oleh : Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 17, 09 10:14:14 pm MYT ( sumber harakah daily)
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.
Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_
10 comments:
kerana maklumat2 sebegini le menyebabkan rais yatim beria2 mahu membuat berbagai2 sekatan ke atas blogger. amno mahu rakyat tidak mendapat berita dan cerita sebenar.
amno mahu rakyat menerima berita dari utusan meloya dan tv3suku saja yg dianggap benar. kalau berita itu tidak disiarkan maka blogger dianggap menyiarkan berita palsu.
agaknya kalau para bloggers pakai proxy atau tor polis boleh detect ker?
Blogger Network adalah pusat penyebar dahyah palsu, menghasut, mengancam dan pemusnah bangsa melayu yang wajar dihapuskan daripada bumi Malaysia.
betul la blogger memang menghasut, memfitnah dan mencaci........ tapi kena la tgk sapa yang tulis. bukannya diaorang ni semua x sekolah agama nak suka-suka tulis. x habis2 dgn bangsa melayu.. benda la ko ni. anyway tahniah kat melayu umno kerana byk rosakkan agama.
jgn le takut bro... kalo ko x nak semayang, jgn cegah orang nak semayang... okay
teruskan dengan maklumat terkini...Rakyat sekarang ramai dan boleh fikir..bukan katak bawah tempurong yop
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"
Assalamu aliakum tuan!
Tima kasih atas penjelasan berkenaan isu terbabit di atas. Cuma yg saya musykil ni adalah apa tujuan pihak BN mengeluarkan dan memohon keputusan mahkamah dimana 10 permohonan ini kalau dikaji adalah hampir sama dimana setiap permohonan akan terkurang dan terlebih sedikit dari yg lain dan istilahnya sedikit berbeza. Apa strateginya dia buat begitu? Bolehkah tolong jelaskan dari sudut undang2 dan huraikan dgn bahasa mudah tentang kesemua permohonan beliau itu kerana saya masih lagi tak dapat mencari satu kesimpulan yg tepat berhubung perkara diatas?
Sekiranya benar, kenapa mahkamah tetap meluluskan 2 permohonan tersebut? kenapa tidak dibatalkan sahaja kesemuanya. Atau memang tujuannya diletakkan banyak permohonan yg hampir sama oleh pihak lawan agar dapat dilekatkan satu atau dua permohonan supaya diluluskan dan diterima daripadanya oleh pihak hakim. Mana mungkin banyak permohonan dimohon tetapi tiada satu pun yg dibenarkan.
Walaupun kita berasa untung kerana 8 permohonan tidak berjaya tetapi 2 permohonan sahaja yg diluluskan itu tetap mengecewakan bagi saya dan perlu dibantah atau dirayu semula sekiranya dibenarkan. Kita tidak mahu dilihat seperti mendapat tanah yg luas tetapi tiada hasil dan berguna tetapi mereka mendapat tanah kecil yg beroleh emas.
Bukannya masalah berapa banyak kita berjaya atau dia berjaya tetapi keputusannya itu kelak akan tetap memburukkan keadaan di pihak kita. Walaupun begitu, saya masih tetap bersyukur mereka tidak menang semua.
Sekiranya tidak boleh dipertikaikan lagi, haruslah kita memanfaatkan istilah dan perkataan serta keputusan dlm permohonan yg tidak diluluskan bagi tujuan pembelaan kelak serta menggunakan peruntukan lain sekiranya perlu bagi membela kerajaan perak ini dari dizalimi dan dipermainkan oleh mereka.
Wallahu a'lam
Ariyos.
Dah sah x pernah masuk mahkamah, hampir sama tp x serupa la. Setiap perenggan ayat ada beza. itulah hakikat perundangan. Hampir serupa tapi tak sama. Aku yg skolah pondok pun leh paham.
Cakap pandai eh!
Kalo faham, ko je la terang kat aku dgn jelas. Buat satu kesimpulan dgn fakta mcmana yg ko dah blaja kat pondok tu. Sekurang2nya boleh aku berhujah dgn org lain dan terangkan pada diorg nanti kalo ditanya. Kalo stakat cakap mcm tu, adik aku blaja hafiz sblh mata boleh cakap.
Aku tau le adik ko ade sbelah mate jer..... kol lak ade satu telinga jer dah tu pokak lak tuh
Hahaha......Mampus Melayu
Melayu Bodoh!!!!!!
Post a Comment