terima kasih kerajaan malaysia

Bonus untuk rakyat dan juga lebih tepat bonus pilihanraya..itu kata aku la...sebab kita sekarang ni sudah hampir ngan pilihanraya..pandangan masing masing...kalau sebelum ni kita tak merasa bajet yang sebegini pemurah.. antaranya yang cukup menyeronokkan rakyat.. 1. bonus satu setengah bulan gaji yang mana setengah bulan telah pun di bayar pada ogos dan setengah lagi akan dibayar pada december 2012 dan setengah lagi pula akan dibayar pada januari 2013. senyum lebar kakitangan awam...ada la peluang untuk belanja anak anak dan juga meringankan beban keluarga. bagi pekerja kampung dan pekerja swasta yang berantung kepada prestasi syarikat hanya menanti keaaiban pada bos masing masing. 2.rebet rm 200.00 bagi yang ingin membeli telefon pintar 3g bagi menggalakan ramai usahawan muda menceburi bidang perniagaan yang berasaskan it dan telekomunikasi..( itu mengikut apa yang saya faham la.. tapi jangan lupa...apakah gula gua getah ni akan terus melekat pada kertas undi atau sebaliknya. sama sama kita tunggu keputusannya. pak katib.. entri selepas belanjawan 2013

puak puak ni lagi hebat..teghuh kate nnatang

yang masa demo di terengganu dulu..lagi dahsyat ayat dia..tak de plak orang nak saman atau dakwa. kebal betul.

canang satu kampung...rupanya...

Tu dia..dok canang satu kampung. riuh rendah. tapi tak sedar yang dia sebenarnya tukang yang menghapuskan kekebalan raja.

cer tengok sekali lagi walaupun kome dah bekali tengok

Putar belit tahap gaban...

Dato seri nizar cuma kata wang Rm520 ribu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat. Yang depa dok sibuk usung sepanduk ke hulu ke hilir kononnya nak jaga institusi raja pasai apa. bukan lah dulu puak puak hangpanjuganyang dok syok suruh siasat harta raja ada berapa. 
   Terbaru fok usung lagi sepanduk menghala ke nalai polis kononnya mewakili NGO. ye ke semua NGO setuju. takut NGO yang dok bawahayung UMNO je yang dok sibuk melalak sampai sepanjang jalan. khabarnya ada usul tak bagi nizar masuk Johor. 

   cer tengok keratan akhbar ni...sapa yang dok sibuk suruh siasat harta raja.

kenyataan ni tak nak siasat ke...rasanya lagi mencabar dari isu nombor plate www1


cer baca betul betul kenyataan bekas menteri besar perak ni..tak ke gayanya macam nak cabar kuasa raja raja. jangan saman aku pulak...aku cuma nak suruh baca je.


ini antara keratan akhbar yang menunjukkan siapa sebenarnya tak berapa suka dengan raja. Isu nombor plate tu kecil je..yang lebih besar adalah apa yang sudahpun dibuat oleh UMNO semas zaman Tun Mahathir dulu


Mubarak dipenjara seumur hidup

KAHERAH 2 Jun - Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak, selepas dia didapati bersalah terlibat dengan pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat di negara ini, yang membawa kepada penggulingannya pada tahun lalu. Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly turut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan sama, manakala enam lagi bekas komander polis dibebaskan. Tuduhan rasuah ke atas anak-anak Mubarak, Alaa dan Gamal, bagaimanapun digugurkan ekoran status tamat tempoh. Tuduhan rasuah terhadap bekas Presiden itu turut digugurkan. Sementara itu, kekecohan berlaku sejurus selepas keputusan mahkamah itu dibacakan dengan orang ramai berteriak 'Tidak sah' tidak sah' dan 'Kami mahu badan kehakiman disingkirkan'. Peguam turut berang dengan keputusan mahkamah membebaskan Alaa dan Gamal dan memberitahu AFP mereka bimbang Mubarak dan Adly mungkin didapati tidak bersalah jika rayuan dibuat. Bekas Presiden itu yang dilihat memakai kaca mata hitam tidak menunjukkan sebarang emosi ketika Hakim Ahmed Refaat membacakan hukuman itu. Alaa dan Gamal yang dilihat letih dengan lingkaran hitam di bawah mata mereka pula, hampir-hampir menitiskan air mata selepas mengetahui mereka dibebaskan. Pertempuran turut tercetus di luar mahkamah dan polis menggunakan bom yang mengeluarkan bunyi kuat untuk mengawal keadaan. Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri, Adly dan enam lagi bekas komander polis dibicarakan berhubung penglibatan mereka dengan pembunuhan kira-kira 850 penduduk ketika kebangkitan rakyat di Mesir pada tahun lalu. - AFP

