keputusan siapa MB Perak yang sah- Antara debaran dan harapan


Hari ini akan diputuskan siapakah sebenarnya MB Perak yang sah. Dato' Seri Nizar atau Zambry. Mengikut perundangan dan cakap-cakap Pakatan Rakyat sudah pasti yang sebenarnya MB Perak adalah Dato' Seri Nizar kerana beliau belum lagi meletakkan jawatan dan masih lagi menjadi MB walaupun segala haknya telah dirampas.

Bagi BN pula mereka ini tetap berpegang kepada restu sultan terhadap perlantikan MB Zambry walaupun secara jelas melanggar undang-undang tubuh negeri Perak. Pertikaian yang berlanjutan sehingga membawa masalah ini ke mahkamah dan keputusannya dijangka akan diketahui hari ini.

Ada desas desus yang mengatakan dato' Seri Nizar menang kes ini. Dari sumber mana diperolehi belum dipastikan. ianya hanyalah khabar angin memandangkan keputusan rasmi dari mahkamah belum dibuat. Sekiranya khabar angin ini menjadi kenyataan bermakna BN akan menghadapi masalah baru dan menjadikan krisis Perak semakin rumit. Rumit kerana BN sudah pasti akan membuat onar sekali lagi untuk menidakkan hak Dato Seri Nizar dan proses melucutkan Nizar melalui undi tidak percaya sudah pasti akan jadi gegak gempita sebagaimana yang berlaku terhadap rampasan kuasa speaker.

Persoalannya lagi, bagaimana pula untuk memberikan usul tersebut sedangkan speaker yang baru juga disahkan haram kerana usul terhadap perlantikan tersebut adalah ditolak dan persidangan pada 7 Mei itu juga tidak sah menurut sesetengah pemerhati kerana sidang belum bermula dan pencabulan hak serta pencerobohan dewan oleh orang luar khususnya polis.

Speaker haram BN juga merupakan bukan ahli dewan walaupun ada usul dari BN terhadap namanya. kerumitan ini sebenarnya akan berpanjangan dan sekali gus terpaksa diselesaikan oleh mahkamah.

Sekiranya Dato seri Nizar menang , sudah pasti perkara utama yang difikirkan ialah mempersembahkan kepada ke bawah duli untuk pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya keci di negeri Perak dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sudah berlarutan lebih 3 bulan ini.

Bagaimana pula jika Zambry memenangi kes ini. Suatu perkara yang pasti akan berlaku adalah rayuan demi rayuan. Proses ini sudah pasti akan memakan masa yang panjang dan seandainya berlaku kesan nya cukup terasa bagi rakyat Perak.

Walaupun kita tahu bahawa kemungkinan ada campurtangan terhadap perjalanan mahkamah dan proses kehakiman, tetapi itu bukan nya penamat bagi Pakatan Rakyat untuk menyerahkan bulat-bulat setiap keputusan. BN ada peguam, pakatan rakyat juga ada peguam.
lawan tetap lawan. keadilan perlu ditegakkan.

wallahuaalam

- pak katib

11 Mei 2009

3 comments:

Unknown said...

Kuasa ditangan mereka...Mahkamah berada dibawah kuasa politik...So hakim nya adalah ...?Ikut prinsip keadilan/law mesti kena tendang..Ikut arus maknanya kenyang dan boleh naik pangkat lagi...Banyak dah contoh yang terjadi sebelum ini...

Unknown said...

Result..Dah menang tapi lagu mana nanti...sebab depa ni bukannya reti protokol dewan..main angkut muat saja..
Lihatlah yg baru lepas...
Ada a speaker boleh main lantik macam tu saja..macam main masak2 zaman kanak2 dulu..pulak
Wal hal ada keinginan ank perintah negeri..
Berat2....

sekangkang kera said...

maknanya lepas ni kena tutup muka la..malu besar sebab rampas hak orang..itulah pemimpin UMNO yang bongkak.

apa plan dia pulak lepas ni