Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan



KOTA KINABALU: Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik kerana mahu memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi jika pindaan dibuat terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.


Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.
Ketika ini, golongan itu hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.


Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi.


Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.


"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di Wisma Wanita, di sini.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd Dun hari ini menutup seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah itu.


Azizah dalam ucapannya berkata, wujud keperluan undang-undang untuk melindungi wanita daripada keganasan emosi.
Beliau berkata, terdapat 99 kes keganasan terhadap wanita di Sabah pada suku tahun pertama 2009 berbanding 220 kes pada tempoh yang sama tahun lalu yang dilaporkan kepada pihak polis.


sumber : mstar



Sivakumar ditahan termasuk yang lain -Mogok lapar : 8 wakil rakyat PR ditahan di Wisma DAP


IPOH: Lapan wakil rakyat pembangkang adalah antara 19 orang ditahan polis pagi tadi kerana menyertai perhimpunan tanpa permit di kawasan lapang berhampiran Wisma DAP di sini.
Wakil rakyat berkenaan adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran


Turut ditahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar yang juga bekas Speaker; Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) yang semuanya daripada DAP.


ADUN Teja, Chang Lih Kang dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis.
Selain mereka dua pekerja DAP, dua anggota Unit Amal PAS dan dua orang awam turut ditahan polis antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.


Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.


Beliau berkata, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Polis Perak di sini pada pukul 4 petang ini.
Sebelum itu, polis turut menahan lima pekerja lelaki sebuah syarikat pengurusan acara termasuk dua warga negara Myanmar pada pukul 7.30 pagi ketika mereka sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP di sini.


Polis turut merampas satu belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' dan 'Daulat Tuanku' yang dipasang di luar Wisma DAP itu.


Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.BERNAMA



sumber : mstar

Mogok lapar- 5 ditahan di wisma DAP



IPOH: Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini.
-mstar

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir


PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.


Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.


Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.


Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.


"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.
Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.


Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.


sumber-mstar

Terkini.. Zambry Kadir MB Perak yang sah

PUTRAJAYA: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini.

mstar

Terkini...Zambry Vs Nizar

3.45 petang : Mahkamah mula bersidang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak hadir ke mahkamah.

2.30 petang : Terdapat sebahagian wakil media yang tidak dibenarkan masuk kerana polis mengehadkan hanya 60 orang pertama dibenarkan masuk.

2 petang : Wakil media tempatan dan antarabangsa mula menunggu di perkarangan Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya.


-mstar

Terkini Minit-minit terakhir ..Zambr Vs Nizar

Keputusan akan diumumkan sedikit masa lagi. Siapa sebenarnya yang menjadi MB Perak yang Sah.

Wartawan dan bloger telah pun memenuhi perkarangan mahkamah. Polis dan FRU juga ditugaskan untuk mengawal situasi

Nantikan..

Pertempuran terakhir- Nizar Vs Zambry

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini. Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian. Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah dengar rayuan Nizar hari ini

MAHKAMAH Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pagi ini.
Mahkamah juga akan mendengar permohonan Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

sumber : mimpi senja

Nizar mohon kesnya didengar lima hakim Mahkamah Rayuan





PUTRAJAYA: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.



Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.



Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.



Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. BERNAMA
sumber : mstar

Rayuan Dato' Seri Nizar akan didengar 18 Mei



PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.


Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.


Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.
Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai siasia.


Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Mohammad Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.


sumber mstar

zambry kembali sebagai MB Perak- Dato' Seri Nizar dan Exco kosongkan pejabat SUK petang ini





PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.



Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali hari ini yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.



Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.



"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.



Sementara itu, ketika ditemui di perkarangan mahkamah Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai MB dan akan kembali ke pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada bila-bila masa.
Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.
Pagi tadi, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.




sumber mstar

PERKEMBANGAN POLITIK PERAK SELEPAS NIZAR DISAHKAN SEBAGAI MB



BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.


