KEBIJAKSANAAN TRANSFORMASI PERDANA MENTERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK


Kiriman melalui email oleh : Wan Ezahar Bin Wan Ridzuan


Telah tercatat dalam sejarah Malaysia bahawa Najib Tun Abdul Razak telah dilantik secara rasminya menjadi Perdana menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Syabas dan tahniah diucapkan. Semua rakyat memuji tentang kelayakan dan kebijaksanaan YAB Najib semasa beliau memegang jawatan utama pentadbiran negara sebelum beliau menduduki kerusi tertinggi negara itu. Rakyat jelata terasa begitu teruja sekali dengan dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan oleh Perdana menteri baru ini. Maklumlah dikatakan seorang yang bijak.
Ternyata transformasi ini terus diterjemahkan kepada rakyat tidak sampai 24 jam perlantikan beliau kepada beberapa perkara berikut :

1. Konsep Satu Malaysia
2. Pembebasan 13 tahanan ISA
3. Kemasukan semula tokoh ulung UMNO, Tun Mahathir Mohamad dan keluarganya.
4. Penarikan balik serta merta penggantungan terhadap akbar Harakah dan Suara Keadilan.

Nah ! Betapa bijaknya Perdana Menteri baru Malaysia ini. Betapa pantas beliau berfikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada perkara-perkara yang tidak disukai oleh rakyat. Belum lagi masa-masa yang panjang seterusnya. Tentu banyak lagi yang akan dilakukan beliau untuk memartabatkan pemerintahan beliau sebagai perdana menteri yang cukup berjaya. Kita nantikan sahaja.
Namun apa yang ingin dinyatakan di sini ialah betapa bijak dan liciknya Najib ini menyusun langkah untuk mendapat jawatan tertinggi negara tersebut. Apa yang menarik perhatian saya untuk menulis ini ialah tentang kemasukan Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara semula ke dalam UMNO.
Keputusan Tun Mahathir yang keluar daripada UMNO semasa pemerintahan UMNO dulu sesungguhnya mengejutkan dan mengecewakan banyak pihak. Keputusan yang kononnya terlalu berat yang terpaksa diambil Tun Mahathir meninggalkan UMNO kerana pimpinan UMNO yang dipimpin oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi terlalu lemah dan tidak mampu menjaga kepentingan orang Melayu. Maka bermulalah pepecahan perpaduan pemikiran ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan kerajaan BN hampir tewas dalam PRU ke-12 yang lalu. Maka benarlah pandangan Tun Mahathir ini terhadap Tun Abdullah ini. Tidak cukup dengan itu maka diasak secukup-cukupnya pimpinan Tun Abdullah Badawi sehingga beliau merelakan diri untuk menyerahkan kuasa kepada Najib biarpun segala perancangan beliau untuk rakyat masih banyak yang perlu dilakukan pemantauan serius. Yalah mungkin Tun Abdullah ini lebih mementingkan parti daripada KUASA yang dimilikinya. Pada detik yang tegang ini tidak nampak perlakuan gelojoh Najib untuk mengambilalih tampuk pimpinan walaupun beliau telah merancang segalanya dengan Tun Mahathir . Sepanjang angin desakan penyerahan kuasa ini bertiup kencang dikalangan UMNO Najib telah bertemu dan berbincang dengan Tun Mahathir untuk menghadapi situasi itu. Dan segalanya semakin jelas apabila Tun Abdullah mengesahkan bahawa peralihan kuasa akan tetap berlaku seperti yang dirancangkan. Dan segalanya terjemah semasa Perhimpunan UMNO dan penyerahan jawatan Perdana menteri kepada Najib. Dan akhirnya tercapailah hastar Tun Mahathir untuk menghuruharakan pentadbiran Tun Abdullah yang banyak menentang dan mengubah dasar imperialisme Tun Mahathir. Rancangan Najib untuk menduduki jawatan Perdana Menteri itu berjalan dengan lancar tanpa gangguan walaupun perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri itu akan mendapat ulasan akhbar Liberation dari Perancis.

Selain Najib dan barisan penyokong-penyokong UMNO yang berbangga dengan peralihan kuasa ini tentu Tun Mahathir berasa bangga kerana pengaruhnya dirasakan masih kuat dalam UMNO. Ditambah lagi anaknya Mukhriz kini menjadi harapan beliau untuk menyokong beliau dari belakang. Tanpa menunggu lama dan berfikiran bijak maka pada hari ini 4 April , beliau mengumumkan masuk semula UMNO seperti yang pernah beliau lakukan semasa sebelum ini.

oleh : Wan Ezahar bin Wan Ridzuan

10 comments:

Ikanbilis said...

Orang yg sama laungkan slogan SATU MALAYSIA inilah yg paling kuat "Hidup ketuanan melayu'nya..

hipokrit sungguh..

Anonymous said...

HIDUP KARPAL SINGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! HIDUP.
KLU MATI ANUAR MESTI NANGIS.....HUHUHU

Anonymous said...

Begitu juga Anuar.......orang yg pernah dok dalam UMNO. Ketuanan rakyat menjadi peluru hidupnya. Sedangkan hakikatnya..........
Nabil kata...........lu pikir la sendiri

Anonymous said...

Jgn penakut sgt Pak Katib....buat ape nak padam komen2 yg ade..... itu tak adil. Biar le nampak keharmonian masyarakat di blog ni....atau anda mmg takut pada realiti. Serupa Binti Sama.
pulangkan hak pembaca...pulangkan
Klu takut mmg padam ler.....takut dgn peluru sesat
hahaha.....ini lah keadilan yg ada pad setiap manusia. Tidak adil pd diri sendiri juga tidak amanah pd diri sendiri. Semua nya demi sebuah Perjuangan. Ikhlas kah ini... "Serpa Binti Sama"

WARUNG PAK KATIB said...

boleh teruskan...

WARUNG PAK KATIB said...

yang bagi komen pun penakut..kalau berani pasal apa tak letakkan nama..

Anonymous said...

jadi sila jgn padam coment.....mudah sahaja.
Apa ada pada nama........klu anta sendiri tidak meletak nama................ nak adil bg le adilkan????

dolah said...

anonymous ckp tak serupa bikin. anda bukan pejuang sebenar. kalau takut dilambung ombak jgn duk tepi pantai. tk pa pak katib, mana2 komen mcm sampah buang je. ketuanan myu mesti dijaga walau sape pun yg perintah msia

Anonymous said...

BR ni ketuanan rakyat bukan ketuanan Melayu.....alahai cik dolah......sian cik dolah. Depa smua nak buang perkataan melayu nak buh malaysian jer. Melayu satgi tinggal org dan nama jer
**Melayu bin Malysian**

dolah2 said...

anonymous,bodoh punya org. dah terperangkap nak hapuskan perkataan melayu. tu la fanatik sangat nak sokong PR yang berjuang bukan untuk org melayu tapi untuk rakyat malaysia konon. sanggup buang melayu. porahhh.