Krisis politik: Gantung penasihat undang-undang antara 6 langkah diumum Nizar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.
Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:


- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.


- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.


- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera


- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009


sumber : mstar

8 comments:

fajridil adha said...

baru padan ngan muka Bee eNd. tanda2 kehancuran dah makin jelas kelihatan. [my blog]

Anonymous said...

BN perlu hormat keputusan Mahkamah dan jangan jadi seperti ADUN Pakatan Rakyat terutamanya SIvakumar yang menolak keputusan mahkamah dengan menghalang Zambry dan exco serta 3 adun lompat masuk DUN. Apapun sekarang nak hairan apa? Sultan takkan bubar DUN dan titah buat sidang DUN segera. Speaker Ganeson comfirm terima usul yang akan dibawa untuk UNDI TAK PERCAYA PADA NIZAR. so amacam? makin menarik drama politik perak ni. cayalah. hidop yeop!

pemerhati bebas said...

KALAU...
1. UMNO menang, PR akan kata mahkamah tak adil dan ada campur tangan pihak atasan
2. UMNO menang, PR akan berdemontrasi.
3. PAS menang, UMNO akan kata...kita terima keputusan mahkamah.
4. PAS menang, tidak ada demontrasi dari UMNO

Siapakah yang lebih baik dan rasional?

Anonymous said...

hoi udahlah pemerhati bebas..persoalannya sekarang bukan rasional atau tak rasional..hakikatnya perbuatan UMNO merampas kuasa itu jelas tidak mengikut peraturan dan undang-undang---main sodok aje..kalau zaman 70an dulu merampas kuasa mungkin rakyat boleh terima sebab akses pada maklumat takda...sekarang ini zaman internet...zaman media baru...udahlah ...janganlah terus diperbodohkan oleh pemimpin umno...berubahlahhhhhhh....zaman dah berubah.......

Cawat Besi said...

Speaker ganesan itu sememangnya tidak sah..bermakna speaker sivakumar masih lagi speaker yang sah.

alasannya..

1. usul pemecatan sivakumar telah ditolak oleh speaker sivakumar bermakna BN tidak boleh melantik speaker baru.

2. BN telah menggunakan polis untuk menyeret speaker sivakumar keluar dan menyalahi serta menghina dewan yang mulia

3. Persidangan pada 7 Mei adalah tidak sah kerana speaker yang sah telah diseret keluar

bermakna usul untuk menjatuhkan MB nizar juga tidak sah.

dan Sultan akan perkenan untuk pembubaran DUN demi menstabilkan kembali negeri Perak

Anonymous said...

Tu le gelagat org kampung. ikut sedap perut deme jer. Asal sedap pada deme,deme telan asal tak sedap jer deme ludah.

Buruk betui perangai camtu. Senang jer, deme pun teruk gak.

Itu je jawapan teman.

Serupa jer. Dok lahabau 2 kali 5.

Rosak perak.

pemerhati bebas said...

anonymous.. cakap ikut sedap mulut je. hang pikiq la masa depan generasi kita. mereka akan mewarisi bumi ini. masa tu hang tak dak dah...
kita cadang beri peluang utk umno perbetulkan kesilapan mereka. jgn kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. kita dah ajar mereka dalam PRU12. mereka dah sedar tak akan buat lagi. tapi kalu hang tak setuju teman pun tak kesah...

teropong maut said...

Udah le cawat besi. Zambri dah sah jadi MB perak terima je la. Hang cakap macam budak sekolah. Ni zambri dah sah jadi MB, hakim yang cakap dalam mahkamah. Baru betui.....