HIMPUNAN HIJAU! SIGNAL TERBAIK PAS PAKATAN RAKYAT



2 Jun012

  

A lhamdulillah tanggal 1 Jun 2012 menyaksikan kejayaan besar apa yang kita gelarkan sebagai  HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE PUTRAJAYA. Seluruh jentera dan tenaga kerja PAS serta penyokong yang setia dan  juga tidak ketinggalan orang UMNO yang sudah berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat turut sama memakai baju hijau dan bersama sama dengan jemaah yang hadir.
     Walaupun dalam keadaan stadium yang basah akibat hujan lebat lewat tengahari namun semangat penyatuan dan ingin bersama sama dengan pimpinan yang ada tidak sedikit pun menggusarkan yang hadir.
      Petang yang bersemangat dimulakan dengan penerangan beberapa pimpinan PAS antaranya ustaz Nasruddin Tantawi telah bangun dengan menggegarkan stadium dengan ucapan ucapan semangatnkhususnya untuk anak anak muda agar lebih kuat berkerja untuk menawan Putrajaya dalam PR 13 nanti.
    Ustaz Azhar Idrus yang cukup terkenal dengan gaya jenaka bersahaja ketika menjawab kemusykilan agama memenuhi slot sekitar jam 5.30 petang sudah cukup memberi kesan kepada anak anak mudah yang begitu dahagakan ilmu agama. Jauh sekali berbeza dengan apa yang di bawa oleh UMNO dalam himpunan jutaan belia pada 26 mei lalu yang dilihat lebih menghadiahkan kepada muda mudi dengan tarian tarian yang melalaikan khususnya yang ditebangkan khas dari Korea dan juga dikhabarkan bernilai Rm2.4 juta walaupun dalam surat khabar hari ni mengatakan RM900,000 Sahaja. Apa pun nilainya, UMNO BN telah membuat satu kesilapan besar kerana memesongkan anak muda islam dengan hiburan hiburan yang sebegitu.

   Biarkan UMNO BN dengan caranya kerana kita tahu sakit UMNO BN sudah semakin tenat dan akan tiba masanya nanti akan ditalkinkan di kubur yang tak bernesan. PR perlu lebih konsisten dan memperkukuhkan penyatuan dan perpaduan sesama anggota dalam Pakatan Rakyat agar Putrajaya dapat dibtawan sepenuhnya .


   Amanah dari prsiden parti dan mursyidul Am rasanya sudah berjela panjang. Kejahatan UMNO BN juga sudah kita faham dan tuga kita untk menumbangkannya dan memberikan mandat dan amanah ini kepada kepimpinan ulama untk memperbetulkan kembali kepincangan khususnya dalam aspek rasuah, kronisme dan ketirisan wang rakyat. Ayuh kita, Pulang bawa semangat dari stadium darul Aman, bukannya pulang bawa penat. Gerakkan semua jentera yang ada. kuatkan istiqamah kita kerana sudahbpasti nanti kita akan behadapan dengan pelbagai lagi fitnah yang dahsyat menjelang hampir pilihanraya nanti.

   Gendang sudah dipalu, langkah kita langkah berani. menentang kezaliman dan kemungkaran adalah jihad. setiap jihad ke jalan Allah akan dibayar dengan syurga. jangan pedulikan propaganda UMNO BN. Ulamak dalam BN sudah tekunci mulutnya untuk menegur kezaliman. biar kita anak muda yang menegur kezaliman dn rasuah dengan cara mengundi dan mengajak saudara mara dan rakan rakan kita dalam UMNO untuk mengundi Pakatan Rakyat.