9.50 pagi: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.


9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.


9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.


8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.


7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.


7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.


7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.


7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.


7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.


7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak.

sumber : mstar

Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK



IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.


Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.
Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.


Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.


"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.


Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.
Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.


Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.


Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.
Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.
"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.
Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.


Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.


sumber mstar

Krisis politik: Gantung penasihat undang-undang antara 6 langkah diumum Nizar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.
Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:


- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.


- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.


- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera


- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009


sumber : mstar

Dato' Seri Nizar MB Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani

keputusan siapa MB Perak yang sah- Antara debaran dan harapan


Hari ini akan diputuskan siapakah sebenarnya MB Perak yang sah. Dato' Seri Nizar atau Zambry. Mengikut perundangan dan cakap-cakap Pakatan Rakyat sudah pasti yang sebenarnya MB Perak adalah Dato' Seri Nizar kerana beliau belum lagi meletakkan jawatan dan masih lagi menjadi MB walaupun segala haknya telah dirampas.

Bagi BN pula mereka ini tetap berpegang kepada restu sultan terhadap perlantikan MB Zambry walaupun secara jelas melanggar undang-undang tubuh negeri Perak. Pertikaian yang berlanjutan sehingga membawa masalah ini ke mahkamah dan keputusannya dijangka akan diketahui hari ini.

Ada desas desus yang mengatakan dato' Seri Nizar menang kes ini. Dari sumber mana diperolehi belum dipastikan. ianya hanyalah khabar angin memandangkan keputusan rasmi dari mahkamah belum dibuat. Sekiranya khabar angin ini menjadi kenyataan bermakna BN akan menghadapi masalah baru dan menjadikan krisis Perak semakin rumit. Rumit kerana BN sudah pasti akan membuat onar sekali lagi untuk menidakkan hak Dato Seri Nizar dan proses melucutkan Nizar melalui undi tidak percaya sudah pasti akan jadi gegak gempita sebagaimana yang berlaku terhadap rampasan kuasa speaker.

Persoalannya lagi, bagaimana pula untuk memberikan usul tersebut sedangkan speaker yang baru juga disahkan haram kerana usul terhadap perlantikan tersebut adalah ditolak dan persidangan pada 7 Mei itu juga tidak sah menurut sesetengah pemerhati kerana sidang belum bermula dan pencabulan hak serta pencerobohan dewan oleh orang luar khususnya polis.

Speaker haram BN juga merupakan bukan ahli dewan walaupun ada usul dari BN terhadap namanya. kerumitan ini sebenarnya akan berpanjangan dan sekali gus terpaksa diselesaikan oleh mahkamah.

Sekiranya Dato seri Nizar menang , sudah pasti perkara utama yang difikirkan ialah mempersembahkan kepada ke bawah duli untuk pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya keci di negeri Perak dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sudah berlarutan lebih 3 bulan ini.

Bagaimana pula jika Zambry memenangi kes ini. Suatu perkara yang pasti akan berlaku adalah rayuan demi rayuan. Proses ini sudah pasti akan memakan masa yang panjang dan seandainya berlaku kesan nya cukup terasa bagi rakyat Perak.

Walaupun kita tahu bahawa kemungkinan ada campurtangan terhadap perjalanan mahkamah dan proses kehakiman, tetapi itu bukan nya penamat bagi Pakatan Rakyat untuk menyerahkan bulat-bulat setiap keputusan. BN ada peguam, pakatan rakyat juga ada peguam.
lawan tetap lawan. keadilan perlu ditegakkan.

wallahuaalam

- pak katib

11 Mei 2009

Sidang 7 Mei- apa kata mereka

Apa kata orang ramai dan pakar undang-undang terhadap tragedi 7 mei sidang DUN Perak


By Dzulkifli Ahmad

MAY 9 — It has finally come to this. An impasse or a deadlock in the Perak state assembly for the last three months has finally turned into anarchy. A total disgrace to the nation witnessed by the entire world. In utter contempt of the legislative body, the ugly scene where a disputed speaker could summon the sergeant-at-arms to forcibly remove the rightful speaker tells it all. It wasn’t just crude and brute but smacks of contempt for the august House. The rest was hell broke lose, total chaos and a great dishonour to the nation, quite unknown and unheard of in any civilised society.

