Bola sepak Kelantan sering mengundang kontroversi, baik di padang atau luar padang. Manakala prestasi pasukan negeri juga sering turun naik. Namun akhir-akhir ini sejak pasukan bolasepak Kelantan berubah teraju pemimpin, banyak kemajuan telah dicapai.
Dulu sewaktu dipimpin oleh pemimpin lama, pasukan Kelantan merosot permainannya dan sering kalah kepada pasukan lain. Kemerosotan ini menyebabkan pasukan Kelantan jatuh ke division bawah. Pada masa itu rakyat Kelantan malu untuk bercakap pasal bola sepak dan tidak berminat untuk mengunjungi stadium menyaksi perlawanan bola sepak antara pasukan Kelantan dengan pasukan luar.
Mengikut sejarah, ramai pemain-pemain bola sepak kelahiran Kelantan yang telah menempa nama di peringkat nasional dan mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa. Nama-nama seperti Hamid Ramli, Hashim Mustafa, Kamaruddin Mohd Nor dan Afendi Hamzah pernah mengharumkan nama negara dalam bola sepak. Sekarang pun ramai pemain kelahiran Kelantan yang mewakili kelab dan negeri- negeri dalam liga tempatan.
Sejak Annuar Musa menerajui KAFA, pasukan bolasepak Kelantan telah berubah. Kini pasukan Kelantan berada dalam senarai 3 pasukan terbaik dalam liga Premier. Pasukan-pasukan lain sentiasa menghormati dan memandang tinggi keupayaan pasukan Kelantan apabila mereka bermain dalam perlawanan- perlawanan liga tempatan. Rakyat Kelantan sangat bangga dengan pasukan mereka. Tidak kira orang PAS atau UMNO apabila pasukan Kelantan menentang pasukan lain, mereka akan bersatu menyokong. Stadium yang boleh muat 20 ribu penonton melimpah keluar.
Tidak dinafikan kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh pasukan Kelantan sekarang adalah hasil daripada kepimpinan baru KAFA yang diterajui oleh Annuar Musa. Beliau telah berjaya mencungkil dan mengilap bakat-bakat baru anak-anak muda Kelantan. Beliau juga berjaya membawa masuk beberapa orang pemain yang berkeliber dari negeri lain untuk bermain dengan pasukan Kelantan.
Baik juga kekalahan Annuar dalam pilihanraya umum lalu. Bakat Annuar nampaknya lebih terserlah dalam bidang pengurusan bola sepak berbanding politik. Selepas ini mungkin lebih baik Annuar bersara daripada bidang politik dengan menumpukan lebih masa kepada memajukan bola sepak. Mula-mula bola sepak Kelantan, kemudian bola sepak peringkat nasional. Apatah lagi bola sepak negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Kalaupun Annuar bersara daripada politik, elok diberi jawatan pengerusi mana-mana agensi kerajaan untuk beliau gunakan sebagai platform untuk memajukan bola sepak. Sekarang beliau diberi jawatan pengerusi KADA, dapatlah beliau menggunakan kemudahan KADA untuk kepentingan bola sepak Kelantan. Peruntukan yang diterima oleh KADA untuk memajukan sektor pertanian boleh digunakan untuk membeli pemain-pemain handal. Bangunan KADA di Kg Chicha, Kubang Kerian telah pun diubah suai dijadikan pejabat KAFA. Dapatlah pegawai-pegawai KAFA dan pemain-pemain berehat dan berkarokeo.
Namun baru-baru ini berlaku suatu peristiwa yang malang kepada pasukan bola sepak Kelantan yang mencalar imej KAFA dan negeri Kelantan. Peminat-peminat bola sepak Kelantan dikatakan telah melakukan rusuhan kerana kecewa dengan kekalahan pasukan mereka dengan pasukan pelawat, Negeri Sembilan. Ekoran daripada itu mereka telah membakar trak polis, memecah cermin kereta dan bergaduh.
