Majlis ramah mesra dekatkan PAS dengan kaum India

Simpang- 5 April, Majlis Ramah Mesra sempena kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang diadakan di Simpang Halt semalam telah berjaya menarik ramai pengundi-pengundi dari kaum India untuk memahami dan mengenali secara lebih dekat tentang perjuangan PAS. Kaum India yang selama ini tidak faham tentang perjuangan PAS khususnya berkaitan hukum Hudud akibat ditakut-takutkan oleh pemimpin UMNO-BN telah mula tahu dan sedar tentang kebaikan hukum Hudud dan perlaksanaannya hanya khusus kepada orang Islam sahaja.




Menurut Pengerusi Kelab Penyokong PAS dari kaum India Sdr. Suria, Beliau yang mewakili Kelab Penyokong PAS Perak memang bersetuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud kerana ianya memberi kebaikan dan sekaligus boleh mengheret penyangak-penyangak dalam UMNO untuk dibawa ke Mahkamah dan diadili mengikut undang-undang Islam. Menurutnya lagi, " hanya pemimpin UMNO sahaja yang takut kepada perlaksanaan hukum Hudud kerana apabila hukum Hudud ini dilaksanakan maka ramailah dikalangan UMNO yang akan dihukum kerana mereka inilah yang paling banyak mencuri wang rakyat.



Turut hadir dalam majlis yang sama ialah pengerusi Kelab Penyokong PAS kaum India Malaysia sdr Balasubramaniam. Dalam ucapan ringkasnya sdr. Bala menyeru kepada masyarakat India supaya menolak UMNO serta mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. sdr. Balasubramaniam juga mengingatkan kapada pengundi-pengundi India supaya tidak termakan gula-gula yang sekarang ini cukup banyak ditaburkan di kawasan ini. Dalam menyentuh isu pembebasan 13 orang tahanan ISA, beliau berkata ianya adalah satu muslihat politik dan cara untuk memancing undi kaum India. " kalau nak bebaskan mesti kena bebaskan semua: kenapa hanya 13 orang sahaja yang dibebaskan". Orang ramai memberi tepukan gemuruh dan bersemangat tanda sokongan yang kuat terhadap Pakatan Rakyat. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan man, Calon PAS Dato Seri Nizar Jamaluddin dan Wakil-wakil rakyat daripada Pakatan rakyat






Calon PAS Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Nizar Jamaluddin Sedang beramah mesra dengan pengundi masyarakat India di Simpang Halt semalam.










Pak katib

5 April 2009

No comments: