Hari ini media massa tak habis-habis memutarbelitkan fakta tentang kejadian sebenar dalam tragedi DUN Perak. TV3 pula sibuk mengulas kenyataan putarbelit Zambry yang mengatakan bahawa PR mencemarkan demokrasi dan menggunakan undang-undang rimba. PM pula dalam kenyataannya hari ini menyalahkan Pakatan Rakyat dan menuduh pakatan rakyat menimbolkan kekecohan. Timbalan PM pula membuat kenyataan bahawa PR telah menganggu P.A System.
Inilah caranya dan kaedah pemimpin BN dalam menyembunyikan situasi sebenar. Sedarkah mereka bahawa tindakan mereka menggunakan media massa atas tujuan untuk memesongkan maklumat yang tepat ini sebenarnya akan menyebabkan rakyat semakin muak. Rakyat sebenarnya terlebih awal menerioma maklumat dari internet dan mengetahui cerita sebenar.
Sampai bilakah BN akan cuba menutup kelemahannya sendiri dan berbohong kepada rakyat. Rakyat bukan lagi bodoh.
yang peliknya polis telah diarahkan memasuki dewan.
Saya ada menerima sms dari seorang sahabat.
" Masa karpal kena serbu di parlimen IGP dan Syed Hamid kata polis tak ada kuasa di dewan, di Perak berpuluh-puluh polis masuk dewan bawa lari speaker.
Param Cumuraswamy kata " I have never seen or heard of such as in any legislature in the world , That such commotion could accur in the state where the ruler was once the LORD PRESIDENT OF SUPREME COURT is beyond belief"
Fikir-fikirkan lah. Kalau masih lagi berkarat dalam UMNO-BN, maknanya sampai bila-bila pun akan ditipu dan diperbodohkan sepanjang hayat. Berubahlah...
- Pak Katib
9 Mei 2009
4 comments:
nak buat macammana dia ada kuasa untuk memutar belitkan kejadian sebenarnya,tapi apa pun dari pandangan rakyat,BN/OMNO adalah penyebab kepada kejadian ini,zamri lah yang sebenarnya menggunakan undang2 rimba,malah oleh kerana zamri ni berasal dari orang laut p.pangkor,jadi kita katakan kepada mereka bahawa zamri telah menggunakan undang2 lanun.Kalau berani kita cadangkan kepadanya supaya diadakan dialog terbuka,dimana nak buat kat stadium pun boleh,panggil lah pakar undang2 dalam umno,nak tau siapa yang menggunakan undang2 Rimba..
Pakyob...saya baca komen masyarakat cina dan india dalam malaysia today berkenaan isu sidang DUN Perak ni...mak oii meremang bulu roma..jgn kita gundah gulana...isu sidang DUN Perak ini adalah pukulan maut terakhir buat UMNO BN bukan sahaja di Perak tapi di seluruh negara menjelang PRU ke 13...percayalah Pakyob..
sebenarnya umno-BN sedang mengumpul dosanya supaya menjadi lebih besar dan kemudiannya umno akan dihumbankan ke sungai Perak pada PRK 13 nanti. Orang Melayu, Cina dan India sudah menganggap UMNO telah pun nazak dan bakal mati tak lama lagi
siapakah yang durhaka kepada perjuangan orang melayu?
a. anak melayu kini
b. anda sendiri
c. ahli umno
d. ahli pas.
e. ahli pkr
ingatlah jangan tergadai.....
Post a Comment