SPEAKER TIDAK KEBAL


Kiriman melalui email oleh : Mat Gedek



Semenjak dua menjak ini, Zamry MB Perak yang dilantik melalui rampasan kuasa gembira betul. Apa tidaknya, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perintah penggantungan selama 18 bulan ke atas beliau dan 12 bulan ke atas enam anggota exco kerajaan negeri oleh Speaker negeri V Sivakumar, adalah tidak sah dan batal. Mahkamah membuat keputusan demikian kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Oleh itu Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alauddin, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Hakim Alauddin dalam penghakimannya berkata perintah penggantungan oleh speaker ke atas MB Perak dan enam orang exconya melampaui perlembagaan negeri.


Hakim ini juga berkata di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak, mahkamah mempunyai kuasa menyelesaikan saman pemula difailkan oleh Zambry dan enam anggota exco di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac. Dengan perintah mahkamah ini, kekebalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwar-warkan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya kecuali Parlimen sendiri meminda perlembagaan adalah meleset. Apa yang sebenarnya speaker tidak kebal.


Keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN boleh dicabar di mahkamah dan jika penyaman boleh membawa bukti yang menyakinkan mahkamah, keputusan speaker akan dibatalkan. Peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyebut; Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: 'Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah'. Begitu juga fasa; Perkara 72(2): 'Tiada seorang pun boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya'.


Pentafsiran kekebalan speaker DUN ini sendiri dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan. Katanya kekebalan itu dihuraikan secara jelas dalam Perkara 72(1) dan 72(1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 2 dan 3 Enakmen Dewan Undangan Negeri Perak (Hak Istimewa) 1959. "Ia selaras dasar pemisahan kuasa antara eksekutif (kerajaan), legislatif (Parlimen) dan kehakiman yang menjadi asas amalan demokrasi negara bagi memastikan tiada campur tangan tiga badan terbabit Kedua-dua ‘perkara’ di atas tidak boleh dijadikan hujah kekebalan speaker kerana perlu dibaca dengan Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak sepermana yang di putuskan oleh mahkamah. Namun peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah tetap berpendapat tindakan Speaker Perak tidak bertujuan melanggar undang-undang dan perintah penggantungannya terhadap Zambry dan enam anggota exco itu adalah betul.


Tetapi Hakim Mahkamah Tinggi pula secara sebulat suara mengatakan tindakan speaker terbatal dan tak sah kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Nampaknya rakyat telah diberikan maklumat yang mengelirukan mengenai krisis perlembagaan di Perak. Yang hairan, bagaimana peguam-peguam PR dan Majlis Peguam sendiri yang pakar dalam selok-belok undang-undang seolah-olah tidak tahu akan wujud Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak. Artikel ini membolehkan mahkamah membatal keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN. Sehubungan dengan itulah Zamry dan UMNO sendiri sangat gembira dengan keputusan mahkamah ini


. Dalam kenyataannya, Zambri meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan mahkamah hari ini. Memang patut beliau gembira kerana krisis yang berlaku di Perak sudah hampir sampai ke penghujungnya dan beliau akan di isytihar sebagai pemenang. Selepas ini beliau akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada jawatan MB dan memasang impian kepada jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO. Sama ada jawatan MB itu diperolehi daripada rampasan kuasa dan disahkan oleh mahkamah, tidak menjadi soal. Benarkah begitu, adalah Zamry akan diisytihar menang pada pusingan ini.


Sebenarnya keputusan mahkamah ini belum membolehkan Zamry diisytihar sebagai pemenang. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak menyebut Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga Adun Lompat atau mana-mana Adun masuk ke dalam dewan Dun. Keputusan mahkamah hanya membatal pergantungan Zamry dan enam anggota exco kerajan negeri daripada menghadiri sidang DUN dan tidak melibatkan Adun Lompat.Sebab itu menurut peguam Sivakumar, mereka akan tunggu dan lihat apa akan berlaku kerana Speaker masih ada di persidangan itu nanti. Ini bermakna Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan Adun-Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar daripada menghalang UMNO memerintah negeri Perak.



oleh : Mat Gedek

UPU Bendang Siam adakan majlis kesyukuran sempena kemenangan




Syukur Alhamdulillah atas kemenangan PAS-pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecik P059 Parlimen Bukit Gantang. Kemenangan yang besar ini adalah bukti yang jelas bahawa BN yang didokong oleh UMNO sudah hilang bisanya dan sudah tidak mampu lagi untuk mengigit. Walaupun saban malam di sepanjang tempoh berkempen UMNO-BN menggunakan seluruh media kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik BN yang tenat itu namun rakyat di Bukit Gantang cukup bijak menilai dan sekaligus mentalkinkan UMNO-BN di Bukit Gantang.



