Dato' Seri Nizar MB Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani

6 comments:

Anonymous said...

Dulu kata DS Nizar MB Perak paling singkat dalam sejarah-11 bulan...tapi rekod telah dipecahkan Zamri-3 bulan- Malaysia Book of Record....hehehe mat kude.

sekangkang kera said...

malam ni zambry boleh bungkus tikar dan bantal

pemerhati bebas said...

nasib baik nizar menang. Sebab tak ada demontrasi akan berlaku. Tapi kalau Zambri yang menang... apalagi berdemo la pas, pkr dan dap.
akan keluarlah kenyataan mahkamah tak adil
gantung hakim!

parti ayam brand said...

terima lah hakikat wahai UMNO bahawa Perak ini adalah negeri Pakatan Rakyat.

teropong maut said...

Kume terima zambri kalah... Tapi fikirlah mengapa kita tidak beri peluang kepada UMNO untuk perbetulkan kesilapan mereka? Tidak terfikirkah kita, kuasa melayu ternoda. KIta bukan bercakap soal kuasa melayu sahaja, malah kita harus memandang ke hadapan....selamatkah generasi kita pada masa depan?

Anonymous said...

Bagus2.....mmg Melayu Bodoh.

Bunuh la sama sendiri. Lagi senang kita ambik semua skali.

hahahaha

BODOH punya MELAYU