Terkini dari Bukit Gantang

Update : 2.29 am, Rondaan ke kawasan Trong. Kelihatan penyokong BN sedang menurunkan bendera BN. Tidak dapat dipastikan sebabnya.

- Bilik gerakan PAS masih dipenuhi penyokong PAS di beberapa kawasan di sekitar Trong, batu 9 dan Changkat Ibol.

- Masjid di beberapa kawasan yang terlibat juga dipenuhi orang ramai terutamanya penyokong PAS untuk bermalam sementara menantikan hari pengundian esok pagi.

-Bilik Gerakan Pemuda PAS Kepala Bukit masih tidak putus-putus dikunjungi penyokonmg PAS dan pada jam 11.30 mlm tadi juga kelihatan Naib Presiden PAS Mohammad Sabu membuat lawatan dan kunjungan



<


update : 1.32 am , Masa berkempen telah tamat. Perayu undi dan jentera masih berkerja. jalan di sesetengah tempat berlaku kesesakan dan kenderaan bergerak perlahan.

- Di Markaz Pas Air Kuning penyokong PAS dan pelancong politik memenuhi kawasan markaz. Perayu-perayu undi PAS berada ditepi jalanraya sambil memegang poster Calon PAS.

- Pihak polis sentiasa membuat rondaan bagi menjamin keselamatan






Perayu Undi dari Kelab Penyokong PAS Cina sedang merayu undi di Hadapan Markaz Air Kuning







Berganding bahu. Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina Terengganu turut sama merayu undi bagi calon PAS Parlimen Bukit Gantang.

5 comments:

Anonymous said...

bendera B End diturunkan ? pelik..ada kaitan dgn kes londeh ke maka mereka tak konfiden untuk menang.....????

Anonymous said...

Inilah perang saraf UMNOMORE buat kali terakhir. Petugas-Petugas Jentera Pilihanraya PR harap berhati-hati dengan tektik kotor mereka..INGAT, JANGAN terpedaya dengan PROVOKASI..SALAM SAYANG & SELAMAT BERJAYA!! TAKBIR!!

akuba said...

petanda awal,kalah sebelum bertanding(mati pucuk ler tu). InsyALLAH tukan akan memberi kemenangan kepada Barisan Rakyat...people power,,,,aminnnn

Anonymous said...

Barisan Rakyat ni ayat anuar. Inilah ayat pelaris yg melambungkan Anuar menjadi PM. Hasrat sebenarnya nak jadi PM. Inilah pemimpin yg tahu hati rakyat. Semua tutur katanya untuk rakyat.
Hakikatnya.........Aku nak jadi PM ( anuar )
Semoga hasratmu tercapai wahai anuar. Aku nak jadi PM! ( anuar ) Pulangkan hak rakyat. Aku nak Jadi PM ( anuar ) Biar rakyat tentukan. Aku nak jadi PM.........takkan berkesudahan hingga dapatlah title PM tu kat dia kecuali.......jgn lupalak siapa yg berhak atas kite........pulanglah

tumis said...

Inilah Petanda awal Perak hendak dikuasai oleh Kaum Cina. Ada pakatan dalaman kaum mereka mahu DAP menerajui PERAK. Calon Melayu ( boneka ) akan diletakkan sebagai wakil mereka menjelang PRU13. Lepas ni klu pakatan rakyat menang kat perak dah tentu takde alasan Sultan Perak untuk menolak wakil DAP utk jadi Menteri Besar. Lebih2 lagi klu NGA KOR MING telah memeluk Islam. Segalanya Mungkin. Kehendak-Nya. Semuanya gara2 perpecahan Melayu Islam.....

" Pak Belalang cakap....nasib la badan"

"Rosak umat kerana perpecahan"
-perbetul diri dan baiki kesilapan dan kelemahan.