Sekitar gambar PRK Bukit Gantang- Penyokong PAS






Penyokong PAS sedang membantu jentera bagi meraih undi di SK Matang. Penyokong yang datang dari seluruh Malaysia menghangatkan lagi hari pengundian dengan slogan-slogan dan sepanduk-sepanduk parti. laungan " Rasuah- Rasuah" dan selawat ke atas nabi sentiasa kedengaran tanpa putus-putus.












Beberapa lambang PAS dalam pelbagai bentuk disematkan di topi salah seorang penyokong PAS.

- Gambar ini dirakam di pusat pengundian SK. Matang











Penyokong PAS yang terdiri daripada golongan muda menjadi tulang belakang dalam menghangatkan lagi hari pengundian dan bagi menunjukkan bahawa golongan muda menjadi penyumbang kepada kemenangan PAS di Bukit Gantang.










Berlilit kain hijau di kepala ala pejuang Palestin. laungan sentiasa bergema. Pelapis muda ini akan sentiasa memberi sokongan yang padu kepada PAS







Sekitar gambar PRK Bukit Gantang- Perayu Undi ( Muslimat PAS)









Muslimat PAS sedang merayu undi di Pusat Pengundian SK Matang















" Jangan lupa undi PAS. Tolak BN"

- Sat nak pikir, ghase memang pun nak tolak BN

- Confirm..saya undi PAS












Rahmat Tuhan. Bila payung pun dah hijau sejuk mata memandang.

- Muslimat PAS ketika merayu undi di SK. Changkat Ibol sekitar jam 12 tengahari














" Gah berdiri. Bulan mengambang penuh. Tanda kemenangan anugerah tuhan. "Hidup Rakyat".

- Perayu undi PAS dihadapan SMK. Ahmad Rashdi

Sekitar gambar PRK Bukit Gantang- Generasi perubahan




Generasi pewaris kepimpinan dan penegak keadilan jauh sekali untuk dieksploitasi sebagaimana yang didakwa oleh BN melalui poster besar sepanjang kempen.

Kanak-kanak ini adalah lambang kepada satu generasi yang akan sentiasa bersedia untuk bangun bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam memperbetulkan segala kemungkaran dan kezaliman oleh BN.


Kanak-kanak ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat tidak ketandusan pelapis walaupun pada tahap ini mereka ini belum boleh memikirkan soal politik tapi bak kata orang tua " melentur buluh biar dari rebungnya" yang hendak dididik di sini bukannya fahaman politik tapi fahaman kebenaran dan benci kebatilan.






"Insyaallah masa depan ku akan dipenuhi dengan warna-warna kedamaian dan dipenuhi dengan suara-suara kebenaran bersama pemimpin yang sentiasa menjadikan Islam sebagai panduan dalam semua urusan"








" Akulah generasi yang akan menyambung perjuangan ibu bapa ku seandainya mereka telah pergi. Aku lah yang bakal menggegarkan kebatilan dan kejahatan dan akan ku serapkan nur-nur islam dari mulut dan lidah-lidahku yang petah berpidato yang ku warisi dari moyangku yang berani berjuang untuk Islam. Hidupku tak akan gentar dengan ugutan dan ancaman. bagiku Islam adalah ruang yang terbaik untuk aku berdiri sebagai pemimpin di masa hadapan"









" Kami berlainan agama tapi kami mewakili suara rakyat. Kami faham perjuangan yang dibawa oleh PAS. Kami tidak mudah dimomok dan diracuni pemikiran kami dengan ketakutan untuk bersama-sama Pakatan Rakyat. Prinsip kami adalah mudah. Pemimpin yang berusaha ke arah kebaikan dan kemakmuran serta menegakkan keadilan dan tidak mengetepikan hak kami akan kami sokong. PAS adalah pilihan kami walaupun sebagai penyokong. PAS mewakili suara rakyat tanpa mengira kaum. PAS FOR ALL"





" kami datang dari jauh atas nama KELAB PENYOKONG PAS TERENGGANU. Visi kami adalah memberi sokongan kepada PAS dan menyokong penuh kepimpinan PAKATAN RAKYAT. Kemenangan PAS adalah kemenangan kami dan rakyat Malaysia. Walaupun kami dari agama dan warna kulit yang berbeza tapi matlamat kami adalah satu iaitu memperjuangkan kebenaran dan tidak mahu pemimpin yang RASUAH"








" Warna kulit bukan ukuran. Matlamat adalah sama. PAS FOR ALL. Bukan untuk orang Melayu Islam sahaja tapi untuk semua kaum yang celik kebenaran. Kami sudah lama berada dalam kepompong BN yang telah banyak meminggirkan kami dan memenjarakan pemimpin-pemimpin kami tanpa bicara ke dalam ISA" Pemimpin kami bersuara hanya semata ingin menuntut kebanaran tapi pemimpin kami dibalas dengan ISA. PAS menentang ISA. Kami pun menentang ISA. sebab itu kami sokong PAS"







"PAS UNTUK SEMUA". Tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Dulu kami takut dengan PAS sebab BN kata SOKONG PAS nanti ada hukum hudud dan tangan kena potong yang lelaki pula kena sunat. Tapi saya tengok kaum Cina di Kelantan hidup harmoni di bawah PAS. Kalau orang Cina di Kelantan sokong PAS kenapa kami orang cina di Perak tak boleh sokong PAS. Saudara kami yang berada di Kelantan selalu puji Tuan Guru Hj. Nik Aziz. seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mengambil berat kebajikan kaum Cina"

Terkini : Pergaduhan melibatkan dua penyokong- FRU bersiap sedia



7 Apr- Air Kunig, Pergaduhan melibatkan penyokong PAS dan BN tercetus di kawasan pengundian SMK Pengkalan Aur berhadapan dengan Markaz PAS negeri Air Kuning. . Pergaduhan dikatakan tercetus akibat provokasi yang diwujudkan oleh pemuda BN yang membaling kerusi. Difahamkan ianya juga berpunca dari ramainya penyokong PAS yang berada di situ dan menyebabkan melepasi kawasan yang dibenarkan oleh SPR.

Muslimat PAS tidak berpuas hati terhadap SPR merayu kepada SPR supaya menutup laluan dan hanya membenarkan laluan utama sebagai pintu masuk ke tempat pengundian memandangkan laluan kedua itu ke pusat pengundian berhampiran dengan khemah BN dan ianya akan memberi kelebihan kepada perayu undi serta menganggu pengundi yang ingin mengundi PAS. Walaubagaimanapun rayuan ini tidak diendahkan oleh pegawai SPR atas alasan ianya diluar bidang kuasa SPR. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati muslimat PAS dan menganggap keputusan SPR tidak mahu menutup laluan ini sebagai berat sebelah dalam menghadkan jarak kepada penyokong PAS memandangkan BN mendirikan khemah berhampiran dengan laluan utama sedangkan khemah PAS berada jauh dari laluan.

Ketegangan mula tercetus akibat provokasi yang diwujudkan oleh BN dan menyebabkan kejadian baling membaling objek terhadap penyokong.





Pihak Polis berjaya mengawal keadaan dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bertenang. Polis FRU juga telah pun bersiap sedia dengan 4 buah trak bagi menghadapi kemungkinan yang lebih buruk berlaku.

Bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk dan hasil perbincangan Yb. Ust Nasaruddin mat Isa dengan SPR dan pemimpin BN , Timbalan Presiden PAS YB. Ust. Nasaruddin mengarahkan penyokong PAS supaya balik semula ke khemah dan menasihatkan penyokong PAS supaya bersabar supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pengundian.

- Pakkatib

FRU menghala ke Air Kuning- Insiden melibatkan penyokong tercetus

11.04am- 4 Buah trak FRU menghala ke Air Kuning. dikhabarkan ada insiden melibatkan penyokong.

- saya sekarang ini sedang menghala ke Air Kuning untuk membuat tinjauan

-Perkembangan terbaru akan disiarkan sekejap lagi

Terkini di Simpang. Update : 10.50am

10.00 am ,- Pusat pengundian di Simpang berjalan lancar. Tiada insiden yangtidak diingini berlaku.

- Persaingan agak sengit dengan perayu BN dan PAS saling berebut pengundi

- Kelihatan seorang perayu BN dari wanita UMNO cuba telah merampas kertas berlambang bulan dari pengundi dan digantikan dengan lambang dacing.

- Muslimat PAS terdiri daripada muslimat yang datang dari Johor. Keadaan semakin panas dengan ke dua-dua perayu bersorak-sorak sambil melaungkan " Derhaka" dan " Rasuah-Rasuah".

1o.30am -Jalan raya sudah semakin sesaksekarang ini . Laluan dari Simpang menghala ke Changkat Jering semakin sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Polis trafik sedang bertungkus lumus mengawal lalu lintas.

- Maklumat dari kawasan pengundian Sungai Rotan lebih berpihak kepada PAS- Lebih ramai pengundi Cina memberi undi kepada PAS

- gambar-gambar dari pusat pengundian akan diuploadkan dalam satu jam lagi kerana capaian broadband tidak mengizinkan dan terlalu perlahan

Terkini PRK Bukit Gantang. Update : 9.40am

update : 9.38am Di Kawasan Trong pengundian berjalan lancar. keadaan agak rancak sedikit dengan kedua-dua penyokong bersorak-sorak. Perayu undi PAS sedang giat merayu undi dan penyokong BN bersorak-soran sambil menyanyi lagi "INI LAh BARISAN KITA". Keadaan terkawal dengan pemntauan oleh pihak polis.