What has become of the BN government under the newly minted premiership of Datuk Seri Najib Razak? Only into the first month of his regime, he has already committed excesses which indeed spell doom for this nation. The recent spate of detentions is totally uncalled for and extremely disturbing. And all these after pronouncing his famous mantra of 1 Malaysia! Disgusting. Is he out of his mind? What 1 Malaysia is he talking about? He can’t even put 1 Perak in place!

What is most disconcerting is the fact that the entire fracas could have been tactfully avoided if only the BN could wait for the outcome of the judicial review submitted by Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin that will be heard in the High Court in Kuala Lumpur on Monday. Nizar would by then know whether he is successful in having the High Court proclaim him as the rightful Perak mentri besar. Why did they want the assembly to proceed in haste despite knowing of the pending ugly scenario that will shame all? Many are still left wondering.
The court decision could bring to an end the prolonged impasse in the state triggered by the defections of the three Pakatan representatives to become BN-friendly independents. This situation has allowed BN to have the strength of numbers in the state assembly, which resulted in the Perak Sultan requesting that Nizar step down and immediately appointing Datuk Zambry Abd Kadir as the new mentri besar in February.

Justice Datuk Abdul Aziz will make his ruling on Monday after having heard submissions from Nizar’s lead counsel Sulaiman Abdullah. For the record, his lead counsel has reminded the court that the function of the monarch is to appoint a mentri besar after the general election and to dissolve the assembly.

Sulaiman has emphatically argued that under no circumstances can the Ruler decide to investigate or hold an inquiry to find who commands the majority and then appoint a new mentri besar. While admitting that there is a lacuna or loophole in both the Federal and Perak state constitutions on matters of removal of the mentri besar or the chief executive, such powers are, however, not provided for in the constitutions, argued the lead counsel.

Now that the situation has turned into such a dreadful ending, one can’t help thinking why has the monarch, who was once Lord President of the Supreme Court, a great legal mind, allowed this impasse to turn so chaotic and into anarchy. Couldn’t the monarch have averted all this by dissolving the legislative assembly on that fateful Feb 5 and render back to the rakyat their mundane and democratic role of electing a new government for the state in accordance with and abiding by the rules and dictates of a free and fair electoral process.

That would have doubly served the interest of safeguarding the sanctity of the constitutional monarch much as it would render the right of choosing the government of the day to the people of Perak. By so doing, not only would the monarch be above politics but actually seen to be so.
Regrettably that wasn’t made possible by political bigotry that now attempts at hoodwinking the rakyat by spinning the slogan of 1 Malaysia. It takes a different paradigm shift of mindset and leadership to bring the nation out of this mediocrity and to propel it to greater heights.
The unfortunate events of May 7 have undoubtedly showed that sanity must return in order to restore order and stability to the government in Perak. And that can only be possibly achieved by dissolving the legislative assembly and holding fresh elections. Until such time, the people of Perak and the rest of the nation must be in black, to together say that we are repugnant to consigning the death of democracy in Perak!

Dr Dzulkifli Ahmad is the PAS director of strategy and also Kuala Selangor MP.

( malaysia insider)


Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita.

Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,”

katanya.Sumber : Kelab Greenboc

Demokrasi terpimpin - kata Tan sri P Ramlee


Hari ini media massa tak habis-habis memutarbelitkan fakta tentang kejadian sebenar dalam tragedi DUN Perak. TV3 pula sibuk mengulas kenyataan putarbelit Zambry yang mengatakan bahawa PR mencemarkan demokrasi dan menggunakan undang-undang rimba. PM pula dalam kenyataannya hari ini menyalahkan Pakatan Rakyat dan menuduh pakatan rakyat menimbolkan kekecohan. Timbalan PM pula membuat kenyataan bahawa PR telah menganggu P.A System.