Hidup Rakyat

Bersatu di bawah kepimpinan ulamak

Pak katib

<

hujan lebat tidak halang semangat anak muda sertai himpunan hijau


 orang ramainyang sedang tekun mendengar amanat penting dari pemimpinnpwmimpin pas


 Baru lepas hujan. padang stadium dalam keadaan lecak. orang ramai sedang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz azhar idrus




Himpunan Hijau bukti nyata rakyat sudah tolak BN

Ini yang nyata dan inilah hakikatnya. Mereka ini bukan dibayar untuk datang. mereka juga tak dipaksa. selepas ini Dato seri Rais Yatim boleh kira samada mahu guna sistem kotak atau apa apa sistem sekalipun. Inilah gambaran sebenar rakyat yang mahukan perubahan atau dalam erti kata lain mahukan BN tumbang. Bukan kerana BN tak elok tapi pemimpinnya yang sudah lari perjuangan asal. BN tidak lagi releven bagi orang melayu. Orang melayu memerlukan kepimpinan ulamak untuk meneruskan syiar islam di bumi Malaysia ini.

Rezeki himpunan hijau

himpunan hijau bawa rezeki yang melimpah ruah kepada penjual.

HIMPUNAN HIJAU KUMPUL ANAK MUDA KENTAL KE PUTRAJAYA

Alor Star, 1 jun 2012, Himpunan hijau yang berlangsung di stadium Darul Aman telah dihadiri oleh ribuan anak muda dari seluruh pelusuk tanah air. Warna hijau telah menyelubungi stadium darul aman bagi mendengar amanat penting menjelang piya umum ke 13 yang bakal diadakan pada bila bila masa. Pemimpin pemimpin PAS diperingkat pusat dan negeri turut serta membangkitkan semangat kepada anak anak muda sebagai tiket untuk membawa panji Islam ke Putrajaya.
    Selain dari orang orang kuat PAS, turut hadir adalah ikon anak muda ustaz Azhar Idrus dengan tazkirah agama yang mengambil masa 2 jam yang juga turut menjawab beberapa persoalan agama dari orang ramai.
   Pengunjung yang rata rata terhibur dengan lawak santai Ustaz Azhar Idrus ketika menjawab soalan orang ramai.
  Perhimpunan Hijau ini juga sebagai amaran kepada Barisn Nasional betapa anak muda menolak kepimpinan Najib Razak. Diharapkan momentom perhimpunan ini akan sampai sehingga pilihanraya umum 13 dan sekaligus menumbangkan BN di Malaysia.

pak katib

1 jun 2012

KEGANASAN POLIS TERHADAP WARTAWAN, Menteri KDN Ddan KPN bertelagah tentang SOP

Rampas kamera, rakaman bukan SOP

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).Beliau berkata demkian ketikamengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya."Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku."Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.

Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang. Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah anggota polisnya sendiri.Katanya, polis bersikap terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan. Malah, beliau menggesa agar mana-mana pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan."Tiada siapa yang beri arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang."Kita akan siasat semua laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua. Malah ada juga pegawai polis yang dikasari."Ada yang patah gigi, hidung, lengan retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya lagi.Beliau turut ditanya mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut.Ismail menjelaskan, anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku."Kita bertindak secara proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah tindakan untuk mencegah," katanya lagi. -mk
Menteri: Polis rampas kamera wartawan ikut SOPMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkatatindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).Bercakap ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Hishammuddin berkata beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan tindakan ke atas wartawan itu."Saya tidak tahu. Ini garis panduan operasi polis," katanya lagi yang menambah, perkara itu akan dijelaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu sidang media esok.Bagaimanapun beliau berharap bahawa dakwaan itu "tidak betul."Beliau ditanya mengapakah polis bertindak demikian sekiranya pasukan itu tiada perkara yang hendak disembunyikan daripada orang awam.Selain itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa barangan milik pekerja media yang dirampas semasa himpunan BERSIH 3.0 semalam akan dikembalikan."Ya. Kita akan kembalikan," katanya ketika ditanya.Menurut Hishamuddin lagi, dakwaan bahawa wartawan dicederakan oleh pihak polis semasa membuat liputan juga akan disiasat.Katanya lagi, beliau berharap dakwaan itu tidak benar."Saya harap perkara itu tidak benar. Kita tidak melindungi sesiapa. Kita akan berlaku adil pada semua orang. Jangan spekulasikan perkara ini."Kita juga akan lihat kes itu. Seperti biasa. Kita perlu selidik dahulu melalui rakaman video yang telah dirakam dan bergantung pada nasihat dan akta undang-undang pendakwaan," katanya.Dalam pada itu, ketika Hishammuddin ditanya lagi mengenai rampasan milik pekerja media, beliau berharap perkara itu tidak benar.Jelasnya, pihak polis telah melakukan kerja mereka dengan sebaiknya dan tiada akan meneliti perkara tersebut dengan terperinci. -MK