- Jarak antara perayu undi PAS dan BN terlalu hampir. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku

- Penyokong PAS melaungkan " Rasuah..Rasuah..Rasuah".

- Gambar Ismail Saffian bersama wanita thailand dan seorang lelaki mat salleh tersebar melalui blog. tidak dipastikan keesahan gambar tersebut.

-Cuaca agak baik.

- laluan trafik lancar kecuali di kawasan yang berhampiran dengan lampu isyarat

- Polis Trafik sedang mengawal lalu lintas


- Pengundian di SMK Ahmad Rashdi berjalan dengan baik

- ada khabar angin tersebar di kalangan penyokong PAS bahawa pengundi hantu telah di bawa masuk. maklumat tidak dapat disahkan lagi

-pak katib

Terkini di hari pembuangan undi PRK Bukit Gantang. Update : 8.17am

8.25 am : Perayu undi khususnya dari muslimat PAS sedang rancak merayu undi walaupun jumlah kehadiran masih lagi belum ramai. Masing-masing memegang poster dan bendera PAS.


8.00 am : Pengundian telah pun bermula. Pengundi-pengundi telah pun memasuki kawasan pagar sekolah yang dikawal ketat oleh polis. Hanya mereka yang mengundi sahaja dibenarkan masuk.


7.55 am : orang ramai semakin memenuhi kawasan pengundian. Cuaca dijangka baik hari ini walaupun malam tadi hujan lebat.


7.50 am : Petugas media yang bertag SPR berada di kawasan pengundian



7.45am : Kelihatan beberapa pegawai SPR sudah pun memasuki ke kawasan pengundian untuk persediaan. Beberapa orang anggota polis ditempatkan di kawasan pengundian untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar

7.40am : Masih tidak kelihatan perayu undi dari Barisan Nasional yang berada di pos panas BN yang mempunyai jarak lebih kurang 5 meter dari pos panas PAS di kawasan Changkat Ibol,

7.30am : Perayu undi dan jentera PAS yang terdiri dari muslimat PAS sudah pun berbaris di tepi jalan untuk melaksanakan tugas sebagai perayu undi.

7.15 am : Orang ramai sudah pun bersiap sedia untuk ke tempat pengundian. Kedai-kedai makan dipenuhi dengan orang ramai untuk sarapan pagi


-Pak Katib ( dari pusat pembuangan undi di SK Changkat Ibol)


Pengundi memulakan langkah pertama sewaktu pintu pagar dibuka pada jam 8.00 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka




Orang ramai memenuhi gerai makan untuk sarapan pagi sekitar jam 7.15 pagi di kawasan pengundian Changkat Ibol

















Waktu mengundi sudah bermula. Pengundi sedang berbaris untuk mendapatkan kertas undi di SK. Changkat Ibol
















Pengundi sedang menunggu saat-saat pintu pagar dibuka sekitar jam 7.45 pagi













Perayu undi dari PAS sedang membuat persediaan untuk merayu undi di hadapan SK Changkat Ibol sekitar jam 7.50 pagi

Terkini dari Bukit Gantang

Update : 2.29 am, Rondaan ke kawasan Trong. Kelihatan penyokong BN sedang menurunkan bendera BN. Tidak dapat dipastikan sebabnya.

- Bilik gerakan PAS masih dipenuhi penyokong PAS di beberapa kawasan di sekitar Trong, batu 9 dan Changkat Ibol.

- Masjid di beberapa kawasan yang terlibat juga dipenuhi orang ramai terutamanya penyokong PAS untuk bermalam sementara menantikan hari pengundian esok pagi.

-Bilik Gerakan Pemuda PAS Kepala Bukit masih tidak putus-putus dikunjungi penyokonmg PAS dan pada jam 11.30 mlm tadi juga kelihatan Naib Presiden PAS Mohammad Sabu membuat lawatan dan kunjungan



<


update : 1.32 am , Masa berkempen telah tamat. Perayu undi dan jentera masih berkerja. jalan di sesetengah tempat berlaku kesesakan dan kenderaan bergerak perlahan.

- Di Markaz Pas Air Kuning penyokong PAS dan pelancong politik memenuhi kawasan markaz. Perayu-perayu undi PAS berada ditepi jalanraya sambil memegang poster Calon PAS.

- Pihak polis sentiasa membuat rondaan bagi menjamin keselamatan






Perayu Undi dari Kelab Penyokong PAS Cina sedang merayu undi di Hadapan Markaz Air Kuning







Berganding bahu. Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina Terengganu turut sama merayu undi bagi calon PAS Parlimen Bukit Gantang.

