UPU Bendang Siam adakan majlis kesyukuran sempena kemenangan




Syukur Alhamdulillah atas kemenangan PAS-pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecik P059 Parlimen Bukit Gantang. Kemenangan yang besar ini adalah bukti yang jelas bahawa BN yang didokong oleh UMNO sudah hilang bisanya dan sudah tidak mampu lagi untuk mengigit. Walaupun saban malam di sepanjang tempoh berkempen UMNO-BN menggunakan seluruh media kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik BN yang tenat itu namun rakyat di Bukit Gantang cukup bijak menilai dan sekaligus mentalkinkan UMNO-BN di Bukit Gantang.



Kekalahan UMNO-BN kali ke 4 berturut-turut dalam PRK ini sekaligus meletakkan nama UMNO-BN bersama-sama kelompok parti yang tidak lagi releven dalam senario politik semasa.






Bertempat di Matkaz Pemuda Kg. kepala Bukit pada 18 April lalu telah kesyukuran bagi meraikan kemenangan PAS yang dianjurkan oleh AJK PAS UPU Bendang Siam diadakan Majlis kesyukuran dan kemenangan. Majlis yang turut dihadiri oleh YB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang serta beberapa pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang bersama-sama dengan kelab Penyokong PAS dari kaum Cina dan India.







Jamuan kesyukuran ini telah dihadir oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat bukan sahaja dari sekitar Parlimen Bukit Gantang tetapi juga dari negeri-negeri lain yang berhampiran.




Pada sebelah malamnya majlis ini dihidangkan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Halaqat dari Kelantan yang menampilkan jogho veteren Daud Bukit Aba
Orang ramai yang hadir pada sebelah malamnya bagi menyaksikan persembahan dikir barat cukup teruja dengan konsep baru persembahan yang membawa lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat.





- pak katib






2 comments:

atas pagar said...

ingatlah pepatah lama bapak: menang sorak kampung tergadai...lorong sudah dibuka.....jalan manakah anak melayu nak ikut....asyik bercakaran, macam mana melayu nk maju?

Cina Mamak said...

melayu mane nak maju, cina india dh ke depan. Melayu nak lawan same sendiri. Cina india dok tepuk tgn jer......aku pun tumpang seronok. Itulah bangsa Melayu.
Hidup Cina. hidup India!!!!
Mampus Melayu.....hahaha