Kiriman email oleh : Mat Jet
Oleh Mat Jet
Pulau Pandan Jauh ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan dikandung tanah,
Budi Baik dikenang juga.
Itulah pantun yang sesuai ditujukan kepada Najib terhadap jasa dan budi baik Mahathir sehingga Najib dapat melangkah ke jawatan no. 1 negara. Banyak jasa yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib. Sepanjang Mahathir menjadi Pendana Menteri, Najib dididik dan dilantik mengetuai beberapa jawatan utama negara sebagai persiapan untuk menjawat jawatan sekarang. Dalam UMNO Najib tidak menempuh liku-liku berduri untuk menjawat jawatan. Bermula dengan jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO pun banyak bantuan yang disumbangkan oleh Mahathir kepada Najib.
Justeru itu tidak dapat tidak Najib terpaksa membalas budi baik Mahathir terhadap beliau. Dalam pembentukan kabinet pertama beliau khamis lepas, Najib telah membalas budi baik Mahathir. Mukhriz anak lelaki Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan AntaraBangsa dan Industri
Rakyat Malaysia dan orang UMNO khususnya tidak mempertikaikan kelayakan Mukhriz yang pendiam dan kurang agresif itu, tapi mereka mempertikaikan kekalahan Mukhriz dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini. Mukhriz dapat tempat ketiga di belakang Khir Toyo. Ketua Pemuda dimenangi oleh Khairy. Rakyat Malaysia juga bertanya hebat sangat kah Mukhriz walaupun kalah teruk tetap dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Saya tidak setuju kalau ada orang berkata, hak untuk melantik Menteri dan Timbalan adalah hak mutlak Perdana Menteri dan orang lain khususnya rakyat Malaysia tidak boleh bertanya dan menyoal mana-mana menteri yang diragui kredibilitinya.
Dalam soal ini kita berterima kasih kepada Najib kerana sebelum membuat pemilihan jawatan menteri dan timbalan, beliau telah berbincang dan berunding dengan MT dan komponen dahulu. Maknanya beliau telah mendengar pandangan ahli-ahli UMNO dan komponen lain sebelum membuat keputusan. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Najib untuk mengelakkan daripada melantik pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan tidak mempunyai kelayakan.
Masalahnya tidakkah perlantikan Mukhriz dirunding dan dibincang dahulu dengan Muhyiddin dan penasihat-penasihat lain. Kita rasa kalau perbincangan dibuat Mukhriz tidak akan dilantik. Oleh itu tidak salah kalau kita kata, Najib menggunakan kuasanya kerana ingin membalas jasa Mahathir. Kita juga boleh kata bahawa Mahathir mempengaruhi Najib dalam perlantikan menteri.
Perlantikan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri merupakan suatu kesilapan besar yang dibuat oleh Najib. Kesilapan ini bukan kerana semata-mata melantik Mukhriz tetapi kerana Najib tidak melantik Khairy. Khairy adalah calon ketua pemuda yang menang dalam pemilihan baru-baru ini. Belaiu adalah Ketua Pemuda yang sah. Walaupun beliau didapati bersalah terlibat dengan politik wang, tetapi beliau dibenar bertanding dan menang.
Ada orang berhujah, Khairy tidak boleh dilantik kerana melakukan rasuah. Sebenarnya dalam UMNO jarang kita jumpa orang yang tidak melakukan rasuah. Kenapa Ali Rustam masih lagi tercegak di Melaka, sedang beliau bersalah melakukan rasuah. Adakah Mukhriz bersih tidak melakukan rasuah?
Mungkinkah Najib mahu meniru cara pentadbiran Mahathir dulu dengan tidak melantik Zahid Hamidi sebagai menteri walaupun beliau menang jawatan Ketua Pemuda sehinggakan Zahid kecewa lalu menyokong Anwar.
Di saat UMNO sedang terjejas sokongan rakyat, Najib hendaklah menyatukan dan merapatkan kembali saf perpaduan ahli-ahli UMNO. Melantik Mukhriz dengan meminggirkan Khairy menyebabkan Pemuda UMNO berpecah dan berpuak-puak. Jalan yang sebaik-baik ialah kalau tidak mahu melantik Khairy, Mukhriz pun juga jangan dilantik. Kalau nak membalas jasa Mahathir balaslah dengan cara lain.
Sekian.
Sekian.
Mat Jet
12 April 2009
4 comments:
pandai-pandai je menilai kesilapan orang lain..
Pantun tu kena betui sikit,Pulau PANDAN bukan pandang!Pandai sangat komen orang kalu Najib lantik KJ pun akan hang dan kuncu kuncu hang kata salah sebab orang tu rasuah pulak!kalu saja saja nak uji dan main main tak yah la.Selama ni tak dak yang baik ka yang UMNO buat?
Ade btul pandangan dan pendapat mat jet tu....UMNO mmg terkenal dgn rasuah walaupun PAS juga ada melakukannya demi kepentingan parti mereka. Cuma hebohnya tak kuat sangat pasal nilainya kecil kate org2 PAS sendiri berbanding nilai perjuangan mereka.
Walau camnepun, Rasuah!! tetap rasuah...mule2 kecil lame2 jadi besar.
Yang penting di sini ELAKKAN RASUAH. Ianya merosakkan agama, bangsa dan negara disamping dilaknat ALLAH.
Rosak Agama kerana Aqidah.
Rosak Bangsa kerana perpecahan.
Rosak Negara kerana tangan2 manusia.( terutama pemimpin )
wallahuaalam....
betui juge.. aku bila sebut nama mamak mahathir aje aku fobia..
tua tak sedar dir.. kalau dia dah tak sika kat seseorang tu .. semua tak betui.
meluat aku...
Post a Comment