Hari Terakhir buat BN- Jentera PAS pergiatkan usaha


Hari ini adalah hari terakhir berkempen. Hari ini juga segala-galanya mungkin berlaku. beberapa jam yang tinggal ini perlu dikawal selia dengan baik agar PAS dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar.

Jentera-jentera PAS perlu lebih kuat lagi berkerja. Bertandanglah ke rumah-rumah pengundi. Rayulah mereka. Mohonlah pada mereka supaya undi PAS. Nasihatilah mereka supaya menolak UMNO yang banyak membawa kemungkaran dan kehancuran kepada semua perkara.
Hari ini juga kemungkinan BN akan menggunakan pukulan terakhir. Hari ini juga diwar-warkan Osman Jailu dan Jamaluddin raja lompat akan berceramah di simpang. Pelik dan ajaib.Minit terakhir mamat dua ekor dimasukkan. maknanya akan ada strategi kotor yang akan dilakukan oleh BN. Jentera PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada. Persiapkan segala yang perlu. Jangan timbulkan kekecohan kerana ianya akan menjadi modal politik saat akhir oleh BN.

Pak Dir yang kembali semula ke UMNO pun dijangka turun padang pada hari ini. Walaupun atas kapasiti sebagai pemain simpanan tapi sengatnya masih berbisa dan mampu menjaringkan gol pada minit-minit terakhir. Kuda tua dalam MYUMNO TEAM ini masih lagi berdarah UMNO walaupun sebelum ini kuat menghentam UMNO khususnya dalam kes rasuah. katanya " UMNO Parti yang Rasuah" penyudahnya dia pun duduk satu meja dengan orang yang Rasuah.

Khabarkan kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, ayah-ayah kita kalau ada yang terdetik sedikit pun rasa nak undi UMNO, suruh mereka lupakan kerana UMNO sudah banyak menyeleweng dan menyusahkan rakyat. Bagitahu mereka bahawa PAS adalah parti untuk semua dan perjuangan PAS adalah berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Suruhlah mereka ini undi PAS

wallahuaalam


Pakkatib

Malang bagi Calon BN



Siapakah pilihan pengundi Bukit Gantang.
2 Calon yang mempunyai watak yang berbeza








Sepanjang saya meninjau kempen pilihanraya di Bukit Gantang tidak banyak poster yang muka calon BN Ismail Saffian. Yang banyaknya Poster yang terpampang adalah muka Zambry dan Dato' Najib. Pening juga penyokong BN nanti. Siapa sebenarnya yang mengundi di Parlimen Bukit Gantang. Mungkin ada agenda lain yang cuba disembunyikan oleh Zambry dan Najib ini. Kenapa pula gambar mereka pula yang banyak dan besar-besar dicetak. Apakah ini merupakan satu kesempatan yang diambil bagi mempopularkan Zambry dan Najib yang masing-masing baru saja diangkat sebagai orang nombor satu dalam UMNO dan orang nombor satu di Perak ( Masih lagi dalam kes Mahkamah tentang keesahannya).

Malang sungguh bagi Ismail Saffian kerana terpaksa mengalah walaupun beliau lah sebenarnya yang bertanding dalam PRK Bukit gantang ini. Sambil-sambil saya meninjau dan minum teh di sebuah warong di sekitar batu 9, terdengar saya satu kelompok penganalisis politik kedai kopi sedang bersembang tentang parti mana yang bakal memenangi PRK Bukit Gantang. Mula lah seorang daripada mereka membandingkan antara 2 calon yang bertanding ini. Kebanyakkan mereka lebih sukakan calon PAS kerana ketokohan dan latar belakang agama yang dimiliki oleh DS Nizar. Lalu seorang lagi mula bercerita kenapa UMNO memilih "Mail Danok". Saya berada di sebelah sambil memasang telinga tertanya-tanya kenapa orang panggil calon BN ini dengan panggilan "Mail Danok". Untuk mendapatkan kepastian saya beranikan diri untuk bertanya salah seorang pakcik yang dalam lingkungan 55 tahun itu memandangkan pakcik itu orang tempatan dan sudah pasti kenal dengan calon BN ini. menurut pakcik tu bahawa gelaran tu orang panggil " Mail Danok" sebab beliau selalu pergi ke Danok. Saya sekali lagi tanya pakcik tu, Danok tu kat mana?. Pakcik tu kata Danok tu kat Thailand.

barulah saya faham bahawa calon BN ini selalu ke Danok Thailand rupanya. Mungkin Calon BN ni suka melancong atau membeli belah kat sana. lagi pun kat Thailand tu harganya murah. semuanya murah. Yang lain tu tak pula saya fikirkan. tapi biarlah pengundi yang fikirkan antara 2 calon ini. Calon PAS DS Nizar memang dah terkenal dengan seorang yang berjiwa rakyat dan seorang lagi suka melancong ke Danok Thailand.


