SPEAKER TIDAK KEBAL


Kiriman melalui email oleh : Mat Gedek



Semenjak dua menjak ini, Zamry MB Perak yang dilantik melalui rampasan kuasa gembira betul. Apa tidaknya, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perintah penggantungan selama 18 bulan ke atas beliau dan 12 bulan ke atas enam anggota exco kerajaan negeri oleh Speaker negeri V Sivakumar, adalah tidak sah dan batal. Mahkamah membuat keputusan demikian kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Oleh itu Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alauddin, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Hakim Alauddin dalam penghakimannya berkata perintah penggantungan oleh speaker ke atas MB Perak dan enam orang exconya melampaui perlembagaan negeri.


Hakim ini juga berkata di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak, mahkamah mempunyai kuasa menyelesaikan saman pemula difailkan oleh Zambry dan enam anggota exco di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac. Dengan perintah mahkamah ini, kekebalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwar-warkan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya kecuali Parlimen sendiri meminda perlembagaan adalah meleset. Apa yang sebenarnya speaker tidak kebal.


Keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN boleh dicabar di mahkamah dan jika penyaman boleh membawa bukti yang menyakinkan mahkamah, keputusan speaker akan dibatalkan. Peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyebut; Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: 'Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah'. Begitu juga fasa; Perkara 72(2): 'Tiada seorang pun boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya'.


Pentafsiran kekebalan speaker DUN ini sendiri dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan. Katanya kekebalan itu dihuraikan secara jelas dalam Perkara 72(1) dan 72(1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 2 dan 3 Enakmen Dewan Undangan Negeri Perak (Hak Istimewa) 1959. "Ia selaras dasar pemisahan kuasa antara eksekutif (kerajaan), legislatif (Parlimen) dan kehakiman yang menjadi asas amalan demokrasi negara bagi memastikan tiada campur tangan tiga badan terbabit Kedua-dua ‘perkara’ di atas tidak boleh dijadikan hujah kekebalan speaker kerana perlu dibaca dengan Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak sepermana yang di putuskan oleh mahkamah. Namun peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah tetap berpendapat tindakan Speaker Perak tidak bertujuan melanggar undang-undang dan perintah penggantungannya terhadap Zambry dan enam anggota exco itu adalah betul.


Tetapi Hakim Mahkamah Tinggi pula secara sebulat suara mengatakan tindakan speaker terbatal dan tak sah kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Nampaknya rakyat telah diberikan maklumat yang mengelirukan mengenai krisis perlembagaan di Perak. Yang hairan, bagaimana peguam-peguam PR dan Majlis Peguam sendiri yang pakar dalam selok-belok undang-undang seolah-olah tidak tahu akan wujud Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak. Artikel ini membolehkan mahkamah membatal keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN. Sehubungan dengan itulah Zamry dan UMNO sendiri sangat gembira dengan keputusan mahkamah ini


. Dalam kenyataannya, Zambri meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan mahkamah hari ini. Memang patut beliau gembira kerana krisis yang berlaku di Perak sudah hampir sampai ke penghujungnya dan beliau akan di isytihar sebagai pemenang. Selepas ini beliau akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada jawatan MB dan memasang impian kepada jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO. Sama ada jawatan MB itu diperolehi daripada rampasan kuasa dan disahkan oleh mahkamah, tidak menjadi soal. Benarkah begitu, adalah Zamry akan diisytihar menang pada pusingan ini.


Sebenarnya keputusan mahkamah ini belum membolehkan Zamry diisytihar sebagai pemenang. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak menyebut Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga Adun Lompat atau mana-mana Adun masuk ke dalam dewan Dun. Keputusan mahkamah hanya membatal pergantungan Zamry dan enam anggota exco kerajan negeri daripada menghadiri sidang DUN dan tidak melibatkan Adun Lompat.Sebab itu menurut peguam Sivakumar, mereka akan tunggu dan lihat apa akan berlaku kerana Speaker masih ada di persidangan itu nanti. Ini bermakna Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan Adun-Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar daripada menghalang UMNO memerintah negeri Perak.



oleh : Mat Gedek

4 comments:

Unknown said...

Undang2 rimba kembali lagi...Punah system demokrasi...

Anonymous said...

Kalu undang2 rimba nape korang pakai gak, guna la undang2 lautan pasifik lak

Anonymous said...

Undang-undang yang akan rakyat lakukan pada PRU 13 nanti lebih betul ......TUNGGU

Cina Mamak said...

Btul, btul, btul.........Bodoh btul