Terima kasih kepada yang hentam Pak Katib. Itu tandanya negara kita adalah negara demokrasi. semua orang berhak bersuara. Kerja kerajaan ke atau bukan kerja kerajaan bukan persoalannya. semua rakyat mempunyai suara dan pandangan masing-masing.
Nampaknya mereka yang menghantar komen kepada pak katib tak berapa setuju dengan beberapa tulisan Pak Katib dalam mengkritik beberapa kesalahan dalam UMNO-BN. Apa gunanya kita ada suara kalau kita langsung tak boleh bersuara. Bukan soal takut atau tidak. buka soal adil atau tidak.
Orang yang memberi komen sepatutnya melawan balik setiap tulisan pak katib dengan sebab dan fakta sekiranya tak bersetuju. Tapi yang jelasnya mereka ini hanya lebih berminat untuk menghentam pak katib daripada menjawab setiap artikel yang ditulis. Jelas di sini orang yang menghentam pak katib yang dihantar melalui komen tidak gemar berfikir secara jauh dalam merungkai beberapa permasalahan yang wujud dalam UMNO-BN.
Apa yang ditulis oleh Pak Katib adalah berdasarkan pemikiran yang bebas dan berkaitan dengan senario semasa. Apa kata Pak Katib cadangkan kepada orang yang menghentam pak katib tu menghantar satu artikel yang berkaitan dengan kelemahan dalam Pakatan Rakyat dan apa-apa jua yang dirasakan tidak menyenangkan rakyat untuk kita sama-sama bahaskan dan perdebatkan. ini adalah lebih baik dari menyerang secara peribadi.
Hantarkan artikel tersebut ke gempur2009@gmail.com. sertakan nama. kalau takut nak masukkan nama sebenar, masukkan nama samaran. saya akan publishkan ke warung Pak Katib tanpa sebarang tapisan dan selepas itu kita akan sama-sama perdebatkan. dari situ kita akan cari natijah dan kesimpulan. biar seluruh Malaysia baca pandangan tersebut dan sama-sama berbincang. Orang lain juga sedang menanti artikel dari saudara yang bergelar "Anonymous" ini.
Saya percaya orang yang memberi komen itu juga mengenali Pak Katib dan saya terpaksa menapis beberapa benda yang saya rasa tak sepatutnya diposkan demi menjaga kebaikan semua pihak.
Semoga orang yang menghentam Pak Kkatib faham dan sama-sama kita menggunakan pemikiran kita sama ada pro dan kontra ke arah kepentingan masyarakat umum bukannya untuk sesetengah individu sahaja. Sumbangkan juga idea untuk kebaikan bersama. Biar kita berfikiran terbuka. jangan kerana tak puas hati pada sesetengah artikel maka kita terus menghentam seseorang itu tanpa sebab yang munasabah.
Ayuh, tuliskan satu artikel dan jawab semua artikel yang dirasakan kurang menyenangkan. sama-sama kita bahaskan mengikut pandangan masing-masing. Itu baru betul-betul berkesan.
- Wallahuaalam
Pak Katib
10 April 2009
7 comments:
Itu tandanya orang UMNO ni tak ada isu. tak pandai nak jawab
hidup Pakatan Rakyat
yang hijau itu tenang...yang biru itu hari biru
elakkan dari politik Rasuah
cakap pasal adil....mane yg adil kat sini...jadi blog ini hanya utk menghentam juga takut pula dihentam. Sedara bersikap adil katekan???? Pikir sendiri....sebelum menilai keadilan org lain adillah pada diri sendiri. Kerana.....Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Sebijak dan selicik sedara mestilah adil pada diri dulu barula ukur yg lain. Apa salahnya menunjukkan keadilan bagi dua belah pihak. Smua Blog bersikap pro pada 1 parti dan tidak ade yg mahu dok di tengah. Biasanya tiada sape yg mahu membuka pekung diri melainkan org lain, maka jadilah org lain yg dimaksudkan itu.....T/Kasih
Artikel baru Pak Katib nampak lain macam sikit. Dengor khabo ada yang hentam peribadi. Oleh itu saya tumpang kesian jugalah.
Buat apa hentam peribadi, tak adillah. Tapi dalam politik mana ada adil, masing-masing tunggu peluang. Kalu tak ada hujah hentam peribadi pun jadi.
Memang kalu nak hentam peribadi Pak Katib, berbakul-bakul boleh hentam. Saya rasa ramai kawan-kawan yang baca blog ini kenal Pak Katib. Siapa, dimana dan apa koje Pak Katib.
Berilah peluang kepada Pak Katib berblog. Dan Pak Katib pula tengok-tengoklah masa menulis, kawan-kawan UMNO yang kenal Pak Katib pun baca Warung Pak Katib.
Mat Jet
Cakap psl surat khabar kerajaan x adil, TV x adil sekrang tambah lak blog x adil....sedara nye blog adil ker??? Nape tak tangkap Banner org pas yg dok kutuk dan maki hamun. Tak salah sedara tangkap gambar banner BN ( banner sedara tempahkan utk BN ker)...tapi sedara cakap psl adil kene la adil. Name sedara mmg boleh naik smpi ke atas, tp smpi keatas mane sy x tau ler. Jadi takde parti yg boleh nk adil dlm dunia ni, smpi bila manusia nk dpt keadilan. Ayat je adil, tp "tak adil". Jadi Allah lah sandaran kita. Allahlah yg Maha Adil. Manusia mmg selalu x adil, bukan pada sesama manusia sahaja bahkan pada semua mahluk termasuk diri sendiri...wallahuaalam
Bebas bersuara, bebas mengeluarkan pendapat....ayat mmg cantik. Buat kenyataan berat sebelah pun kira bebas gak kan??? Tak adil pun kire bebas kan??? Mcm TV1,2,3,4.... pun bebas kan??? Jadi bebas dlm erti kate pak katib adelah menghentam kromo saje ker???
Jadi tak salah le kerajaan bt camtu yer??? Dan tak salah le sape2 yg buat salah.....Hak kebebasan???
Seronok gak topik nie.... Tak salah gak makan gaji buta kan??? BEBAS... bebas... BEBAS.
Rakyat Bebas Bersuara kan???
Jadi btul le tak salah Nga Ko Meng mengaji....Bebas???
Tapi....kan ke lebih elok klu totally bebas???
Tak Mungkin.......
Pasal ape tak mungkin???
" nabil said : .............."
Post a Comment