BERSIH 3.0...BUKTI BANTAHAN RAKYAT YANG BERTERUSAN



Saya sempat bersama-sama dengan peserta BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 april. seawal pagi saya sudah pun berada di sana  dan lokasi persinggahan pertama adalah masjid Jamek dan masjid India. sebenarnya KL khususnya di kawasan dataran merdeka sudah pun dipenuhi oleh peserta BERSIH bermula malam 28 april lagi. kehadiran penyokong BERSIH yang entah berapa ratus ribu sebenarnya sudah dijangka kerana kali ini sikap untuk terus berdiam diri sambil menonton tv dan makan kacang tidak lagi memberi kesan.

      BERSIH 3.0 adalah siri ke 3, yang masih lagi berada dalam ruang lingkup untuk membersihkan perlaksanaan pilihanraya serta mendesak SPR agar lebih telus dalam memberi keadilan yang sebenar dalam pilihanraya khususnya yang bakal diadakan beberapa bulan lagi. Melalui pengalaman saya setelah turut serta dalam perhimpunan bersih yang terdahulu, nampaknya kali ini lebih ramai yang turun ke jalan raya sebagai tanda sokongan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0


      Samada perhimpunan ini mendapat perhatian kerajaan atau tidak tetapi ianya cukup berjaya untuk memberitahu kepada dunia bahawa rakyat Malaysia sebenarnya sudah semakin tesepit dan semakin tertekan dengan ketidaktelusan proses pilihanraya khususnya melibatkan senarai nama pengundi dan pengemaskinian data pengundi serta tempoh berkempen yang telalu singkat berbanding dengan parti pemerintah yang lebih banyak ruang masa dengan menjadikan media massa arus perdana sebagai alat untuk kempen.

    SPR juga khabarnya masih lagi belum dapat membersihkan sepenuhnya tentang isu isu yang bekaitan "pengundi hantu" dan nama nama yang tak sepatutnya wujud. Isu penggunaan dakwat kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan berlakunya pengundian 2 kali oleh orang yang sama khabarnya akan dilaksanakan dalam pilihanraya 13 nanti. Moga moga tidak akan berlaku penarikan balik arahan paa saat akhir sebagaimana dalam PRU 12 atas alasan yang tak masuk akal.

    Hak berhimpun adalah hak rakyat dan ianya termaktub dalam perlembagaan. hak bersuara juga adalah hak rakyat. ianya juga temaktub dalam perlembagaan negara. Perhimpunan BERSIH juga hak rakyat kerana rakyat berhak menyuarakan apa yang dirasakan tidak betul. rakyat adalah TUAN. kerajaan hanya melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat sebab kerajaan dipilih oleh rakyat. Kenapa rakyat perlu takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan tidak betul.

      Perhimpunan BERSIH 3.0 semalam adalah satu  signal yang perlu kerajaan faham dan perlu dingatkan rakyat bukan lagi sebodoh lembu yang dicucuk  hidung dan ditarik ke sana ke mari tanpa sebarang bantahan. Pemimpin adil dan telus akan sentiasa disanjung rakyat. pemimpin zalim dan rasuah akan tunggu masanya nanti bakal dipamirkan dipamirkan di muzium rakyat sebagai pengajaran untuk bakal pemimpin akan datang

Bajet berkebajikan atau "signal" pilihanraya


Gegak gempita seluruh negara bila PM mengumumkan bajet yang banyak memberi menafaat kepada rakyat. Kakitangan awam sudah pastinya tersenyum lebar apabila dikhabarkan dengan skim baru bermula januari 2012 dan juga tambahan bonus setengah bulan gaji lagi bagi melengkapkan satu bulan gaji bagi tahun ini yang mana separuhnya telah pun diberikan sebelum hari raya.

Rakyat yang berpendapatan rendah, pelajar sekolah, balu-balu dan anggota tentera yang terkorban semasa darurat turut sama merasai durian runtuh apabila bakal mendapat bahagian masing-masing. Sesetengah pemerhati melihat bajet ini adalah yang paling berkebajikan walaupun ada juga sesetengahnya masih sangsi dengan keihlasan bajet ini.

