Sekitar gambar PRK Bukit Gantang- Generasi perubahan




Generasi pewaris kepimpinan dan penegak keadilan jauh sekali untuk dieksploitasi sebagaimana yang didakwa oleh BN melalui poster besar sepanjang kempen.

Kanak-kanak ini adalah lambang kepada satu generasi yang akan sentiasa bersedia untuk bangun bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam memperbetulkan segala kemungkaran dan kezaliman oleh BN.


Kanak-kanak ini adalah bukti bahawa Pakatan Rakyat tidak ketandusan pelapis walaupun pada tahap ini mereka ini belum boleh memikirkan soal politik tapi bak kata orang tua " melentur buluh biar dari rebungnya" yang hendak dididik di sini bukannya fahaman politik tapi fahaman kebenaran dan benci kebatilan.






"Insyaallah masa depan ku akan dipenuhi dengan warna-warna kedamaian dan dipenuhi dengan suara-suara kebenaran bersama pemimpin yang sentiasa menjadikan Islam sebagai panduan dalam semua urusan"








" Akulah generasi yang akan menyambung perjuangan ibu bapa ku seandainya mereka telah pergi. Aku lah yang bakal menggegarkan kebatilan dan kejahatan dan akan ku serapkan nur-nur islam dari mulut dan lidah-lidahku yang petah berpidato yang ku warisi dari moyangku yang berani berjuang untuk Islam. Hidupku tak akan gentar dengan ugutan dan ancaman. bagiku Islam adalah ruang yang terbaik untuk aku berdiri sebagai pemimpin di masa hadapan"









" Kami berlainan agama tapi kami mewakili suara rakyat. Kami faham perjuangan yang dibawa oleh PAS. Kami tidak mudah dimomok dan diracuni pemikiran kami dengan ketakutan untuk bersama-sama Pakatan Rakyat. Prinsip kami adalah mudah. Pemimpin yang berusaha ke arah kebaikan dan kemakmuran serta menegakkan keadilan dan tidak mengetepikan hak kami akan kami sokong. PAS adalah pilihan kami walaupun sebagai penyokong. PAS mewakili suara rakyat tanpa mengira kaum. PAS FOR ALL"





" kami datang dari jauh atas nama KELAB PENYOKONG PAS TERENGGANU. Visi kami adalah memberi sokongan kepada PAS dan menyokong penuh kepimpinan PAKATAN RAKYAT. Kemenangan PAS adalah kemenangan kami dan rakyat Malaysia. Walaupun kami dari agama dan warna kulit yang berbeza tapi matlamat kami adalah satu iaitu memperjuangkan kebenaran dan tidak mahu pemimpin yang RASUAH"








" Warna kulit bukan ukuran. Matlamat adalah sama. PAS FOR ALL. Bukan untuk orang Melayu Islam sahaja tapi untuk semua kaum yang celik kebenaran. Kami sudah lama berada dalam kepompong BN yang telah banyak meminggirkan kami dan memenjarakan pemimpin-pemimpin kami tanpa bicara ke dalam ISA" Pemimpin kami bersuara hanya semata ingin menuntut kebanaran tapi pemimpin kami dibalas dengan ISA. PAS menentang ISA. Kami pun menentang ISA. sebab itu kami sokong PAS"







"PAS UNTUK SEMUA". Tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Dulu kami takut dengan PAS sebab BN kata SOKONG PAS nanti ada hukum hudud dan tangan kena potong yang lelaki pula kena sunat. Tapi saya tengok kaum Cina di Kelantan hidup harmoni di bawah PAS. Kalau orang Cina di Kelantan sokong PAS kenapa kami orang cina di Perak tak boleh sokong PAS. Saudara kami yang berada di Kelantan selalu puji Tuan Guru Hj. Nik Aziz. seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mengambil berat kebajikan kaum Cina"

3 comments:

Anonymous said...

ITU KAT KELANNTAN, EXCO MAJORITI SMUA ORG PAS. KAT PERAK NI MAJORITI EXCO DULU ORG APE BRO....KLU AKU ORG KLANTAN MMG AKU LEH BANGGA DGN NIK AZIZ DAN MESTI AKU NK BALIK KE KLANTAN.
..........U TAK NAK BALIK KLANTAN KER???????

Anonymous said...

Salam Bro,

1) Dalam Islam ada istilah kafir Harbi dan kafir Zimmi.
2) Kita juga kena ambik kira keuntungan ke atas Islam. kalau orang Islam tak nak Islam dan org bukan Islam lebih toleransi terhadap Islam, bermuamalah dengannya tak menjadi hal cth; Kisah Rasulullah mencagarkan baju besi nya kepada Yahudi.

Salam.

p/s: To webmaster, bertudung hijau tu anak kawan, Sayyidah Nafisah. Takbirr!!!!

WARUNG PAK KATIB said...

Kirim salam kat Sayyidah Nafisah dan keluarga...pak katib sempat bertemu di Pusat pengundian SK Simpang