Terkini : Pergaduhan melibatkan dua penyokong- FRU bersiap sedia



7 Apr- Air Kunig, Pergaduhan melibatkan penyokong PAS dan BN tercetus di kawasan pengundian SMK Pengkalan Aur berhadapan dengan Markaz PAS negeri Air Kuning. . Pergaduhan dikatakan tercetus akibat provokasi yang diwujudkan oleh pemuda BN yang membaling kerusi. Difahamkan ianya juga berpunca dari ramainya penyokong PAS yang berada di situ dan menyebabkan melepasi kawasan yang dibenarkan oleh SPR.

Muslimat PAS tidak berpuas hati terhadap SPR merayu kepada SPR supaya menutup laluan dan hanya membenarkan laluan utama sebagai pintu masuk ke tempat pengundian memandangkan laluan kedua itu ke pusat pengundian berhampiran dengan khemah BN dan ianya akan memberi kelebihan kepada perayu undi serta menganggu pengundi yang ingin mengundi PAS. Walaubagaimanapun rayuan ini tidak diendahkan oleh pegawai SPR atas alasan ianya diluar bidang kuasa SPR. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati muslimat PAS dan menganggap keputusan SPR tidak mahu menutup laluan ini sebagai berat sebelah dalam menghadkan jarak kepada penyokong PAS memandangkan BN mendirikan khemah berhampiran dengan laluan utama sedangkan khemah PAS berada jauh dari laluan.

Ketegangan mula tercetus akibat provokasi yang diwujudkan oleh BN dan menyebabkan kejadian baling membaling objek terhadap penyokong.





Pihak Polis berjaya mengawal keadaan dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bertenang. Polis FRU juga telah pun bersiap sedia dengan 4 buah trak bagi menghadapi kemungkinan yang lebih buruk berlaku.

Bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk dan hasil perbincangan Yb. Ust Nasaruddin mat Isa dengan SPR dan pemimpin BN , Timbalan Presiden PAS YB. Ust. Nasaruddin mengarahkan penyokong PAS supaya balik semula ke khemah dan menasihatkan penyokong PAS supaya bersabar supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pengundian.

- Pakkatib

No comments: