Sepuluh ADUN Barisan Nasional dilaporkan memulaukan DUN pada hari kedua persidangan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - selepas beberapa orang menerima ugutan.Tiga ADUN Barisan Nasional membuat laporan polis malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - daripada pegawai kanan kerajaan negeri.Wakil Paka, Zakaria Abdullah dan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam, lapor Bernama.
Sementara ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri, lapor agensi berita itu lagi.Dalam SMS itu, katanya, individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing- dilaporkan berhubung ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN yang semalam."Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dia tidak boleh ugut sesiapa pun, apatah lagi saya sebagai wakil rakyat. "Nyawa orang tidak boleh nak ugut... saya tidak pasti kenapa saya menjadi sasaran," Abdul Halim dipetik berkata.Tambahnya, pegawai itu telah menghantar mesej berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".
sumber Malaysia Kini
2 comments:
apa kehalnye OMNO dgn OMNO pung nak gaduh...buat malu kaum je...lain2 bangsa senyum ketawa melayu ngn melayu pung gaduh nak jadi MB... entah2 si rasool tu yg gian nak jadi MB... kan dah lama dah dok idamkan kerusi punggung empok 2. bagai2 cerita boleh di ceritakan asalkan niat busuk jadi nyata....
dasar manusia tamak... itulah jadiknye?.
Lebih malu islam same islam bergaduh.....Buat malu umat jer
" Demokrasi le katekan...."
Adakah demokrasi ini akan menghancurkan islam dan umatnya.
Pemimpin2.....pikir la korang oi
Itulah....tangan2 manusia
Post a Comment