Kiriman melalui email oleh : Mat Kude
Seluruh orang Melayu seharusnya sudah membuat keputusan yang tekad dan bulat untuk menolak UMNO/BN dalam mana-mana pilihan raya kecil jika berlaku lagi dan pilihanraya kebangsaan ke 13 nanti. Tidak perlu lagi ada perasaan; "jika UMNO kalah orang Melayu tidak akan selamat".
Ini merupakan andaian yang karut dan terlalu lapuk. Sebaliknya jika dikaji secara realiti mahupun secara akademik, jika UMNO terus memerintah orang Melayu akan terus ketinggalan dalam serba -serbi.Kerja-kerja yang UMNO lakukan yang katanya untuk kesejahteraan rakyat memang mengecewakan.Apabila Datuk Seri Najib dilantik Perdana Menteri, kita menjangkakan perubahan ke arah yang lebih baik dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat semakin baik dan memuaskan, tetapi malang kerana segala-galanya setakat hari ini sungguh mengecewakan.Di Trengganu yang sepatutnya begitu banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan rakyat, sebaliknya UMNO melalui semua YB-YBnya termasuk Menteri Besar hanya melakukan aktiviti yang membazir dan membuang masa. Demi kuasa untuk kepentingan perut sendiri dan sudah pasti bukan kerana rakyat, sidang dewan ditinggalkan dan kononnya menjadi tidak selamat kepada YB-YB UMNO ? Kalau DUN Trengganu sudah tidak selamat bagaimana pula dengan YB-YB pembangkang yang hadir dengan tidak menghadapi sebarang bahaya? Ini menunjukkan YB-YB UMNO ini memang sedang asyik bermain politik dengan permainan yang dicaturkan oleh tok dalang mereka !Kem Ahmad Said sedang bertempur hebat dengan kem Idris Jusuh.
Tidakkah kedua-dua mereka ini faham dan mengerti bahawa mereka dipilih ke DUN Trengganu untuk berbakti kepada rakyat bukan berebut kuasa macam budak-budak ! Apakah perebutan dan perbalahan mereka itu merupakan satu bakti kepada rakyat yang memilih mereka ? Rakyat Trengganu wajar mencontohi rakyat Kuala Trengganu 'humbankan' semua YB-YB UMNO ini dalam arkib negeri.Tengok di Perlis, tak habis-habis pemimpin UMNO berebut kuasa. Shahidan Kassim masih tidak dapat terima realiti bahawa dia sudah tidak menjadi MB lagi. Konon tidak mahu serahkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kepada Isa Sabu. Hanya sanggup serahkan kepada Mahyuddn Yassn. Lagi sekali Shahidan Kassim bermain politik. Baru-baru ini Shahidan marah kerana YB UMNO puji pembangkang konon akan menguntungkan PAS. Inilah pemikiran politik yang tidak ada kelas dan sangat kolot lagi jumud. Shahidan tidak sedarkah perangai gedeber dia itulah yang sebenarnya akan banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat. Teruskanlah kegedebelanmu Shahidan Kassim kerana semua itu akan mempercepatkan rakyat terutama orang-orang Melayu menyampah kepada UMNO.Di Perak Dr Zamry masih belum sedar-sedar, masih bermain politik yang sangat merugikan orang-orang Melayu Perak. Jika Zamry ikhlas untuk merpekasakan Melayu Perak bubarkan DUN Perak segera seperti yang digesa oleh Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS.
Semakin hari orang-orang Melayu Perak semakin cerdik untuk menilai yang manakah yang menguntungkan mereka dan yang manakah pula yang akan merugikan mereka ? Jelas sikap Dr Zamry dan UMNO Perak semakin hari semakin merugikan dan melemahkan pengaruh UMNO Perak.Kata-kata Najib bahawa sikap kerajaan yang sentiasa menganggap hanya kerajaan sahaja yang sentiasa betul, rakyat yang salah sudah berlalu hanya retorik politik murahan yang tidak berkualiti langsung. Kalau Najib dan UMNO negeri benar-benar memegang kata-kata itu, rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menunjukkan bahawa selama ini UMNO/BN salah. Jadi kenapa mengambil masa lagi untuk bubar DUN Perak.Di Negeri Sembilan politik mengampu telah bermula bagi edisi Najib. Iklan dalam akhbar untuk lawatan Datin Rosmah Mansor ke Parlimen Rembau sahaja menelan kos lebih empat puluh ribu ringgit Malaysia. Apa ni ? Tidakkah ini membazir ? Sewaktu berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, Mahyuddin Yasin mengatakan antara penekanan dan gaya dalam pentadbiran baru Datuk Seri Najib ialah mengelakkan formaliti ia itu tak perlu lagi sambut pemimpin dengan cara membazir, kata Mahuyuddin ! Tak habis lagi pilihanraya, UMNO Negeri Sembilan sudah membazir wang rakyat.