Inilah caranya dan kaedah pemimpin BN dalam menyembunyikan situasi sebenar. Sedarkah mereka bahawa tindakan mereka menggunakan media massa atas tujuan untuk memesongkan maklumat yang tepat ini sebenarnya akan menyebabkan rakyat semakin muak. Rakyat sebenarnya terlebih awal menerioma maklumat dari internet dan mengetahui cerita sebenar.

Sampai bilakah BN akan cuba menutup kelemahannya sendiri dan berbohong kepada rakyat. Rakyat bukan lagi bodoh.


yang peliknya polis telah diarahkan memasuki dewan.


Saya ada menerima sms dari seorang sahabat.


" Masa karpal kena serbu di parlimen IGP dan Syed Hamid kata polis tak ada kuasa di dewan, di Perak berpuluh-puluh polis masuk dewan bawa lari speaker.

Param Cumuraswamy kata " I have never seen or heard of such as in any legislature in the world , That such commotion could accur in the state where the ruler was once the LORD PRESIDENT OF SUPREME COURT is beyond belief"


Fikir-fikirkan lah. Kalau masih lagi berkarat dalam UMNO-BN, maknanya sampai bila-bila pun akan ditipu dan diperbodohkan sepanjang hayat. Berubahlah...


- Pak Katib


9 Mei 2009


Tragedi 7 Mei- Demokrasi yang dilacurkan



Beginilah hebatnya angkara durjana BN. Merampas sidang dan menidakkan kuasa speaker semata-mata tamakkan kuasa. Tragedi hitam yang menyayat hati ini jelas memperlihatkan bagaimana rakusnya BN merampas kuasa di Perak serta merobek kuasa speaker serta melacurkan demokrasi yang dipegang selama ini.




Perlantikan speaker haram yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan membelakangkan peraturan dewan serta mencabar kuasa speaker. Lihatlah bagaimana angkuhnya BN apabila mengingkari arahan speaker ketika speaker mengarahkan 10 ADUN keluar dewan kerana mereka ini masih digantung. Bukan setakat itu ADUN BN dengan biadabnya merampas speaker dengan menggantikan speaker yang baru walaupun pada hakikatnya usul bagi perlantikan speaker baru itu ditolak.




Tidak cukup dengan itu BN telah menggunakan Polis untuk menyeret keluar speaker dengan sehina-hinanya tanpa ada pertimbangan. Kedudukan speaker yang mempunyai tempat paling atas di dewan rakyat telah dinafikan. Inilah sebenarnya gambaran sebenar BN yang hanya pandai menggunakan media massa miliknya untuk menutup kebiadaban sebenar mereka.
Dalam Buletin utama TV3, Zambry dengan angkuh memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah menimbulkan kekecohan dan tidak menghormati dewan. malah beliau juga tanpa rasa bersalah mendakwa bahawa Pakatan rakyat mengamalkan undang-undang rimba pada hal mereka lah sebenarnya pendokong undang-undang rimba apabila mengingkari perintah speaker apabila diarahkan supaya keluar dewan terhadap 10 ADUN yang masih lagi dalam tempoh penggantungan.
Di mana lagi letaknya nilai demokrasi sebenar. Apakah demokrasi hanya diguna pakai atas kepentingan tertentu sahaja. Di mana perginya pakar undang-undang. Banyak persoalan-persoalan yang wujud. Arahan siapakah pula yang menghalalkan polis memasuki dewan tanpa kebenaran speaker malah mengheret speaker keluar dan membawa menaiki kenderaan ke tempat yang tidak diketahui.