Kekalahan UMNO-BN kali ke 4 berturut-turut dalam PRK ini sekaligus meletakkan nama UMNO-BN bersama-sama kelompok parti yang tidak lagi releven dalam senario politik semasa.






Bertempat di Matkaz Pemuda Kg. kepala Bukit pada 18 April lalu telah kesyukuran bagi meraikan kemenangan PAS yang dianjurkan oleh AJK PAS UPU Bendang Siam diadakan Majlis kesyukuran dan kemenangan. Majlis yang turut dihadiri oleh YB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang serta beberapa pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang bersama-sama dengan kelab Penyokong PAS dari kaum Cina dan India.







Jamuan kesyukuran ini telah dihadir oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat bukan sahaja dari sekitar Parlimen Bukit Gantang tetapi juga dari negeri-negeri lain yang berhampiran.




Pada sebelah malamnya majlis ini dihidangkan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Halaqat dari Kelantan yang menampilkan jogho veteren Daud Bukit Aba
Orang ramai yang hadir pada sebelah malamnya bagi menyaksikan persembahan dikir barat cukup teruja dengan konsep baru persembahan yang membawa lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat.





- pak katib






Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak



oleh : Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 17, 09 10:14:14 pm MYT ( sumber harakah daily)


Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.


Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.


Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.


Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.


Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah


Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.


Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.


Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:


1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.


2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.


4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.


6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.


7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.


8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan
.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.


Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.


Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.


Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.


Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.


Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.


Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Yakinlah, Jika UMNO yang ada hari ini kalah orang Melayu tidak rugi apa-apapun !


Kiriman melalui email oleh : Mat Kude




Seluruh orang Melayu seharusnya sudah membuat keputusan yang tekad dan bulat untuk menolak UMNO/BN dalam mana-mana pilihan raya kecil jika berlaku lagi dan pilihanraya kebangsaan ke 13 nanti. Tidak perlu lagi ada perasaan; "jika UMNO kalah orang Melayu tidak akan selamat".


Ini merupakan andaian yang karut dan terlalu lapuk. Sebaliknya jika dikaji secara realiti mahupun secara akademik, jika UMNO terus memerintah orang Melayu akan terus ketinggalan dalam serba -serbi.Kerja-kerja yang UMNO lakukan yang katanya untuk kesejahteraan rakyat memang mengecewakan.Apabila Datuk Seri Najib dilantik Perdana Menteri, kita menjangkakan perubahan ke arah yang lebih baik dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat semakin baik dan memuaskan, tetapi malang kerana segala-galanya setakat hari ini sungguh mengecewakan.Di Trengganu yang sepatutnya begitu banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan rakyat, sebaliknya UMNO melalui semua YB-YBnya termasuk Menteri Besar hanya melakukan aktiviti yang membazir dan membuang masa. Demi kuasa untuk kepentingan perut sendiri dan sudah pasti bukan kerana rakyat, sidang dewan ditinggalkan dan kononnya menjadi tidak selamat kepada YB-YB UMNO ? Kalau DUN Trengganu sudah tidak selamat bagaimana pula dengan YB-YB pembangkang yang hadir dengan tidak menghadapi sebarang bahaya? Ini menunjukkan YB-YB UMNO ini memang sedang asyik bermain politik dengan permainan yang dicaturkan oleh tok dalang mereka !Kem Ahmad Said sedang bertempur hebat dengan kem Idris Jusuh.