Fikir-fikirkan

Wallahualam


Pakkatib

jalan agak sesak-cuaca mendung

update 4.06 pm, - laluan yang menghala ke Changkat Jering dari Trong agak sesak. pelancong politik dan penyokong membanjiri Parlimen Bukit Gantang. Cuaca sekarang ini agak mendung dan kemungkinan sekejap lagi hujan. Pemandu yang ingin ke Taiping dari Trong boleh memilih laluan alternatif melalui kg Changkat Ibol keluar ikut Jelutong dan ke Taiping. Laluan yang agak sesak ialah sebelum sampai ke persimpangan lampu isyarat berhampiran dengan Plaza Tol Changkat Jering


pak katib

Kempen Pilihanraya Kecil P059 Parlimen Bukit Gantang- Perayu Undi semakin rancak berkempen bagi kemenangan PAS





Seorang petugas PAS sedang mengedarkan risalah kepada pengguna jalanraya di sekitar Air Kuning Taiping











Update : 12.50 pm,


Air Kuning- 5 Apr, Jentera PAS dan Pakatan Rakyat sedang giat berkempen dan merayu undi dari kereta ke kereta dan dari rumah ke rumah bagi memastikan kemenangan yang besar kepada PAS dalam PRK Parlimen Bukit Gantang.


Bermula seawal pagi lagi jentera dan perayu undi PAS telah pun mengagihkan kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada pemuda PAS dan muslimat PAS untuk mengedarkan risalah-risalah dan bertandang dari rumah ke rumah. Pendekatan ini adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk menarik seberapa ramai pengundi di Parlimen Bukit Gantang untuk memilih calon PAS Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Turut kelihatan ialah konvoi bermotor besar yang turut sama memberi sokongan kepada calon PAS.
-Pak katib

Sukaneka dan pemeriksaan kesihatan Parlimen Titiwangsa sempena kempen-Pemimpin bersama rakyat





Terima kasih...jangan lupa undi PAS


Update 11.30am: UPU Bangol Pasir Air Kuning, sekarang ini sedang berlangsung sukaneka kanak-kanak dan pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah. Program yang diadakan bersempena dengan kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang ini merupakan acara bagi mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

sekitar gambar penyampaian hadiah, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah



Pengacara sedang membaca nombor bertuah







Penyampaian hadiah cabutan bertuah berupa beras.









Pemeriksaan kesihatan percuma sedang dijalankan oleh seorang doktor dari jentera PAS







Pak katib
5 April 2009













Sivakumar bermotor untuk dekatkan rakyat - Masyarakat India berikan sokongan yang padu




S. Sivakumar menunjukkan isyarat " bagus" sewaktu memulakan perjalanan rumah ke rumah untuk kempen pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang bagi membantu calon PAS, DS Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang

Simpang Halt-5 April, Hero Perak dalam Sidang Dun, S. Sivakumar, bermotor beramai-ramai dengan bebarapa orang penduduk India dalam sesi kempen dari rumah ke rumah. S. Sivakumar yang berbaju hitam merupakan Speaker DUN Perak telah turut sama berkempen bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Malaysia yang telah lama berkampung di Parlimen Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihanraya PAS-Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.


PAS yang diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk mendekatkan lagi dengan penduduk dan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat yang sudah berpuluh tahun dipinggirkan oleh UMNO.





Bermotor bersama rakyat.
Beberapa orang penduduk bersiap sedia dengan motor masing-masing untuk kempen rumah ke rumah bersama-sama dengan S. Sivakumar di Simpang halt semalam.
Selain ceramah dan risalah-risalah, pendekatan rumah ke rumah ini adalah salah satu kaedah yang paling baik dan mesra kerana mampu bertemu muka. Kempen yang masih lagi berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mana selama ini masyarakat India telah dipesongkan oleh UMNO -BN melalui berita-berita dan maklumat yang tidak tepat yang disalurkan melalui Media massa milik kerajaan BN.

Pak Katib


5 April 2009

Majlis ramah mesra dekatkan PAS dengan kaum India

Simpang- 5 April, Majlis Ramah Mesra sempena kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang diadakan di Simpang Halt semalam telah berjaya menarik ramai pengundi-pengundi dari kaum India untuk memahami dan mengenali secara lebih dekat tentang perjuangan PAS. Kaum India yang selama ini tidak faham tentang perjuangan PAS khususnya berkaitan hukum Hudud akibat ditakut-takutkan oleh pemimpin UMNO-BN telah mula tahu dan sedar tentang kebaikan hukum Hudud dan perlaksanaannya hanya khusus kepada orang Islam sahaja.