Apakah ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana telah menidakkan hak seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang.
Tragedi hitam 7 mei ini telah memalitkan lumpur pada BN sendiri sebenarnya. Rakkyat yang melihat kejadian ini sudah pasti akan melihat BN sebuah gagasan yang tidak bermoral dan rakus. Orang-orang yang lalu lalang dan sedang minum kopi di kawasan berhampiran juga khabarnya ada yang ditahan polis tanpa sebab. beberapa pemimpin parti pembangkang pula dimuatkan ke dalam trak untuk dihantar ke balai polis berhampiran. Demokrasi kah ini? Adilkah ini? Pejuang bangsa dan agama kah ini? agama Islam tidak mengajar kita jadi begini. Agama-agama lain juga menyarankan supaya penganut-penganut agama berbuat baik.

Ingatlah, BN adalah rakus. Rakus dalam semua keadaan. Rakus merampas kuasa dan rakus melacurkan demokrasi. Yang membantu orang yang rakus, jawablah nanti diakhirat. Tuhan itu adil. Ustaz-ustaz dalam BN kenapa masih lagi mengunci mulut untuk memperbetulkan kerakusan BN ini.


-Pak katib

7 Mei 2009




Nizar : Saya akan segera menhadap tuanku untuk mohon bubar DUN

Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.

Kenyataan akhbar v. sivakumar

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.

Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

Sidang akhbar jam 4.15 petang- hak speaker dirampas

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

Tian Chua ditahan polis

4pm

Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

Raja Nazrin perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN

setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar.

sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Maajlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Rebahnya seorang pejuang ditangan BN


V. Sivakumar diseret keluar dewan. Perjuangan hingga ke garisan penamat.

Pejuang Sejati

Sivakumar dibawa oleh polis ke tempat yang tidak diketahui



3.13pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3.12pm Kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya.

Speaker V. Sivakumar telah diangkut oleh sepasukan polis dan membawa ke luar dewan walaupun telah dihalang oleh ADUN PR

Raja Muda Perak Masuk Ke Dewan


Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.Apabila turun DS.

Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekalai DS. Nizar merafak sembaah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan.

Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

Terkini 3.10 pm - R Ganesan mulakan sidang

terkini : 3.10pm

R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - - tetapi mereka enggan. Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Lagi terkini pada sidang sebelah petang - DUN Perak

Berikut perkembangan terkini di Perak:

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat. Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.

2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja. Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.

1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan. Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.

12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi. Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan. 12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan. Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.

Terkini jam 2.20 Petang : - Polis campurtangan

Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

kekecohan semakin memuncak


Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang.
Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Kronologi sidang DUN dan rampasan speaker di DUN Perak


Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.


Berikut perkembangan terkini di Perak:


11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi. Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.


Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.


Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.


11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.


11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.


Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN.


Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.


Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.


Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.


ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.


10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.


Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas.


Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah.


Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.


Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker.


Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.Suasana tegang berlanjutan.


Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.


10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.


Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.


Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.


Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit.


Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya.


ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap. Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.


10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut. Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.


9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar. Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.


Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan. Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.


9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.


9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang. Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.


9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno. Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis. Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."


8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.


8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."


8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.


8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.


7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak. 7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.


sumber : malaysia kini

Rampasan kuasa sekali lagi


Update 11.21 pagi


Sidang dewan kelam kabut. terbaru diberitahu.Speaker Siva telah diculik oleh ADUN BN dengan bantuan pengawal keselamatan. Masih lagi riuh rendah di dalam dewan.

Ganesan sedang meneruskan sidang haram

Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang “Bawah Syiling”. Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar…

Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram

Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan “haram” memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

Hee Yit Fong cuba bersuara

ADUN Jelapanag yang digantung dan dihalaun keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya.

saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker

sumber ; cinaislam

lagi terkini

sebentar tadi Speaker keluar dewan untuk mengeskot Raja Muda...sementara beliau tiada cubaan merampas dewan telah berlaku...namun ADUN PR tidak berdiam diri...ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan

Suasana Kecoh dalam dewan


Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat Speaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.


Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

terkini-10 Adun diarah keluar dewan

IPOH 7 Mei - Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kecoh apabila Speaker, V. Sivakumar menghalau tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas keluar dewan.

Arahan itu dibuat sebelum sidang tersebut dimulakan.

Sivakumar berkata, dewan tidak akan dibenarkan bersidang selagi 10 ADUN tersebut tidak keluar dari dewan berkenaan.

atur cara sidang DUN Perak hari ini

BERIKUT adalah atur cara sidang DUN Perak hari ini:

8.30 pagi: Ketibaan anggota DUN.

9.30 pagi: Ketibaan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah dan disusuli memeriksa perbarisan kehormat.

10 pagi: Majlis perasmian sidang DUN.

11 pagi: Sidang mula bersidang selepas majlis perasmian - dijangka bahaskan usul ganti Speaker.

lagi maklumat Sidang DUN- 16 ADUN PR di halang masuk

9.05 pagi : 16 ADUN PR dihalang dari memasuki DUN, apa muslihat BN.?


6 lagi penyokong '1Black Malaysia' ditahan diluar bangunan SUK.

Sekurang-kurang nya 4 sekatan jalanraya telah diadakan dalam linkungan 1km dari bangunan SUK

Terkini wakil rakyat dan individu yang ditahan polis

Terkini wakil rakyat dan individu yang ditahan polis

Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin
ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong
ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee

Mereka di bawa menaiki trak polis sambil melaungkan” one black Malaysia”

Beberapa orang penyokong juga ditahan termasuk yang memakai baju T “Kembalikan hak rakyat”
Dianggarkan sudah lebih 11 orang ditahan

berikut adalah perkembangan terkini sidang DUN


BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:


8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai dari DAP, Jenice Lee adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.


8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.


8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej 'Kembalikan Hak Rakyat' ditahan pihak polis.


7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing


mstar



Terkini, Sidang DUN


Sidang DUN pada hari ini yang bakal menyaksikan satu sidang yang penuh dengan teka teki dan tanda tanya serta kawalan keselamatan yang ketat.


Suasana di kawasan Bangunan SUK dipenuhi dengan Polis dan Pasukan FRU yang bersiap sedia bagi menghalang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dijangkakan sidang DUN hari ini akan memutuskan beberapa perkara penting. Dijangkakan juga beberapa pertikaian bakal berlaku.


Orang ramai serta penyokong parti politik tidak dibenarkan berkumpul dan berada di kawasan Bangunan SUK. Polis telah pun membuat arahan tambahan supaya orang ramai tidak berada dalam lingkungan 500 meter dari bangunan.


Wartawan dan bloger dari seluruh tanah air telah pun berkampung untuk membuat liputan terkini mengenai sidang DUN.


perkembangan terbaru menyusul nanti

teka teki, misteri sidang DUN


IPOH: Adakah krisis politik Perak yang bermula awal Februari lalu akan menemui titik akhir menerusi perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini?
Ataupun ia akan membawa satu lagi detik yang akan merumitkan krisis politik yang berusia tiga bulan ini.


DUN mengadakan mesyuarat pertama penggal kedua sesi ke-12 bermula pagi ini - pada minggu terakhir sebelum luputnya tempoh enam bulan sejak pertemuan terakhir November lalu.
Dalam sejarah lima dekad DUN Perak, ini kali pertama sidang Dewan mendapat tumpuan meluas banyak pihak dari dalam dan luar negara.


Malah buat kali pertama, lebih 100 wartawan memohon untuk mendapatkan pas khas liputan di sebalik keputusan awal sekretariat SUK yang mahu mengehadkan bilangan kehadiran media atas alasan batasan ruang dalam Dewan.


Selain itu, ini juga kali pertama pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan sehingga ke satu paras yang "terlalu ketat" termasuk memulakan pengawasan rapi sejak lewat petang semalam.


