100 hari masa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat untuk kabinet baru menampakkan hasilnya. 100 hari juga masa untuk berkabung bagi BN atas tersungkurnya UMNO-BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Cakap-cakap kedai kopi pula kurang dari 100 hari Dun Perak akan terbubar sekiranya tiada sidang DUN dalam tempoh edah.
Bagi kabinet baru Najib semuanya nampak gah, berpotensi, muka baru dan lama dan ada yang dikitar semula. Pembentukan kabinet dalam pelbagai acuan ini sudah semestinya akan menghasilkan satu impak yang agak besar. Apakah bentuk impaknya sama-sama kita tunggu. Team-team lama yang tercicir terpaksa usung bantal dari pejabat dan bawa balik ke rumah. Ada yang dah tanam bermacam cita-cita untuk memenuhi masa lapang setelah tidak lagi dibebani dengan tugas yang berat. Bekas Sri kandi Puteri UMNO pula dah pun bercita-cita nak jadi pensyarah sambilan. Tok Hamid pula dah berminat nak tulis buku. KJ pula yang tak terpilih walaupun dah lama mengidam terpaksa menumpukan kepada mengukuhkan parti khususnya dalam memancing golongan muda untuk berjinak-jinak dengan UMNO. Yang masih lagi laku walaupun dah berabad dalam kabinet akan terus menjalankan tugas. Yang masih berada di luar UMNO dah nampak berminat untuk rujuk balik walaupun sebelum ini telah ditendang keluar. Yang merajuk pula telah hilang rajuknya bila mana anak didiknya dah bersara.
MCA pula boleh senyum puas apabila banyak kerusi dalam kabinet dapat diisi walaupun sebelum ini ada kenyataan akhbar yang mengatakan timbul rasa tidak puas hati pada pembahagian kerusi kabinet.
Itulah rencah orang politik dalam UMNO. Rempah ratus yang diadunkan ini ada pro dan kontra bukan sahaja di kalangan UMNO-BN sendiri tapi juga di kalangan pembangkang yang sentiasa memantau pergerakan dan tindak-tanduk pemimpin UMNO yang menjalankan tugas. Itulah pentingnya pembangkang dalam politik Malaysia. Kalau tak ada pembangkang maknanya tak adalah orang yang nak menegur. nak harapkan orang dalam UMNO hanya tahu cakap "Yes" sahaja. Ditegur salah. tak tegur pun salah. itulah UMNO yang serba salah.
Apakah cukup dengan 100 hari masa untuk kabinet ini memberi kesan. Rasanya macam tak cukup. Kalau nak berubah dalam 100 hari lagi tak cukup. Barah dalam UMNO masih menebal. Doktor-doktor pakar dalam mengubat penyakit dengki dan cantas mencantas dalam UMNO masih tidak memberi kesan. Itu belum dikira dengan beberapa penyakit lain yang merosakkan UMNO sendiri. Politik wang tak payah cerita la. itu dah jadi budaya. Ada yang sanggup bergadai bergolok semata-mata untuk menang dalam satu-satu bahagian. Tak percaya tanya orang UMNO. Kalau tanya orang PAS nanti dikatakan orang PAS dan Pakatan Rakyat suka menuduh dan memfitnah. Sebab itulah UMNO susah nak berubah. Bila ditegur dikatakan buat fitnah. jadi biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan...dan akhirnya lihatlah keputusan di empat Pilihanraya keci. Semuanya kecundang dan majoriti kemenangan Pakatan rakyat pula bertambah.
Hidup UMNO masih lagi dengan status dan berjiwa pangkat bukannya berjiwa rakyat. Hidup UMNO hanya bertelagah antara satu team dengan satu team yang lain. Hasilnya wujudlah kawan makan kawan. Sabotaj di kalangan orang UMNO sendiri. Sentimen kemelayuan dalam UMNO yang menebal juga menjadi faktor kekalahan UMNO. Malaysia seolah-olah dah jadi hak milik melayu sahaja sedangkan bangsa lain juga nak hidup sama. Bila orang Cina dan India bagi undi kepada PAS di Bukit Gantang maka PAS pula dituduh jadi boneka DAP yang dipelopori oleh orang Cina. Permainan ayat Boneka ini sebenarnya sedikit pun tidak menjejaskan undi PAS. Malah mendapat sokongan yang padu dari orang Cina yang dulunya memangkah BN melalui MCA.
BN kena belajar kenali diri. Wakil rakyat BN kena turun padang dan lihat masalah rakyat. Bukan hanya bila tiba musim pilihanraya baru nak sibuk luluskan projek segera dan mengagihkan berbakul-bakul anak ayam. Khidmat UMNO mesti berterusan. Tak dinafikan sumbangan UMNO kepada pembangunan negara cukup hebat sehingga Malaysia disegani seantero dunia. Tapi jangan kerana terlalu yakin dengan kemajuan yang ada atas nama Malaysia maju sehinggakan rakyat di kawasan -kawasan pendalaman hidup tersepit. Jangan sampai TV3 datang menemuramah orang thaif untuk masuk dalam segmen "bersama mu" baru lah wakil-wakil rakyat turun padang untuk masuk sama dalam TV. Dekat dengan rakyat adalah tugas berterusan.
Pembiayaan UMNO jangan diagihkan untuk UMNO sahaja. Baja UMNO jangan diberikan pada penyokong UMNO sahaja. Orang PAS pun rakyat juga cuma mereka ini berbeza pendapat. Projek-projek Kerajaan tak perlulah di labelkan sebagai PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Seolah-olah di Malaysia ini ada dua kerajaan Pusat. Baja Tanaman tak perlu lah di capkan dengan lambang dacing. Buang semua benda yang memisahkan kelompok rakyat. Negeri yang berada di bawah kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat pula tak perlu lah di anak tirikan. Bagi peruntukan sama rata. Barulah nampak kerajaan BN ini adil tanpa mengira fahaman politik. Media Massa pula perlu adil. siarkan semua program yang melibatkan PR dan BN.
