10 ADUN boikot DUN kembali hari ini


PETALING JAYA: Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, menghadiri semula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pagi ini - akur arahan Perdana Menteri dikeluarkan semalam.


Maklumat diperoleh menunjukkan sehingga pukul 9.45 pagi tadi kesemua 10 ADUN tiba di DUN walaupun 15 minit sebelum itu hanya dua orang wakil rakyat terbabit kelihatan berada dalam Dewan.


Mereka yang memulaukan sidang semalam ialah ADUN Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).


Rosol ketika dihubungi 7.30 pagi tadi mengesahkan kesemua mereka akan hadir sidang hari ini.
"Presiden kita (Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) telah meminta kami supaya hadir sidang dan Ketua Polis Terengganu juga telah memberi jaminan berhubung keselamatan kami.
"Kami tidak bimbang dengan soal keselamatan... jadi kami kesemua 10 ADUN akan menghadiri sidang pagi ini," kata Rosol mewakili wakil rakyat berkenaan ketika dihubungi di Kuala Terengganu.


Sidang DUN bermula pukul 9.30 pagi ini.


Sepuluh ADUN BN itu, buat kali pertama dalam sejarah negeri Terengganu memutuskan untuk memulaukan sidang DUN pagi semalam atas alasan menerima SMS ugutan dan keselamatan mereka terancam.


Semalam Perdana Menteri Najib mengarahkan kesemua ADUN itu yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.
"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar jadi tidak ada kesahihan SMS yang dihantar," kata Najib di Putrajaya.
Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung hari ini.
Ketika ditanya sama ada mereka telah dihubungi Najib ataupun Timbalan Perdana Menteri sejak kejadian itu, Rosol memberitahu:


"Saya dimaklumkan Datuk Seri Idris ada menerima panggilan."
Bagaimanapun kata beliau, mereka tidak menerima apa-apa panggilan ataupun ada menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.


Semalam Rosol memberitahu bahawa tindakan memboikot itu dibuat kerana beliau bersama ADUN Paka dan Permaisuri telah menerima SMS berbentuk ugutan malam kelmarin, yang mengancam nyawa mereka.


Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu berkata, SMS yang dihantar oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu selepas disemak pada diari kerajaan negeri adalah serius kerana ia berbunyi: "Baik jangan teruskan niat Yb, YB tak sayang nyawa?.
Rosol berkata, SMS ugutan itu dipercayai berkaitan dengan ura-ura kononnya Adun BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada sidang DUN kali ini yang bermula kelmarin.


sumber mstar

5 comments:

nbalike said...
This comment has been removed by a blog administrator.
WARUNG PAK KATIB said...

komen di atas terpaksa dipadamkan kerana tidak bersesuaian dan menggunakan ruangan ini untuk tujuan pengiklanan produk rokok yang memudaratkan serta.

Gunakan ruangan komen ini sebaik mungkin.

Sebarang bentuk pengiklanan tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada admin

harap maklum

Anonymous said...

Mereka cuma nak kata, yang mereka boleh ada 10 orang UMNO yang boleh buat macam PAS...

" MOHON SEMBAH DERHAKA "

Tuanku...kami tak boleh terima MB pilihan Tuanku...

Kami Mohon Sembah Derhaka tapi cara sinis Tuanku...

Anonymous said...

Politikus2 M,sia mmg camnie. Tak kire sape " Serupa Binti Sama "

Cina Mamak said...

ini politik melayu.....pegi mampos melayu