Menurut Pengerusi Kelab Penyokong PAS dari kaum India Sdr. Suria, Beliau yang mewakili Kelab Penyokong PAS Perak memang bersetuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud kerana ianya memberi kebaikan dan sekaligus boleh mengheret penyangak-penyangak dalam UMNO untuk dibawa ke Mahkamah dan diadili mengikut undang-undang Islam. Menurutnya lagi, " hanya pemimpin UMNO sahaja yang takut kepada perlaksanaan hukum Hudud kerana apabila hukum Hudud ini dilaksanakan maka ramailah dikalangan UMNO yang akan dihukum kerana mereka inilah yang paling banyak mencuri wang rakyat.



Turut hadir dalam majlis yang sama ialah pengerusi Kelab Penyokong PAS kaum India Malaysia sdr Balasubramaniam. Dalam ucapan ringkasnya sdr. Bala menyeru kepada masyarakat India supaya menolak UMNO serta mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. sdr. Balasubramaniam juga mengingatkan kapada pengundi-pengundi India supaya tidak termakan gula-gula yang sekarang ini cukup banyak ditaburkan di kawasan ini. Dalam menyentuh isu pembebasan 13 orang tahanan ISA, beliau berkata ianya adalah satu muslihat politik dan cara untuk memancing undi kaum India. " kalau nak bebaskan mesti kena bebaskan semua: kenapa hanya 13 orang sahaja yang dibebaskan". Orang ramai memberi tepukan gemuruh dan bersemangat tanda sokongan yang kuat terhadap Pakatan Rakyat. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan man, Calon PAS Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Wakil-wakil rakyat daripada Pakatan rakyat






Calon PAS Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Nizar Jamaluddin Sedang beramah mesra dengan pengundi masyarakat India di Simpang Halt semalam.










Pak katib

5 April 2009

UMNO buta hati sempit akal


Salah satu poster BN yang cuba mengelirukan rakyat
dengan tohmahan jahat dan tidak beretika
Ternyata sempitnya pemikiran UMNO-BN dalam mentafsir makna eksploitasi. Mereka ini tidak berapa faham tentang kesedaran dan eksploitasi dan dengan mudah menuduh Pakatan Rakyat yang menggunakan kanak-kanak untuk tujuan politik.
BN perlu banyak belajar tentang luahan keperitan dan kesusahan rakyat. BN perlu banyak memahami kehendak rakyat dan mengapa rakyat tanpa mengira usia bangun untuk bersama-sama menyuarakan tentang ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan UMNO-BN selama ini.
Zaman ledakan maklumat tanpa sempadan menyebabkan kanak-kanak ini lebih awal faham dan tahu tentang kepincangan UMNO berbanding dengan sesetengah "pak hangguk" yang berada dalam saf UMNO yang hanya mengharapkan habuan sepanjang masa. Inilah sebenarnya kanak-kanak yang dilahirkan dalam era kebangkitan rakyat. mereka ini bukan sahaja pelapis dalam menegakkan keadilan malah bertindak untuk menidakkan sebarang kemungkaran yang bakal dilakukan oleh UMNO-BN.
Kanak-kanak ini telah menjadikan ibu bapa mereka yang sama-sama berjuang menegakkan keadilan dalam Pakatan rakyat sebagai ikon penting. Mereka tidak mahu lagi berada dalam kepompong pemikiran sempit UMNO-BN yang memenjarakan setiap suara rakyat untuk menjelaskan kebenaran.
Ingatlah wahai UMNO-BN, kanak-kanak yang kamu tuduh sebagai bahan eksploitasi inilah yang akan meruntuhkan kerajaan zalim kamu nanti. mereka inilah bakal pemimpin dan pejuang yang tidak akan takut dengan ugutan dari UMNO. Bukan kanak-kanak yang beribu bapakan penyokong Pakatan Rakyat sahaja yang tahu tentang kezaliman UMNO-BN malah kanak-kanak yang beribu bapakan UMNO juga sudah faham tentang penipuan dan salah guna kuasa yang dilakukan dalam UMNO. Kalau tak percaya , tanya mereka da pasti mereka akan jawab bahawa pemimpin UMNO zalim dan rasuah. pada waktu itu jangan pula bersedih apabila anak UMNO sendiri sudah tidak mahu pada pemimpin UMNO yang rasuah.
Wallahuaalam
Pak katib
5 April 2009

