Kabinet Najib Perlu lebih ramai orang agama


Tahniah buat Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom , seorang tokoh agama yang terkenal bukan sahaja di kalangan anggota tentera tetapi umat islam amnya. Perlantikan beliau sebagai senator kemudiannya diangkat memegang hal ehwal agama Islam dilihat sebagai satu pendekatan yang baik bagi mengurus selia perkara-perkara yang berkaitan agama Islam.


Sememangnya UMNO memerlukan orang-orang sebegini untuk mentadbir negara selain dibantu oleh tokoh-tokoh agama yang lain seperti Dr. Mashitah, Ustaz Firdaus, Ust. Nakhaei dan beberapa orang tokoh lain. Dato' Jamil Khir Baharom yang memang seorang lantang ketika berhujah melalui forum perdana seharusnya juga perlu lantang memperbetulkan beberapa kepincangan dalam UMNO yang dilihat semakin jauh dari nur Islam bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO.


Kerusi yang diberikan bukan sekadar untuk duduk dan mengangguk sahaja atau mengiakan setiap keputusan yang dilihat bercanggah tapi perlu memberi pandangan dan nasihat sekiranya ianya berlawanan dengan lunas-lunas Islam. Jangan pula kerana telah diberi jawatan yang tinggi maka peranan sebenar sebagai orang yang menjaga hal ehwal agama hanya ditumpukan kepada orang bawahan sahaja. Orang atasan juga perlu ditegur sekiranya apa yang dilakukan tidak selari dengan kehendak Islam.


Inilah masanya untuk tokoh-tokoh dalam agama bersuara. Sekiranya pembangkang bersuara dan cuba memperbetulkan kepincangan maka pembangkang akan dituduh sebagai bermotifkan politik. Sekarang ini, ustaz-ustaz dalam UMNO pula kena bersuara. Nasihatkan kepada pengamal-pengamal politik wang tentang dosa dan pahala. Tazkirahkan mereka. Moga-moga mereka ini akan sedar dan menghentikan budaya rasuah dalam UMNO.


Ubah kembali imej UMNO supaya nampak lebih Islamik. Hidayahkan mereka ini. Yang masih tak tahu nak menutup aurat , ajarkan mereka cara menutup aurat. Serapkan mereka ilmu-ilmu agama supaya tidak mudah memutarbelitkan isu hudud atau menakut-nakutkan kaum lain tentang hukum hudud yang disarankan oleh PAS.


Sekiranya pekara ini diperbetulkan nescaya akan ramai lagi ustaz-ustaz yang ada dalam PAS juga akan masuk UMNO. Lagi ramai orang agama, lagi baik. Hantu-hantu dalam UMNO sudah pasti akan lari kerana UMNO sudah tidak lagi menjadi tempat sesuai untuk mereka berkampung dan mendambu -domba untuk mendapatkan itu dan ini.



Wallahuaalam


-Pak Katib


10 April 2009




7 comments:

tumis said...

Satu dimensi baru....Tahniah Pak Katib...teruskan. Tapi jangan lupa juga isu duit dikalangan ahli PAS. Nanti jadi Serupa Binti Sama gak. Siapa nak bukak pekung sendiri ye tak? Sy mengatakan ini ujud dikalangan PAS kerana sy nampak sendiri duit diberikan dikalangan penyokong PAS yg hadir pada hari penamaan calon. Takpelah.....Mungkin duit minyak kot.

"Nabil kata.................." ?? "
anonymous......wa caya sama lu

atas pagar said...

Tak dapat dinafikan sememangnya ada di kalangan orang-orang PAS juga wujud elem-elemen sebegini. Tapi yang paling ketara dan melibatkan pemberian wang yang banyak adalah di kalangan orang UMNO. Yang peliknya gergasi-gasi dalam UMNO ni cukup kebal sehinggakan SPRM sendiri tak dapat nak teruskan kes dan ada yang terpaksa ditutup file atas alasan tiada kes dan yang pelik lagi kaum-kaum bawah ni pantang terhulur lebih sikit mesti akan diheret ke penjara.

Apakah ini bersih namanya

tumis said...

Isu rasuah ni mmg hebat....jadi sama2 lah kite cuba hindarkan rasuah. Rasuah bukan dinilai dgn angka yg byk sahaja.....tapi perbuatan itu yg di kutuk dan dilaknat Allah.

Anyway Pak Katib....TQ.
i still get yor ip....jgn mare
U can make harmony in this blog, i know u can but will u ?

WARUNG PAK KATIB said...

tak berapa paham orang putih..sekolah tak sempat habis

Anonymous said...

Orang Pas duit yang keluar untuk perjuangan lebih banyak dari duit yang PAS dapat berikan kepada mereka.

tumis said...

ye tak ye gak.....camne lak aku leh tulis BI.....aku pun x faham. Penat je skolah tinggi2 dulu....abih smua BI dah lupa. Sape nyer idea tulis BI ...entah ler.

" Orang Pas duit yang keluar untuk perjuangan lebih banyak dari duit yang PAS dapat berikan kepada mereka."

ayat2 ini menambah buktikan kebenaran kenyataan yg sy berikan. Rasuah bukan nilaian wang ringgit yg kecil atau besar.
Hukum Allah tetap sama....tak kira kecil atau besar atau sbgnya.
Jadi benarlah kata " Serupa Binti Sama "
Masing2 perlu perbaiki diri masing2, lihat kelemahan diri dulu dan perbaiki. Yang sedihnya....kita sama2 SEislam. Biarlah kita perbaiki diri masing2.
" Rasuah TETAP Rasuah " " Huukum TETAP Hukum "
Astaghfirullah.....sama2 kita muhasabah diri kita demi islam.
DEMI UMAT ISLAM.

" HIDUP ISLAM " peace no war. Elakkan perpecahan.

Anonymous said...

dalam umno je ke ada hantu? dalam pas takde hantu ye? ke tak nampak hantu dalam pas? mana la pak katib nak nampak, pada pak katib pas sume baik... maklum la dalam pas semua beriman dan soleh ye, tu yg takde hantu tu ye?
tp kn,,, hebat la pak katib.. boleh nampak hantu.. heheheh
bile dh ramai ustaz dlm umno, nnt hantu lari pastu tubuh la parti pembangkang baru plak.. mcm yg terjadi lepas-lepas la..
-aku yg Mentah-