Setiausaha Politik Anwar Ibrahim Mansor Othman calon PKR DUN Penanti


PETALING JAYA: Sah! Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.
Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.


Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi.


Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini.Pengumuman mengenainya dibuat Anwar di hadapan kira-kira 1,000 penyokong.


Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini.
Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana.


Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale.
Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.


Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.


Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.


Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.


Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti.


Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.


Pada Mac 2008, Fairus menewaskan calon BN.



sumber : mstar

6 comments:

Cina Mamak said...

hahaha.....lagi sorang MELAYU BODOH nk bertanding... DSAI mmg pandai. Kasi taruk lagi ramai MELAYU BODOH. Nanti senang kasi potong kapla.

" MAMPUS.....MELAYU BODOH "

Unknown said...

Kenapa ni cina mamak..? apa yg membuatkan u begitu tak puas hati nih..? kenapa suka cakap lagu tu.. apa maksud u haa..? Ada paham demokrasi ka..? Suluh muka tu kat cermin tengok..? Nampak muka u ke muka sape..?? heee

Cina Mamak said...

ok....u all nak tengok ape jadi, tunggu la pru-13. Mesti u all akan tengok cermin saja lepas nie.

Demokrasi......hahaha
itu cakap pemimpin saja....tak pun u all beli cermin bagi kat pemimpin u all.

Mmg Melayu Bodoh!!!!!!!!!!!

sekangkang kera said...

hoi cina mamak...lu yang selalu cakap melayu bodoh tu apa hal...lu duduk pun kat tanah melayu..ini la..kalau dah bertahun dok dalam umno...otak pun dah biol

Cina Mamak said...

UMNO...PAS...PKR....BYK MELAYU
MMG MELAYU BODOH!!!!!!!!!!!!!!!!
PARAMESWARA TU BAPAK LU ORANG KA??????????
MAMPUS LAAA ..... MELAYU BODOH !!!

Cina Mamak said...

lu ingat ini negara MELAYU punya ka....itu org Asli mau taruk mane.... itula MELAYU BODOH.
MELAYU BODOH bukan dtg dr org asli.
Mengaku negeri sendiri....Lu org pun penjajah laaaa. MELAYU BODOH!!!