Kakitangan swasta masih lagi tertunggu-tunggu perkhabaran tentang gaji minimum yang tiada penghujung walaupun ada pemanis bibir yang diungkapkan oleh PM agar gaji minimum bergantung kepada syarikat masing-masing untuk melaksanakannya.
Surat akhbar pada pagi 8 oktober awal-awal lagi sudah " sold out". laris macam pisang goreng. Apa tidaknya, semuanya untuk melihat bahagian masing-masing yang diperincikan dalam surat khabar. Muka-muka yang memberi komen menghiasi dada akhbar. semuanya memberi komen yang positif dan ada juga sampai melambung-lambung pujiannya.

Itu lah realitinya, dan itulah yang digembar gemburkan sebagai bajet berkebajikan ini. Sesekali penulis menyelongkar blog-blog di internet untuk melihat pandangan lain yang tidak ditulis dalam surat khabar. Penulis cuba merungkaikan beberapa persoalan yang wujud di sebalik. Penulis bersyukur dan berterima kasih kepada PM kerana menganugerahkan bajet yang disifatkan untuk kesejahteraan rakyat ini. sekurang-kurangnya ia mampu mengimbangi kadar inflasi dan mengeluarkan rakyat dari berada dalam zon ketenatan akibat kenaikan harga barang yang entah berapa kali naik.

Apakah benar pilihanraya sudah semakin hampir. Ramai yang akan jawab ye, kerana desas desus mengenainya sudah pun hinggap di telinga dan telah tersebar melalui blog-blog. samada hampir atau tidak itu adalah keputusan PM yang akan menetapkan bila pembubaran parlimen.

Apakah ada perkaitannya dengan bajet yang baru dibentangkan ini. Ramai yang mengatakan ya dan ramai pula yang menidakkan. Apa pun mengikut pandangan penulis, ini adalah satu langkah awal untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya di kalangan penjawat awam yang telah lari dari menyokong BN. Kekalahan teruk BN pada pilihanraya umum lalu telah menyebabkan BN dirundung malang kerana kehilangan banyak kerusi di tangan Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya dengan bajet ini akan memberi ruang untuk rakyat kembali berfikir dan membuat satu keputusan untuk memihak kepada BN.

Sekiranya ini benar, apakah ini merupakan bajet yang betul-betul ikhlas untuk rakyat atau sekadar untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Rakyat seharusnya menilai dalam semua aspek agar tidak sentiasa ditipu sebagaimana wujudnya projek projek segera menjelang pilihanraya dan janji-janji pilihanraya yang sampai sekarang masih ada lagi yang belum tertunai.

Rakyat bukan menolak bajet, malah rakyat akan menerima dengan penuh kesyukuran dan terima kasih tapi bukan untuk dicucuk hidung atau digula-gulakan. rakyat sudah bijak menilai.
Samada sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dalam zon yang memerlukan kita lebih berfikir. silap percaturan bermakna kita mengundang kepayahan untuk 5 tahun lagi. Teringat saya kata-kata Tuan guru Hj. Nik Abdul Aziz menteri Besar kelantan, " beri kain pakai, beri wang ambil, beri basikal gatih". Tepuk dada tanya selera. undi kita yang akan menentukan masa depan negara.

wallahuaalam

pak katib

10 oktober 2011

Rusuhan Agama: 24 Maut Di Kaherah

Puak Kristian bertempur dengan tentera serta polis berhubung protes terhadap serangan yang berlaku ke atas sebuah gereja di selatan Kaherah, Mesir pada Ahad.Foto -AP


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam keganasan rusuhan agama membabitkan puak Kristian di Kaherah.

Rusuhan yang berlarutan hingga malam Ahad memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.

Kumpulan terbabit bertempur menggunakan batu dan bom api. Beberapa kenderaan termasuk milik tentera dibakar.

Puak Kristian mendakwa pentadbiran tentera Mesir terlalu berlembut dengan pihak yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan anti Kristian. -AFP


sumber: mstar online

Tarikh Akhir Parlimen Bubar 24 April 2013: SPR



KOTA BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

"Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) dekat sini, Sabtu.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - Bernama

"Bajet pilihanraya"



KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff.


Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat.


"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily.


GST menungguDisebalik insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang sekaligus akan membankan pengguna."Kita tidak nampak penurunan cukai kepada sektor koperat. Walaupun ada banyak cukai tak lansung diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat."Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13.Kelantan terus dipinggirBeliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan.Beliau merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor sahaja.Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara terpilih.


