Selamat Hari pekerja untuk semua warga Malaysia. Hari ini merupakan satu hari yang diberi pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia sebagai menghargai sumbangan pekerja-pekerja dari pelbagai sektor dan agensi yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Hari ini juga adalah waktu terbaik untuk pekerja-pekerja ini menghayati makna sebenar penganugerahan cuti ini dan apakah ianya berbaloi dengan sumbangan yang telah diberikan. Sejauhmanakah kualiti dan produktiviti dipertingkatkan. Apakah sudah cukup untuk golongan pekerja mendabik dada tanda tercapainya hasrat. hari ini juga untuk kita renungkan apakah apa yang kita hasilkan mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia samada secara langsung atau tidak.
Sepanjang cuti hari pekerja ini juga saya mengambil kesempatan untuk melihat secara dekat apakah sebenarnya aktiviti yang dilakukan oleh pekerja sepanjang hari cuti ini. saya telah memulakan perjalanan sekitar jam 9.00 pagi dari Taiping menuju ke Bukit Mertajam menyusuri laluan taiping Butterworth. Mungkin terlalu awal untuk sesetengah mereka yang bercuti ini untuk keluar bersiar atau bertemu rakan-rakan apatah lagi sesetengahnya masih enak dalam selimut masing-masing.
Sekitar jam 10.30 pagi di sepanjang perjalanan telah pun kelihatan di hentian bas beberapa orang Mat Bangla, Minah Indon dan ada juga yang berwajahkan Myanmar sedang menunggu bas. Dalam fikiran saya mungkin mereka ini juga dalam tugas memenuhkan cuti hari berkerja yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia. Minah Indon dengan pelbagai fesyen pakaian dan ada yang menjolok mata sesekali dilihat bersembang dekat Mat Bangla yang agak "gantang-gantang" persis pelakon filem Bolywood. Kebanyakan mereka ini adalah pekerja kilang berhampiran. Tercari-cari juga saya tak ada kah penduduk tempatan untuk keluar bersiar-siar sempena hari pekerja ini atau mungkin penduduk tempatan ini lebih suka berada di rumah bersama keluarga dari menghabiskan masa di tempat-tempat umum atau mungkin juga penduduk tempatan ini sudah tidak berkerja sebab itulah mereka ini tidak dapat merasai cuti hari pekerja atau diberhentikan atas alasan kegawatan ekonomi. Kalau benarlah andaian saya maknanya majikan -majikan di sini lebih gemar memberi peluang pekerjaan kepada warga asing daripada rakyat sendiri bak kata orang dulu-dulu " kera di hutan di susukan anak dibuaian mati kelaparan".
Sekitar jam 11.00 pagi saya sampai di Bukit Mertajam dan kesempatan ini juga untuk saya singgah di Summit Bukit Mertajam sambil memerhatikan persekitaran. Kadang-kadang pelik juga saya berada di sini. seolah-olah berada di negara Bangladesh pula. mana tidaknya kiri dan kanan dan disetiap pelusuk penuh dengan rakyat Bangladesh. tak kurang juga beberapa kelompok dari Myanmar dan Indonesia.
Saya mula terfikir bahawa kemungkinan mereka ini adalah pekerja kilang di kawasan Bukit Mertajam. Kita tidak tahu berapa ramai penduduk tempatan yang berpeluang untuk berkerja di Kilang tetapi yang jelas bahawa Kilang-kilang di kawasan ini telah pun di monopoli oleh pekerja asing.
Apakah rakyat sendiri sudah tidak layak lagi untuk berkerja di tempat sendiri atau sikap sesetengah majikan yang lebih gemarkan menggaji pekerja asing bagi menjimatkan kos tenaga buruh.
Apa pun hakikatnya, Apakah silapnya sama-sama lah kita renung. Salahkah majikan menggaji pekerja asing setelah rakyat tempatan terlalu manja dan terlalu memilih kerja. Salahkah majikan menggaji pekerja asing setelah rakyat tempatan terlalu malas dan hanya menunggu buah gugur.
Kenapa masih ramai penganggur di kalangan rakyat tempatan sedangkan banyak peluang kerja telah diisi oleh pekerja asing. Kerajaan yang salah atau Majikan yang salah atau rakyat tempatan yang salah kerana tidak cuba merebut peluang.
kita fikir-fikirkan
SELAMAT HARI PEKERJA
1 MAY 2009
- Pak katib
saya
3 comments:
MELAYU BODOH!!!!!!
Mana ada org suap nasi ke periuk.
BODOH!!!!!!
hoi bangang..ko tak de kerja lain ke..asyik melayu bodoh je...ko tu lagi le sendat dan bahlol
Beri pendapat saudara http://pasirsalak-gen2.blogspot.com/
Post a Comment