Bila orang dah nampak BN ini lebih telus dan adil, keuntungannya akan memihak kepada BN sendiri. Orang ramai akan berduyung memangkah BN. Barisan Nasional akan jadi kuat. Rakyat akan sejahtera. PAS, DAP, PKR akan tidak lagi meghentam sesuka hati. Hentam bukannya marah tapi nasihat. Semuanya untuk kebaikan bersama. untuk kesejahteraan Malaysia tanpa mengira kaum. BN kena dengar pandangan rakyat.
Suara rakyat suara keramat. Suara rakyat lah menyebabkan UMNO-BN semakin tenat. Dekati rakyat UMNO-BN akan kembali hebat.
Wallahuaalam
- Pak katib
11 April 2009
11 comments:
Ada malaikat ade iblis. Ada bawah ada atas. Ade hitam da ade putih. Ade jatu dan ade bangun. Ade air maka ade juga api. Ada Pencipta dan ada yg dicipta. Maka mmg lumrah alam ada pro dan kontra jika dibaca secara azali. Hakikatnya Allah itu Maha Pencipta Dan Maha Bijaksana.
Biar pun seribu tahun sekalipun, manusia tetap manusia secara zohirnya.
Akhirnya, ada hidup dan ada mati.
Indahya kematian jika diterjemahkan ketika hayat dikandung badan agar dikenang ketika hayat dikandung tanah sterusnya di Padang Mahsyar bagi melayakkan diri menghadap Maha Pencipta.
@prklate
macam-macam ada....
Tanda awal Umno akan berkubur dalam masa 3 tahun lagi pasti akan menjadi kenyataan dan 2 bulan lagi masih akan ada lagi pilihanraya dun perak.Tak mustahil kejutan-kejutan ini akan belaku.oleh itu mulai sekarang kita kena kerja keras. Usah peduli dengan kata-kata manis Tok Najib tentang kabinet beliau.Dan saya percaya Tok najib akan bertukar kerusi parlimen dari PM kepada kerusi Pembankang.Takdir Allah tiada siapa yang tahu akan perancangannya.Sama-sama kita bermunajat kepada Allah s.w.t. beserta dengan kerja keras kita.Peroecahan didalam Umno mula semakin ketara selepas keputusan pilihanraya 2 bukit.
wahhh.. konfiden abis korang ye yg umno akn berkubur...
Tak kan adanya berduyun-duyun akan undi BN wlupn camana adil dan telusnya BN.. Pembangkang tetap mcm tu, apa pn yg BN buat semua salah..bila di beri peruntukan kata lah BN pncing undi, bila tak bagi, kata pulak BN anak tirikan negeri pembangkang.. langsung takde ke kebaikan yang BN beri pada negeri pembangkang??? Anak- anak dari negeri pembangkang tetap d beri peluang melanjutkan pelajaran.. Pekerja-pekerja kerajaan yg membangkang kerajaan, takde pulak yg di buang keje.. tak telus lagi ke kerajaan tu?? aku tak la bermaksud kkitangan kerajaan mst sokong kerajaan cume nk luahkan cra pak katib tulis mcm la kerajaan ni zalim sgt, langsung tak pedulikan pembangkang ke.. dh tu slame pak katib hdup dlm pemerintahan umno ni, takde ke kebaikan yg pak katib dpt?? aku tau la ni negara demokrasi bebas memberi pendapat dan 'nasihatkan' kerajaan tp jgn la tutupkan mata dlm melihat kebaikan yg d tabur BN ye..
-aku yg Mentah-
be professional pak katib..
klu la pak katib ni telus, napa semua artikel burukkan BN? pak katib cabar pembaca tulis artikel untuk bg tau keburukan PKR kn? Tp orang BN tak la seburuk tu nak kutuk-kutuk orang.. Walaupun pembangkang especially pak katib banyak keluarkan kata-kata kesat pd orang BN, contohnya artikel yg samakan penyokong Bn dgn anjing yg menyalak...
-aku yg Mentah-
be professional pak katib..
klu la pak katib ni telus, napa semua artikel burukkan BN? pak katib cabar pembaca tulis artikel untuk bg tau keburukan PKR kn? Tp orang BN tak la seburuk tu nak kutuk-kutuk orang.. Walaupun pembangkang especially pak katib banyak keluarkan kata-kata kesat pd orang BN, contohnya artikel yg samakan penyokong Bn dgn anjing yg menyalak...
-aku yg Mentah-
anonymous...aku ni bukan la nak bela pak katib sangat. pak katib hanya beri pendapat dia. lu pikir la. kalau hang nak bantai pkr/pas hang pi la hantaq kat agendadaily. sama ja. dalam agendadaily tu apa yg tk kena dgn pkr/pas...macam-macam ada...kalau hang tk setuju dgn pak katib pasai apa hang hari-hari komen. itu bukti hang hari-hari baca kelentong pak katib. maknanya hang sayang pak katib....
salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe
link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html
buat dolah...
mmg la aku baca pak katib kelentong.. tp baca tak bermakna sayang..
dh baca tak salahkan klu nk komen..
pak katib jgk yg mintak komen..
ni hak pembaca...
dear anonymous..
Tau pun hang. Hang pun macam marah bila aku komen hang. cakap tk serupa bikin. bikin tk serupa cakap.
Post a Comment