Sidang kali ini akan dirasmikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah kira-kira 9.30 pagi nanti.


Sidang kali ini, yang dirasmikan buat kali kedua selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, juga menyaksikan perasmian disempurnakan dengan parti berlainan menerajui kerajaan negeri.
Ketika sidang DUN dirasmikan setahun yang lalu, kerajaan negeri Perak diterajui parti pimpinan Pakatan Rakyat - yang dianggotai PAS-PKR-DAP.
Hari ini BN mengetuai kerajaan negeri dengan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.


Di sebalik perasmian sidang DUN hari ini, banyak pihak menimbulkan persoalan dan ingin melihat perkembangan-perkembangan susulan dengan "dekat" tentang beberapa isu.
Pelbagai spekulasi ditimbulkan.


Antaranya sama ada sidang DUN akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertikaman lidah dan pertelingkahan di kalangan anggota DUN.
Speaker DUN, V. Sivakumar ketika ditemui melahirkan kebimbangan bahawa anggota-anggota Dewan akan menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh mencetuskan suasana tidak senang ketika sidang.


Justeru, beliau telah pun memohon Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar menangguhkan persidangan kali ini.


Ketika ditanya apa keputusan yang bakal dibuat pagi ini, Sivakumar enggan mendedahkannya.
Bagaimanapun beliau berkata telah memutuskan tiga hingga empat perkara penting.
Manakala di sebelah pihak lagi, Zambry mengharapkan sidang akan berjalan mengikut agenda yang telah ditetapkan.


"Kami ikut peruntukan undang-undang. Oleh itu, kami berharap sidang akan berjalan dengan lancar," katanya.


Agenda pagi ini memfokuskan kepada dua usul yang dibawa BN iaitu menyingkirkan Sivakumar dan digantikan dengan wakil BN.
Di sebalik usul itu dipercayai bahawa akan ada pihak yang mungkin menimbulkan persoalan tentang status Zambry dan enam Exco yang lain, yang telah digantung Speaker daripada menghadiri sidang Dewan, dan kedudukan tiga wakil rakyat Bebas.


Sidang ini diadakan ketika kes mengenai kesahihan pelantikan Zambry yang dikemukakan oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih didengar mahkamah.


sumber : mstar

Mat sabu Ditangkap




Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.




Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.




Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.




Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.Sewaktu dihubungi, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.




Beliau bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang menganjurkan program tersebut di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru. Isteri pemimpin PAS itu, Normah Alwi berkata seorang pegawai polis berpangkat ACP menghubunginya petang ini dan memaklumkan bahawa Mohamad akan dibawa ke Slim River, Perak untuk ditahan reman esok."Benda (program solat hajat) belum jadi, kenapa tangkap?" katanya kepada Malaysiakini.




sumber ; malaysia kini

Petra dedah sumber info kaitkan Rosmah-Altantuya



Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.


Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia. Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu. Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.


Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut. Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.


sumber : malaysia kini

Pelantikan Zambry MB Perak tidak ikut perlembagaan



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.


Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.


"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.
"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.


Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.


Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:
* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;


* Tidak ada pembubaran DUN;
* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;
* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.


"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.
Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.


"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.
Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.


"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.


Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.


Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.
Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.


"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.
Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok. BERNAMA





sumber : mstar

Sivakumar mohon Sultan Perak tangguh sidang DUN Khamis ini



PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar menangguhkan sidang Dewan sehingga satu tarikh yang lain.


Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam blognya hari ini.
Menurutnya, beliau telah menghantar surat tersebut ke pejabat Istana Kinta pada pukul 11 pagi tadi.


"Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan DUN Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian," katanya.


Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula Khamis ini.
Jelasnya, permohonan itu dibuat kerana kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.


"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,"katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu itu Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh berkata, beliau juga bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.


"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.


"Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.

sumber mstar