Jika beginilah caranya, boleh lagikah orang-orang Melayu mempercayai UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kesejahteraan mereka?Pandang pula ke Melaka, orang yang telah didapati bersalah terlibat dalam rasuah politik sewaktu kempen pemilihan UMNO masih dibenarkan oleh UMNO pusat untuk menjadi Ketua Menteri. Khairy yang terlibat dalam rasuah politik tidak dapat jadi menteri. Syed Hamid yang adalah masalah politik wang digugurkan. JJ yang ada masalah juga tidak dilantik semula. Azlina yang ada masalah juga tidak dilantik. Ali Rustam yang didapati bersalah terlibat rasuah politik terus menjadi Ketua Menteri Melaka.Inilah integriti cara UMNO.
Orang-orang Melayu tidak perlu lagi berfikiran jika UMNO kalah orang melayu akan rugi. Semua ini sudah tidak relevan lagi. Orang-orang Melayu akan terus rugi dan tertekan dinegara sendiri jika terus berusaha memenangkan UMNO pimpinan Najib ini.Saya yakin rakyat semakin menyampah dengan permainan politik yang tiada kepentingan dan kaitan langsung dengan usaha memartabatkan maruah dan memajukan bangsa Melayu melainkan demi kepentingan mereka masing-masing. Sungguh memalukan.Yakinlah jika UMNO kalah orang Melayu tidak rugi apa-apapun !
oleh : Mat Kude
16 April 2009
9 comments:
YAKIN KE????? CONFUSE LA.....
BAB TANAH AKU RASA RUGI LAK KLU CINA PULUN HABIS...AKU NI NK DAPAT APE LAK. ANAK2 AKU NAK DOK MANE LAK???
TAKPE LER KORANG TINNGALKAN AKU LOT KAT TANAH WAKAF DAH LER. JGN TANAH TU PUN KORANG NK KASI DEPA.
Jangan risau Bro, kalau kita adil ke atas sesama manusia dan takwa kepada Allah insyaAllah Dia akan beri jalan. Allah yang beri rezeki bukan Umno, bukan PKR, bukan Anwar, bukan najib, bla bla bla ...
Tanah WAKAF je yang tinggal...tanah rezab semua org UMNO dah lelong..selama2nya...bukan lagi 999
buat apa nak nyokong umno lagi, dah banyak kerosakan yang telah dilakukan pada negara ini. sepatutnya negara kita dah sampai tahap negara maju setanding taiwan atau korea selatan. disebabkan penyalahgunaankuasa dan ketirisan oleh pemimpin lampau kita dah ketinggalan. renungkanlah.
yobleh.
Orang Melayu UMNO dan yg lain juga ..
Kalau nak maju kena membaca dan berfikir...jgn dok jadi pak turut je..dan dok pikir habuan....
org melayu cepat melatah macam org kena latah. kita patut menyokong parti yg perjuangkan org melayu tanpa meminggirkan agama islam. logiknya bagaimana hal ini boleh dilakukan, jika pas bukannya majoriti dlm pakatan rakyat. mampukah pas atau pkr yg berbilang kaum melaksanakan dasar itu?
Cik lana oiii.....setahu aku le ramai org krajaan yg dok dlm kerajaan dok hentam kerajaan. Depa smua nakkan habuan masing2. Nak gaji naik, nak elaun tambahan, claim itu ini...mcm2 lagi. Tp ape saje depa nak. Yg jadi mangsa sebenar adalah org awam. Nampak sgt org kerajaan ni tak kenang budi dan pelahap besar.
Satgi hangpe leh tibai smua org awam yg dok goyang tuh.
Gaji dah besar nk beli ape pun bleh....beli tanah, beli rumah, beli org....smua bleh beli....huhuhu.
Sedar atau tidak, itu le baru di sebutkan kacang lupakan kulit....
@@ SERUPA BINTI SAMA @@@ - mmg aku sokong.
mmg patut kacang lupakan kulit.....watpe lak nk makan kulit....huhuhu.
Klu UMNO jual tanah, sekrg PR lak nak bagi free kat cina.....lagi baguih....tu namenye mesra rakyat...hahaha. Mmg bijak bin pandai. Nak ** RASUAH ** gak tuh.
@@ SERUPA BINTI SAMA @@ mmg aku sokong hang.
Hakikatnya perangai ortg Melayu mmg camtule.....@ serupa binti sama @.........
InsyaAllah.....klu begini le ragam org Melayu, M'sia kan jadi milik org cina.
REPUBLIC OF MALAYSIA.....2020
wahai anonymous hang boleh la tinggal kat bulan. hang naik la roket. kami tk pa la duduk mai timbang-timbang tanah mana nk bagi rakyat lain
HAHAHA.....Melayu Bodoh!!!!
Aku Kaya..........Bodoh!!!
Post a Comment