Mengikut kawan-kawan yang datang menyaksikan perlawanan tersebut, rusuhan itu berlaku berpunca daripada tindakan pihak polis yang telah menangkap seorang penonton kanak-kanak yang membakar mercun dan polis telah memperlakukan tindakan yang tidak wajar. Peminat Kelantan juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak keselamatan yang menghalang peniaga-peniaga membawa masuk air ke stadium melalui tali. Jadi punca rusuhan itu bukan semata-mata kerana kecewa dengan kekalahan pasukan mereka atau penjaga gawang Halim Napi yang mengkasari pemain pelawat.
Dalam pada itu ada kawan-kawan yang memberitahu mengenai suasana dalam Stadium Sultan Mohammad ke 4 semasa perlawanan bola sepak berlangsung. Segelintir peminat Kelantan sangat fanatik, mereka akan memaki hamun dengan kata-kata kesat jika mereka merasakan keputusan pengadil tidak adil atau pemain lawan bermain kasar. Mereka juga akan berpaling tadah dengan memaki hamun pasukan mereka jika pemain tidak bermain dengan baik.
Kemudian mereka akan melontar dengan objek-objek tertentu apa saja yang ada di tangan termasuklah air botol atau selipar dan kasut pun ke bawah atau ke padang. Objek itu jika sampai ke padang terkenalah sasarannya dan jika tidak sampai akan terkena penonton lain. Oleh itu jika kita tidak tahan mendengar caci maki dan hamun atau takut terkena selipar melayang lebih baik cari tempat duduk berbumbung atau tempat yang tidak strategik.
Keadaan-keadaan inilah yang sebenar menjadi punca rusuhan. Sikap dan perangai segelintir peminat bola sepak Kelantan yang sangat fanatik. Peminat ini datang ke stadium bukan untuk menikmati permainan bola sepak tetapi untuk berseronok membuat bising, memaki hamun dan mengacau orang lain. Selepas itu apabila pihak keselamatan mengambil tindakan mereka akan merusuh. Mereka akan puas apabila melakukan perkara tersebut.
Setengah orang mengatakan perkara ini berlaku kerana peminat-peminat bola sepak Kelantan sangat fanatik. Dan semangat fanatik, melakukan rusuhan dan kekacauan adalah faktor genetik. Seawal tahun 60-an dan 70-an orang Kelantan sudah fanatik dengan bola sepak. Dalam perlawanan bola sepak pada ketika itu boleh dikatakan kerap berlaku pergaduhan antara pemain dalam padang dan antara peminat di luar padang. Begitu juga peristiwa membakar bas pelawat menjadi kebiasaan di Kelantan.
Di saat peminat bola sepak mula datang membanjiri stadium, FAM seharusnya membuat keputusan yang bijak bagi menangani bola sepak Kelantan. Memindahkan perlawanan dari Stadium di Kota Baharu ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyebabkan kantung KAFA akan merosot. Bagaimana KAFA akan membayar gaji pemain jika pendapatan kurang. Mengambil peruntukan kerajaan kepada KADA untuk membayar gaji pemain menyebabkan petani pula teraniaya. Tentunya FAM dapat memikirkan langkah yang lain untuk menghukum pasukan Kelantan tanpa membunuh bola sepak Kelantan. Lagi pun rusuhan itu dilakukan oleh segelintir peminat sahaja.
Sebab itu kita alu-alukan langkah Presiden KAFA, Annuar Musa menarik balik hasratnya ingin menarik pasukan Kelantan daripada bertanding dalam liga bola sepak Malaysia. Kita faham Annuar kecewa dengan cara FAM menghukum pasukan Kelantan. Masih banyak lagi ruang untuk memulihkan keadaan ini. Kerajaan Kelantan juga perlu membantu untuk mengatasi kemelut ini. Lupakan fanatik kepartian demi untuk bola sepak Kelantan.

Oleh Mat Jet
3 comments:
Awat yang taksub sangat kat bola? Taksublah kat Allah, kat itu menguntungkan di dunia dan akhirat.
satu analisa dari seorang yang bukan kaki bola tapi berlagak macam pengulas sukan..stail penulisan politik tapi hujah yang kabur...woi...mana ada kelibat pemain anak kelantan yang berbakat..majoritinya pemain luar yang menaikkan kelantan tahun ni...kaki bangku lah pengulas ni...
Depa syok lagi taksub kat pemimpin.....smua pemimpin depa cakap btui blake. Pendapat dia saje yg btui....org lain salah
Post a Comment