Tidakkah kedua-dua mereka ini faham dan mengerti bahawa mereka dipilih ke DUN Trengganu untuk berbakti kepada rakyat bukan berebut kuasa macam budak-budak ! Apakah perebutan dan perbalahan mereka itu merupakan satu bakti kepada rakyat yang memilih mereka ? Rakyat Trengganu wajar mencontohi rakyat Kuala Trengganu 'humbankan' semua YB-YB UMNO ini dalam arkib negeri.Tengok di Perlis, tak habis-habis pemimpin UMNO berebut kuasa. Shahidan Kassim masih tidak dapat terima realiti bahawa dia sudah tidak menjadi MB lagi. Konon tidak mahu serahkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kepada Isa Sabu. Hanya sanggup serahkan kepada Mahyuddn Yassn. Lagi sekali Shahidan Kassim bermain politik. Baru-baru ini Shahidan marah kerana YB UMNO puji pembangkang konon akan menguntungkan PAS. Inilah pemikiran politik yang tidak ada kelas dan sangat kolot lagi jumud. Shahidan tidak sedarkah perangai gedeber dia itulah yang sebenarnya akan banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat. Teruskanlah kegedebelanmu Shahidan Kassim kerana semua itu akan mempercepatkan rakyat terutama orang-orang Melayu menyampah kepada UMNO.Di Perak Dr Zamry masih belum sedar-sedar, masih bermain politik yang sangat merugikan orang-orang Melayu Perak. Jika Zamry ikhlas untuk merpekasakan Melayu Perak bubarkan DUN Perak segera seperti yang digesa oleh Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS.


Semakin hari orang-orang Melayu Perak semakin cerdik untuk menilai yang manakah yang menguntungkan mereka dan yang manakah pula yang akan merugikan mereka ? Jelas sikap Dr Zamry dan UMNO Perak semakin hari semakin merugikan dan melemahkan pengaruh UMNO Perak.Kata-kata Najib bahawa sikap kerajaan yang sentiasa menganggap hanya kerajaan sahaja yang sentiasa betul, rakyat yang salah sudah berlalu hanya retorik politik murahan yang tidak berkualiti langsung. Kalau Najib dan UMNO negeri benar-benar memegang kata-kata itu, rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menunjukkan bahawa selama ini UMNO/BN salah. Jadi kenapa mengambil masa lagi untuk bubar DUN Perak.Di Negeri Sembilan politik mengampu telah bermula bagi edisi Najib. Iklan dalam akhbar untuk lawatan Datin Rosmah Mansor ke Parlimen Rembau sahaja menelan kos lebih empat puluh ribu ringgit Malaysia. Apa ni ? Tidakkah ini membazir ? Sewaktu berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, Mahyuddin Yasin mengatakan antara penekanan dan gaya dalam pentadbiran baru Datuk Seri Najib ialah mengelakkan formaliti ia itu tak perlu lagi sambut pemimpin dengan cara membazir, kata Mahuyuddin ! Tak habis lagi pilihanraya, UMNO Negeri Sembilan sudah membazir wang rakyat.


Jika beginilah caranya, boleh lagikah orang-orang Melayu mempercayai UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kesejahteraan mereka?Pandang pula ke Melaka, orang yang telah didapati bersalah terlibat dalam rasuah politik sewaktu kempen pemilihan UMNO masih dibenarkan oleh UMNO pusat untuk menjadi Ketua Menteri. Khairy yang terlibat dalam rasuah politik tidak dapat jadi menteri. Syed Hamid yang adalah masalah politik wang digugurkan. JJ yang ada masalah juga tidak dilantik semula. Azlina yang ada masalah juga tidak dilantik. Ali Rustam yang didapati bersalah terlibat rasuah politik terus menjadi Ketua Menteri Melaka.Inilah integriti cara UMNO.


Orang-orang Melayu tidak perlu lagi berfikiran jika UMNO kalah orang melayu akan rugi. Semua ini sudah tidak relevan lagi. Orang-orang Melayu akan terus rugi dan tertekan dinegara sendiri jika terus berusaha memenangkan UMNO pimpinan Najib ini.Saya yakin rakyat semakin menyampah dengan permainan politik yang tiada kepentingan dan kaitan langsung dengan usaha memartabatkan maruah dan memajukan bangsa Melayu melainkan demi kepentingan mereka masing-masing. Sungguh memalukan.Yakinlah jika UMNO kalah orang Melayu tidak rugi apa-apapun !



oleh : Mat Kude


16 April 2009

BOLA SEPAK KELANTAN OH BOLA SEPAK KELANTAN

Kiriman melalui email oleh : Mat Jet
Bola sepak Kelantan sering mengundang kontroversi, baik di padang atau luar padang. Manakala prestasi pasukan negeri juga sering turun naik. Namun akhir-akhir ini sejak pasukan bolasepak Kelantan berubah teraju pemimpin, banyak kemajuan telah dicapai.

Dulu sewaktu dipimpin oleh pemimpin lama, pasukan Kelantan merosot permainannya dan sering kalah kepada pasukan lain. Kemerosotan ini menyebabkan pasukan Kelantan jatuh ke division bawah. Pada masa itu rakyat Kelantan malu untuk bercakap pasal bola sepak dan tidak berminat untuk mengunjungi stadium menyaksi perlawanan bola sepak antara pasukan Kelantan dengan pasukan luar.
Add Image
Mengikut sejarah, ramai pemain-pemain bola sepak kelahiran Kelantan yang telah menempa nama di peringkat nasional dan mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa. Nama-nama seperti Hamid Ramli, Hashim Mustafa, Kamaruddin Mohd Nor dan Afendi Hamzah pernah mengharumkan nama negara dalam bola sepak. Sekarang pun ramai pemain kelahiran Kelantan yang mewakili kelab dan negeri- negeri dalam liga tempatan.

Sejak Annuar Musa menerajui KAFA, pasukan bolasepak Kelantan telah berubah. Kini pasukan Kelantan berada dalam senarai 3 pasukan terbaik dalam liga Premier. Pasukan-pasukan lain sentiasa menghormati dan memandang tinggi keupayaan pasukan Kelantan apabila mereka bermain dalam perlawanan- perlawanan liga tempatan. Rakyat Kelantan sangat bangga dengan pasukan mereka. Tidak kira orang PAS atau UMNO apabila pasukan Kelantan menentang pasukan lain, mereka akan bersatu menyokong. Stadium yang boleh muat 20 ribu penonton melimpah keluar.


Tidak dinafikan kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh pasukan Kelantan sekarang adalah hasil daripada kepimpinan baru KAFA yang diterajui oleh Annuar Musa. Beliau telah berjaya mencungkil dan mengilap bakat-bakat baru anak-anak muda Kelantan. Beliau juga berjaya membawa masuk beberapa orang pemain yang berkeliber dari negeri lain untuk bermain dengan pasukan Kelantan.

Baik juga kekalahan Annuar dalam pilihanraya umum lalu. Bakat Annuar nampaknya lebih terserlah dalam bidang pengurusan bola sepak berbanding politik. Selepas ini mungkin lebih baik Annuar bersara daripada bidang politik dengan menumpukan lebih masa kepada memajukan bola sepak. Mula-mula bola sepak Kelantan, kemudian bola sepak peringkat nasional. Apatah lagi bola sepak negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Kalaupun Annuar bersara daripada politik, elok diberi jawatan pengerusi mana-mana agensi kerajaan untuk beliau gunakan sebagai platform untuk memajukan bola sepak. Sekarang beliau diberi jawatan pengerusi KADA, dapatlah beliau menggunakan kemudahan KADA untuk kepentingan bola sepak Kelantan. Peruntukan yang diterima oleh KADA untuk memajukan sektor pertanian boleh digunakan untuk membeli pemain-pemain handal. Bangunan KADA di Kg Chicha, Kubang Kerian telah pun diubah suai dijadikan pejabat KAFA. Dapatlah pegawai-pegawai KAFA dan pemain-pemain berehat dan berkarokeo.

Namun baru-baru ini berlaku suatu peristiwa yang malang kepada pasukan bola sepak Kelantan yang mencalar imej KAFA dan negeri Kelantan. Peminat-peminat bola sepak Kelantan dikatakan telah melakukan rusuhan kerana kecewa dengan kekalahan pasukan mereka dengan pasukan pelawat, Negeri Sembilan. Ekoran daripada itu mereka telah membakar trak polis, memecah cermin kereta dan bergaduh.


Mengikut kawan-kawan yang datang menyaksikan perlawanan tersebut, rusuhan itu berlaku berpunca daripada tindakan pihak polis yang telah menangkap seorang penonton kanak-kanak yang membakar mercun dan polis telah memperlakukan tindakan yang tidak wajar. Peminat Kelantan juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak keselamatan yang menghalang peniaga-peniaga membawa masuk air ke stadium melalui tali. Jadi punca rusuhan itu bukan semata-mata kerana kecewa dengan kekalahan pasukan mereka atau penjaga gawang Halim Napi yang mengkasari pemain pelawat.