Ustaz Badrul Amin gamatkan pengundi Parlimen Bukit Gantang dengan baju lokap

Changkat Jering- 4 April, Kempen pilihanraya semakin hangat dengan beberapa siri ceramah dari penceramah, penceramah tersohor khususnya dari Pakatan Rakyat menghiasi slot kempen yang masih berbaki beberapa hari lagi. Di Changkat Jering, Kehadiran Ustaz badrul Amin yang sekian lama bertapa dalam ISA telah menaikkan semangat penyokong dan pengundi dalam memenuhi musim kempen ini. Dalam ceramah yang diadakan di bilik gerakan Pakatan Rakyat, Ustaz Badrul Amin mengingatkan pengundi di parlimen Bukit gantang supaya menolak UMNO yang telah banyak merompak hak rakyat. UMNO di bawah pemimpinnya yang baru telah menekan dan menyekat kebangkitan rakyat dengan bermacam-macam tuduhan yang dibuat-buat semata-mata untuk melemahkan dan menutup kelemahan UMNO selama ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO telah gagal membawa kemajuan kepada orang Melayu dan masyarakat Islam di Malaysia walaupun setiap kali kempennya UMNO sentiasa menggula-gulakan rakyat dengan bermacam-macam janji. UMNO juga tidak mahu menjadikan Islam sebagai panduan hidup apabila awal-awal lagi menolak perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS malah menyebarkan fitnah terhadap rakyat khususnya kaum lain dengan menakut-nakut kan mereka bahawa sekiranya hudud dilaksanakan maka orang-orang bukan Islam akan dipotong tangan. Keadaan ini menyebabkan bangsa lain keliru dan menganggap bahawa hudud akan menyusahkan mereka pada hal hukum hudud hanya dilaksanakan untuk orang Islam sahaja.





Walaubagaimana pun sejak kebelakangan ini dan kesabaran pemimpin-pemimpin PAS menjelaskan tentang hudud sebenarnya maka sekaligus kita melihat orang Cina dan India telah bersama-sama dengan Pakatan rakyat. Ketakutan UMNO sekali lagi terserlah apabila telah memutarbelitkan fakta undang-undang dalam kes Perak kononnya perlantikan Zambry adalah sah. Ustaz badrul Amin yang merupakan bekas pensyarah undang-undang di UIA telah menjelaskan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah merupakan satu rampasan kuasa yang tidak bermoral. Zambry Kadir yang juga merupakan bekas pelajarnya juga telah membelakangkan undang-undang tubuh negeri Perak apabila telah mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru pada hal Perak masih lagi mempunyai MB Nizar yang sah. Walaupun isu perlantikan MB UMNO ini telah diperdebatkan dan diperjelaskan oleh seorang pakar undang-undang iaitu Prof Aziz Bari yang juga merupakan pelajar Ustaz Badrul Amin, namun UMNO masih lagi tidak mahu mengalah dan meneruskan agenda jahatnya dengan menggunakan media cetak dan Televisyen milik UMNO dalam memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat. " saya percaya pengundi Bukit Gantang matang dah tak mudah tertipu dengan UMNO"





Dalam majlis yang sama Ustaz Badrul Amin gamatkan penonton dengan baju lokapnya yang dipakai dan tertulis " Lokap Polis Kuala Lumpur". Sambil membuang jaketnya supaya baju lokap itu nampak jelas oleh hadirin sambil tersenyum beliau menjelaskan bahawa baju ini simbol keberanian. Keberanian dalam menegakkan yang hak walaupun terpaksa merengkok dalam lokap dan kemudiannya ISA dengan hanya berpakaian seluar pendek. Ini adalah bukti kezaliman UMNO yang akan menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang dirasakan boleh mengancam kedudukan UMNO dan sesiapa sahaja yang cuba bersuara untuk menjelaskan kebenaran.




Majlis yang dihadiri oleh pengundi Bukit Gantang ini juga telah disertai oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu Y.B. Abdul Wahid Endut yang tiba-tiba muncul dan dikhabarkan baru pulang dari kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau. Dalam masa yang singkat ini Y.B Wahid Endut sempat menyampaikan ucapan dan beberapa perkembangan yang membanggakan di Bukit selambau apabila Pakatan rakyat berada dalam zon selesa dengan sokongan dari semua kaum.



Pada akhir majlis sekali lagi hadirin dikejutkan dengan kehadiran calon Pas P059 parlimen Bukit Gantang Dato' seri Nizar Jamaluddin. Penonton yang berada di situ merasa teruja dan bangun memberi sokongan. DS Nizar dalam ucapan ringkasnya yang menyentuh beberapa isu Perak dan keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau, turut juga merayu kepada pengundi dan penyokong supaya mengundi Pakatan Rakyat dan sentiasa berkerja untuk kebaikan dan kemenangan Pakatan rakyat.




Wallahuaalam

Tokoh Islam UMNO yang penuh gemilang


Ini saja cara untuk meramaikan manusia pergi mendengar ceramah UMNO.

Seorang penyanyi sedang menggayakan tarian majlis ceramah dan kempen pilihanraya UMNO yang dihadiri oleh Dato' Zahid Hamidi di Dun Kuala Sepetang







Ustaz UMNO, Dato' Zahid Hamidi sedang menikmati alunan lagu-lagu merdu dari seorang penyanyi seksi dalam ceramah UMNO sempena kempen pilihanraya di DUN Kuala Sepetang





Inilah dia tokoh ulama' UMNO yang menjadi idola penyokong-penyokong UMNO. Seorang yang warak dan tak sukakan maksiat apatah lagi untuk menghadiri majlis-majlis yang penarinya seksi-seksi sehingga menjilat jari. Apakan daya, masih ramai lagi umat-umat Melayu kita yang mengaku Islam masih lagi tak puas-puas mendambu-damba kononnya UMNO inilah pejuang Islam yang sejati. Lihatlah bagaimana tokoh agama ini yang berperanan menjaga hal ehwal agama sanggup duduk di depan sekali sambil menyaksikan tarian separuh ***** dan menjolok mata dengan dihidangi iringan muzik yang mengasyikkan. Tidak pula TV3 dan TV1 mengulang tayang sepertimana yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim sewaktu pilihanraya lepas. Kalau dulu UMNO melalui TV kesayangannya tak habis-habis mengulang tayang Anwar Ibrahim sedang menggayakan tarian ketika bersama-sama dalam majlis yang dihadiri oleh kaum India.

Mana dia Dr. Mashitah, Mana dia Ustaz Firdaus, Mana dia Ustaz Nakhaie yang hebat berpidato tentang halal dan haram. Nah....sekarang ini lihatlah sendiri tokoh ulama' UMNO yang bernama Zahid Hamidi.


Aksi-aksi menjilat jari dari 3 penari yang dijempu khas dalam kempen pilihanraya UMNO di DUN Kuala Sepetang

Aksi yang mengiurkan dengan seluar
sendat sehingga melepasi paras paha
membuatkan ramai yang meleleh air liur


Saya bukannya bertujuan untuk menjatuhkan tokoh Islam UMNO ini tapi cuba nak menyedarkan ustaz-ustaz dalam UMNO supaya muhasabah kembali dan melihat secara jelas bentuk islam hadhari yang telah dipopularkan oleh UMNO.

Konsep Islam moden yang dipelopori oleh UMNO sebenarnya hanya memenatkan umat islam dan membawa umat Melayu Islam hilang arah tuju sehingga menafsirkan sesuatu yang haram itu halal dan sesuatu yang halal itu haram. Pemahamam secara terbalik ini sekaligus akan menghancurkan umat Islam sendiri yang sudah pun semakin tenat dan nazak di bumi Malaysia.

Apabila PAS dan ahli-ahli agama cuba untuk menegakkan Islam sebenar di bumi Malaysia, PAS telah dianggap berfikiran sempit dan bertujuan atas kepentingan politik. Apabila mufti berfatwa bahawa jom heboh haram kerana menampilkan penyanyi yang tidak menutup aurat , maka mufti itu akan diselar oleh sesetengah pemimpin UMNO yang tak berapa faham tentang agama. Yang faham dan tahu pula dalam UMNO hanya mengangguk kepala tanda "yes" apa sahaja pandangan dari pemimpin UMNO.

Saya percaya ceramah UMNO ini adalah halal kerana tidak nampak FRU dan ianya dihadiri oleh tokoh agama UMNO yang disegani Ust. Zahid Hamidi bersajikan hiburan dan tarian seksi dari penari-penari yang dijemput khas ini.

Tahniah buat Zahid Hamidi. Bukan sahaja memenangi jawatan di majlis tertinggi tapi juga mampu menghadiri majlis-majlis sebegini. Sah dan nyata ustaz-ustaz UMNO indah khabar dari rupa.

PAS adalah yang terbaik. PAS adalah pilihan sebenar. PAS adalah pendokong kebenaran. PAS adalah simbol keharmonian sebenar. Sebab PAS meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam yang diwarisi oleh Rasulullah SAW, bukannya Islam Hadhari yang diwarisi oleh Pak Lah. PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa mewujudkan persepakatan yang akrab dalam menjaga kebajikan semua kaum dengan berpaksikan kitab Allah dan menjadi Rasulullah sebagai ikon kepimpinan untuk semua bangsa. Rasulullah telah membuktikannya dan PAS di Kelantan juga telah membuktikannya. Tidak ada seorang pun kaum lain di Kelantan yang hidup tertindas di bawah kepimpinan Tn. Guru Hj. Nik Abd Aziz. Itulah hebatnya pemimpin yang menjaga rakyat berasaskan Islam. Islam untuk semua dan PAS juga untuk semua. Pakatan Rakyat sememangnya untuk semua.


Undilah PAS


Wallahuaalam

Pak Katib

2 April 2009