(sumber:Harakahdaily)

Formula Usahawan Berjaya


Formulanya ialah: M + T + T = K
.
M: Mewakili mindset. Anda perlu memiliki mindset seperti mana orang yang berjaya barulah anda akan berjaya. Percaya atau tidak, mindset orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. Untuk memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak membaca buku berkaitan orang yang berjaya.
.
T: Mewakili tindakan. Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda tetapkan. Bertepatanlah dengan satu kata-kata Inggeris yang berbunyi:
.
"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
.
T: T yang kedua pula mewakili tawakal. Bagi yang beragama Islam pula, untuk berjaya kita juga perlu bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
.
S: Mewakili kejayaan. Hasil bagi formula M + T + T adalah kejayaan yang bakal anda kecapi.


dipetik dari blog : usahawan bistari.blogspot.com

sudah terjawab.....apakah penyebar dan tukang tayang video lucah akan didakwa ?


Terjawab sudah segala teka teki siapa sebenarnya pelakon utama dalam klip video lucah yang diriuhkan satu Malaya. yang pastinya bukan DSAI Dan khabarnya ketika di awal-awal kemunculan telah ada orang yang berani bertanggungjawab atas penyebaran itu sekiranya klip video itu tidak benar. Kini ternyata setelah diteliti dan dikaji oleh pakar pakar bahawa pelakon dalam klip video lucah itu bukan DSAI.

Dalam surat khabar tidak terpampang pula di muka hadapan tentang hasil siasatan klip video sebagaimana terpampang besar-besar dalam isu yang sama seawal kemunculan klip video terbabit. sehingga orang yang belum disabit bersalah telah dimalukan maruahnya dan keluarganya dengan fitnah dan tuduhan yang tak betul.

Apakah ini yang dinamakan telus. Penyiaran yang " double standard". Dalam berita TV arus perdana nampaknya tidak banyak disentuh tentang orang yang sepatutnya diheret ke mahkamah atas sebab penyebaran. Kalau mengikut laporan dalam Buletin pagi tadi khabarnya "Trio" yang tukang sebar tu belum tentu didakwa kerana menurut laporan ianya bergantung kepada peguam negara untuk mendakwa atau tidak.

Sekiranya "trio" itu tidak di bawa ke muka pengadilan atas sebab menyebar dan menayang video lucah serta menyebabkan sedikit gamat dan memalukan pihak yang tidak bersalah akan menjadi satu lagi tandatanya tentang sistem perundangan di Malaysia. Apakah nanti undang -undang dan peraturan di Malaysia ini akan jadi seperti sarang labah-labah yang hanya tahu menjerat serangga kecil tapi membiarkan yang besar bebas.

Ramai pemerhati melihat bahawa isu video lucah kononnya mirip Dato Seri Anwar Ibrahim ini hanyalah semata -mata untuk helah politik kerana isu ini muncul hampir dengan PRN Sarawak. Sarawak dilihat sebagai satu "reserve" BN yang perlu dipertahankan dan kebangkitan PKR dan Pakatan Rakyat di Sarawak sudah semakin hebat. Pemerhati mengandaikan bahawa hanya kaedah ini untuk menidakkan undi terhadap PKR atas alasan bahawa penasihat parti bergelumang dengan dosa dan berhadapan dengan masalah moral yang serius.

Persoalan timbul kenapa keputusan hasil siasat didedahkan selang beberapa hari selepas pilihanraya negeri di Sarawak. Apakah siasatan selesai setelah tamatnya PRN Sarawak. Kenapa tidak didedahkan sebelum tarikh pengundian. Persoalan-persoalan ini sebenarnya bermain dalam fikiran rakyat dan pemerhati. Apakah ini strategi atau ada skrip dan itu belum dipastikan. ianya hanya sekadar andaian dan terserah kepada pembaca untuk melihat kebenarannya.

Tepuk dada tanya selera. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. DSAI dan keluarga perlu tabah menghadapi ujian ini dan ingatlah rakyat tak selamanya akan jadi lembu yang dicucuk hidung.


Wallahuaalam

pakkatib


19 April 2011

Video seks panas..!!!..sah bukan DSAI


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.
Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.

dipetik dari blog Mimpi Senja