Dalam pada itu ada kawan-kawan yang memberitahu mengenai suasana dalam Stadium Sultan Mohammad ke 4 semasa perlawanan bola sepak berlangsung. Segelintir peminat Kelantan sangat fanatik, mereka akan memaki hamun dengan kata-kata kesat jika mereka merasakan keputusan pengadil tidak adil atau pemain lawan bermain kasar. Mereka juga akan berpaling tadah dengan memaki hamun pasukan mereka jika pemain tidak bermain dengan baik.

Kemudian mereka akan melontar dengan objek-objek tertentu apa saja yang ada di tangan termasuklah air botol atau selipar dan kasut pun ke bawah atau ke padang. Objek itu jika sampai ke padang terkenalah sasarannya dan jika tidak sampai akan terkena penonton lain. Oleh itu jika kita tidak tahan mendengar caci maki dan hamun atau takut terkena selipar melayang lebih baik cari tempat duduk berbumbung atau tempat yang tidak strategik.

Keadaan-keadaan inilah yang sebenar menjadi punca rusuhan. Sikap dan perangai segelintir peminat bola sepak Kelantan yang sangat fanatik. Peminat ini datang ke stadium bukan untuk menikmati permainan bola sepak tetapi untuk berseronok membuat bising, memaki hamun dan mengacau orang lain. Selepas itu apabila pihak keselamatan mengambil tindakan mereka akan merusuh. Mereka akan puas apabila melakukan perkara tersebut.


Setengah orang mengatakan perkara ini berlaku kerana peminat-peminat bola sepak Kelantan sangat fanatik. Dan semangat fanatik, melakukan rusuhan dan kekacauan adalah faktor genetik. Seawal tahun 60-an dan 70-an orang Kelantan sudah fanatik dengan bola sepak. Dalam perlawanan bola sepak pada ketika itu boleh dikatakan kerap berlaku pergaduhan antara pemain dalam padang dan antara peminat di luar padang. Begitu juga peristiwa membakar bas pelawat menjadi kebiasaan di Kelantan.

Di saat peminat bola sepak mula datang membanjiri stadium, FAM seharusnya membuat keputusan yang bijak bagi menangani bola sepak Kelantan. Memindahkan perlawanan dari Stadium di Kota Baharu ke Stadium Nasional, Bukit Jalil menyebabkan kantung KAFA akan merosot. Bagaimana KAFA akan membayar gaji pemain jika pendapatan kurang. Mengambil peruntukan kerajaan kepada KADA untuk membayar gaji pemain menyebabkan petani pula teraniaya. Tentunya FAM dapat memikirkan langkah yang lain untuk menghukum pasukan Kelantan tanpa membunuh bola sepak Kelantan. Lagi pun rusuhan itu dilakukan oleh segelintir peminat sahaja.

Sebab itu kita alu-alukan langkah Presiden KAFA, Annuar Musa menarik balik hasratnya ingin menarik pasukan Kelantan daripada bertanding dalam liga bola sepak Malaysia. Kita faham Annuar kecewa dengan cara FAM menghukum pasukan Kelantan. Masih banyak lagi ruang untuk memulihkan keadaan ini. Kerajaan Kelantan juga perlu membantu untuk mengatasi kemelut ini. Lupakan fanatik kepartian demi untuk bola sepak Kelantan.
Oleh Mat Jet

Keputusan Mahkamah dalam ikes penggantungan EXCO Perak




Keputusan mahkamah telah pun dibuat dan Pakatan Rakyat harus menerima keputusan ini secara terbuka. Mungkin ada di kalangan pembaca yang merupakan pakar undang-undang dan melihat ada yang tak kena dengan keputusan ini. Boleh kita kongsi sama-sama pandangan. Sila tinggalkan komen anda berkaitan dengan keputusan mahkamah ini diruangan komen tidak kira dari parti mana pun.

terima kasih

-Pak Katib

Keputusan Pilihanraya -12 DUN Penanti





Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia dari sekarang. Pertempuran seterusnya bermula. Persiapkan segala jentera dan kerahkan segala tenaga.

PRK di DUN Penanti-ADUN Penanti letak jawatan


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan satu muka hari ini.

"Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga," katanya.

Mohammad Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Mac tahun lalu, meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri.

Ketika ini, Mohammad Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.

Jelas beliau, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya.

Dalam kenyataan itu juga Mohammad Fairus merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Keputusan ini adalah untuk kebaikan smeua, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.


sumber : mstar

Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Panel memutuskan perkara itu selepas mendapati tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan dilakukan tanpa mengikut kuasa yang betul.

Peguam yang mewakili Zambry, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata pihaknya berasa gembira dengan keputusan mahkamah pada hari ini kerana ini menunjukkan tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang yang diperuntukkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

"Inilah masanya untuk terus kehadapan dan memastikan Perak akan ditadbir dengan baik dan persidangan DUN dapat diteruskan.

"Sekarang terpulang kepada Sultan Perak untuk memberi perkenaan bila sidang DUn tersebut akan diadakan," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk melakukan semakan semula untuk keputusan tersebut dan akan melihat tindakan susulan yang boleh diambil.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.


sumber mstar

UPU Bendang Siam adakan majlis kesyukuran sempena kemenangan




Syukur Alhamdulillah atas kemenangan PAS-pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecik P059 Parlimen Bukit Gantang. Kemenangan yang besar ini adalah bukti yang jelas bahawa BN yang didokong oleh UMNO sudah hilang bisanya dan sudah tidak mampu lagi untuk mengigit. Walaupun saban malam di sepanjang tempoh berkempen UMNO-BN menggunakan seluruh media kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik BN yang tenat itu namun rakyat di Bukit Gantang cukup bijak menilai dan sekaligus mentalkinkan UMNO-BN di Bukit Gantang.



Kekalahan UMNO-BN kali ke 4 berturut-turut dalam PRK ini sekaligus meletakkan nama UMNO-BN bersama-sama kelompok parti yang tidak lagi releven dalam senario politik semasa.






Bertempat di Matkaz Pemuda Kg. kepala Bukit pada 18 April lalu telah kesyukuran bagi meraikan kemenangan PAS yang dianjurkan oleh AJK PAS UPU Bendang Siam diadakan Majlis kesyukuran dan kemenangan. Majlis yang turut dihadiri oleh YB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang serta beberapa pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang bersama-sama dengan kelab Penyokong PAS dari kaum Cina dan India.







Jamuan kesyukuran ini telah dihadir oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat bukan sahaja dari sekitar Parlimen Bukit Gantang tetapi juga dari negeri-negeri lain yang berhampiran.




Pada sebelah malamnya majlis ini dihidangkan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Halaqat dari Kelantan yang menampilkan jogho veteren Daud Bukit Aba
Orang ramai yang hadir pada sebelah malamnya bagi menyaksikan persembahan dikir barat cukup teruja dengan konsep baru persembahan yang membawa lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat.





- pak katib







10 ADUN boikot DUN kembali hari ini


PETALING JAYA: Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, menghadiri semula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pagi ini - akur arahan Perdana Menteri dikeluarkan semalam.


Maklumat diperoleh menunjukkan sehingga pukul 9.45 pagi tadi kesemua 10 ADUN tiba di DUN walaupun 15 minit sebelum itu hanya dua orang wakil rakyat terbabit kelihatan berada dalam Dewan.


Mereka yang memulaukan sidang semalam ialah ADUN Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).


Rosol ketika dihubungi 7.30 pagi tadi mengesahkan kesemua mereka akan hadir sidang hari ini.
"Presiden kita (Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) telah meminta kami supaya hadir sidang dan Ketua Polis Terengganu juga telah memberi jaminan berhubung keselamatan kami.
"Kami tidak bimbang dengan soal keselamatan... jadi kami kesemua 10 ADUN akan menghadiri sidang pagi ini," kata Rosol mewakili wakil rakyat berkenaan ketika dihubungi di Kuala Terengganu.


Sidang DUN bermula pukul 9.30 pagi ini.


Sepuluh ADUN BN itu, buat kali pertama dalam sejarah negeri Terengganu memutuskan untuk memulaukan sidang DUN pagi semalam atas alasan menerima SMS ugutan dan keselamatan mereka terancam.


Semalam Perdana Menteri Najib mengarahkan kesemua ADUN itu yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.
"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar jadi tidak ada kesahihan SMS yang dihantar," kata Najib di Putrajaya.
Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung hari ini.
Ketika ditanya sama ada mereka telah dihubungi Najib ataupun Timbalan Perdana Menteri sejak kejadian itu, Rosol memberitahu:


"Saya dimaklumkan Datuk Seri Idris ada menerima panggilan."
Bagaimanapun kata beliau, mereka tidak menerima apa-apa panggilan ataupun ada menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.


