Terkini di Simpang. Update : 10.50am

10.00 am ,- Pusat pengundian di Simpang berjalan lancar. Tiada insiden yangtidak diingini berlaku.

- Persaingan agak sengit dengan perayu BN dan PAS saling berebut pengundi

- Kelihatan seorang perayu BN dari wanita UMNO cuba telah merampas kertas berlambang bulan dari pengundi dan digantikan dengan lambang dacing.

- Muslimat PAS terdiri daripada muslimat yang datang dari Johor. Keadaan semakin panas dengan ke dua-dua perayu bersorak-sorak sambil melaungkan " Derhaka" dan " Rasuah-Rasuah".

1o.30am -Jalan raya sudah semakin sesaksekarang ini . Laluan dari Simpang menghala ke Changkat Jering semakin sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Polis trafik sedang bertungkus lumus mengawal lalu lintas.

- Maklumat dari kawasan pengundian Sungai Rotan lebih berpihak kepada PAS- Lebih ramai pengundi Cina memberi undi kepada PAS

- gambar-gambar dari pusat pengundian akan diuploadkan dalam satu jam lagi kerana capaian broadband tidak mengizinkan dan terlalu perlahan

1 comment:

Anonymous said...

Salam Pak Katib,

Tak der gambo kita orang ke perayu undi kat Simpang, esp gambar budak kecik berbaju hitam dan bertudung hijau sambil melambai kan "Tangan Hijau"

Jazakallah