. Penyerahan Sabah oleh Sultan Sulu Kepada British: Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun.

 Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”. British walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878.

British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent. Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British. 86 tahun kemudian, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara baru diisytiharkan di Padang Merdeka. Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat,walaupun terdapat tuntutan tidak sah Filipina ke atas Sabah. Siapa Sultan Sulu Sebenarnya? Sejak Sultan Jamalul Kiram II meninggal dunia pada 7 Jun 1936, semakin ramai yang membuat tuntutan bahawa mereka merupakan pewaris kesultanan Sulu. Masing-masing mereka memiliki keyakinan bahawa mereka pewaris Sultan menyebabkan kini terdapat lebih 300 orang di Filipina mendakwa diri mereka merupakan sultan Sulu yang sebenar. Di Sabah sendiri, setakat ini, terdapat tiga individu yang mengaku bahawa mereka layak ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Malah pada 2 Februari 2012, seorang lagi menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dalam satu majlis di Kampung Likas. Banyak persoalan yang timbul mengenai keasahan perisytiharan itu.

              Persoalannya,bagaimana seseorang yang menjadi warganegara Malaysia boleh diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dan menubuhkan pula kerajaan Sulu dalam buangan di Sabah. Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak kepada Sultan Mawallil Wasit. Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit.

            Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. Rentetan tuntutan ke atas sabah..

         Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil, kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo (Sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British akan tetapi, pihak British memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo (Sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah) telah ditolak disebabkan Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin Sultan OKK Setia Pahlawan Awang Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak Betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawai-pegawai British pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan.

sumber artikel : dari blog billy