Hari Terakhir buat BN- Jentera PAS pergiatkan usaha


Hari ini adalah hari terakhir berkempen. Hari ini juga segala-galanya mungkin berlaku. beberapa jam yang tinggal ini perlu dikawal selia dengan baik agar PAS dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang lebih besar.

Jentera-jentera PAS perlu lebih kuat lagi berkerja. Bertandanglah ke rumah-rumah pengundi. Rayulah mereka. Mohonlah pada mereka supaya undi PAS. Nasihatilah mereka supaya menolak UMNO yang banyak membawa kemungkaran dan kehancuran kepada semua perkara.
Hari ini juga kemungkinan BN akan menggunakan pukulan terakhir. Hari ini juga diwar-warkan Osman Jailu dan Jamaluddin raja lompat akan berceramah di simpang. Pelik dan ajaib.Minit terakhir mamat dua ekor dimasukkan. maknanya akan ada strategi kotor yang akan dilakukan oleh BN. Jentera PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada. Persiapkan segala yang perlu. Jangan timbulkan kekecohan kerana ianya akan menjadi modal politik saat akhir oleh BN.

Pak Dir yang kembali semula ke UMNO pun dijangka turun padang pada hari ini. Walaupun atas kapasiti sebagai pemain simpanan tapi sengatnya masih berbisa dan mampu menjaringkan gol pada minit-minit terakhir. Kuda tua dalam MYUMNO TEAM ini masih lagi berdarah UMNO walaupun sebelum ini kuat menghentam UMNO khususnya dalam kes rasuah. katanya " UMNO Parti yang Rasuah" penyudahnya dia pun duduk satu meja dengan orang yang Rasuah.

Khabarkan kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, ayah-ayah kita kalau ada yang terdetik sedikit pun rasa nak undi UMNO, suruh mereka lupakan kerana UMNO sudah banyak menyeleweng dan menyusahkan rakyat. Bagitahu mereka bahawa PAS adalah parti untuk semua dan perjuangan PAS adalah berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Suruhlah mereka ini undi PAS

wallahuaalam


Pakkatib

7 comments:

Anonymous said...

Ayuh Pak Katib..mari kita berjuang sehingga ke titisan darah terakhir...pastikan kemenangan Pas di Bukit Gantang...

Anonymous said...

Ye ke perjuang kan islam... islam pada kulit je..reality nya hampassssssss

tak kan lah korang tak sedar2...

Bila pulak pas perjuang kan islam... cuba tanya kat NIZAR tu... Allah bersama pihak yg benar.. insyallah BN akan Menang nanti!

Anonymous said...

habih tu takkan umno yg perjuang islam,,cuba tgk si najib dgn rosmah tuu,,issshhh isshhhh peluk sana peluk sini,,,dahlah aurat tak tutup,,,

kumbang malam said...

Cuba tanya Najib yang selalu cakap BN tu juga perjuangkan Islam. Bila bini dia nak pakai tudung sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Orang UMNO ni memang tak sedar-sedar dari dulu kini dan selamanya.

Penyokong UMNO ni pasai apa tak nampak-nampak tentang itu ye..itu la kalau asyik ditutup dengan duit je

atas pagar said...

hari kecundangnya poa... he he

atas pagar said...

inilah hari kecundangnya PAS

Anonymous said...

DAH KECUNDANG DAH.....NAK TUNGGU MASA KECUNDANG PAK KATIB LAK LEPAS NIE