Semalam Rosol memberitahu bahawa tindakan memboikot itu dibuat kerana beliau bersama ADUN Paka dan Permaisuri telah menerima SMS berbentuk ugutan malam kelmarin, yang mengancam nyawa mereka.


Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu berkata, SMS yang dihantar oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu selepas disemak pada diari kerajaan negeri adalah serius kerana ia berbunyi: "Baik jangan teruskan niat Yb, YB tak sayang nyawa?.
Rosol berkata, SMS ugutan itu dipercayai berkaitan dengan ura-ura kononnya Adun BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada sidang DUN kali ini yang bermula kelmarin.


sumber mstar

lirik lagu dari ND Lala-Buat YB YB Semua


DIARY YB


Bangun pagi-pagi,

tamu dah menanti

Bukan nak minum kopi

tapi nak tanya pasal subsidi


Hai belum sempat sarapan

dah ada satu panggilan

Kaum kerabat orang kanan

nak minta surat sokongan


Jam baru pukul lapan YB kena lawat kawasan

Tapi di tengah jalan pengundi tahan minta bantuan

Disambut dengan kompang ayam itik banyak lah tumbang

Kemudian ditunjuk jalan berlubang disuruh YB segera timbang


Pada waktu tengahari ada pula jemputan kenduri

Kalau YB tak pergi silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk orang sakit YB jenguk

Hai teruk ke tak teruk poket tetap YB kena seluk


Ketika awal petang

ada satu sidang

YB tak boleh tak datang

takut nanti kerusi terbang


Sebelum senja YB ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala

Sambil itu mereka bertanya

jersey baru kami macamana


Bila malam tiba

ceramah jadi agenda

Kalau YB tak bersedia

kena tanya mungkin kes nanya


Bila habis berceramah

kampung lain YB singgah

Bukan sekadar menjengah

tapi nak tinjau masaalah


Walau dah lenguh badan

YB balik ke cawangan

Ditanya orang harapan

apakah strategi lawan


Lewat malam digerai tepi jalan

YB berembun melayan kawan-kawan

Dengar pendapat dengar pandangan

sambil itu kenalah belanja makan


Sewaktu YB balik

burung hantu pun rasa pelik

Isteri sendiri dan tak larat celik

anak-anak pun dah lama tergolek


Selepas YB mandi YB belek itu dan ini

kemudian picit-picit jari sendiri

cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari YB tak tidur lagi

Esok pagi-pagi dah ada tamu menanti .......................... Assalamualaikum YB


BEGINILAH HIDUP YB YANG BERJIWA RAKYAT


Krisis di T'ganu: ADUN diugut, boikot DUN


Sepuluh ADUN Barisan Nasional dilaporkan memulaukan DUN pada hari kedua persidangan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - selepas beberapa orang menerima ugutan.Tiga ADUN Barisan Nasional membuat laporan polis malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - daripada pegawai kanan kerajaan negeri.Wakil Paka, Zakaria Abdullah dan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam, lapor Bernama.


Sementara ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri, lapor agensi berita itu lagi.Dalam SMS itu, katanya, individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing- dilaporkan berhubung ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN yang semalam."Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dia tidak boleh ugut sesiapa pun, apatah lagi saya sebagai wakil rakyat. "Nyawa orang tidak boleh nak ugut... saya tidak pasti kenapa saya menjadi sasaran," Abdul Halim dipetik berkata.Tambahnya, pegawai itu telah menghantar mesej berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".
sumber Malaysia Kini

'Cina, India bukan peminta sedekah'


Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA. "Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat."Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.


Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata: "Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan. "Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. "Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan." Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu. Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu.


Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. "Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan."Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.


"Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihanraya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa pilihanraya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina, malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti," Muhyiddin dipetik berkata dalam wawancara tersebut."Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.


"Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap Umno, tetapi Umno yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, Umno yang adil, Umno yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah."Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Yuan berkata pengundi Cina di dua kawasan tersebut sukar mengaitkan diri mereka dengan BN kerana ia tidak lagi menegakkan yang terbaik di Malaysia.""Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi.


Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil, tidak lagi berkesan dan meyakinkan," katanya. "Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."Chang sebaliknya mencadangkan idea "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak haruslah diberikan lebih penekananan kerana ia boleh memberi makna sebenar perjuangan BN.Selain mencadangkan kempen bersama antara pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk semua kaum, Chang menambah, ramai pengundi kini terpengaruh dengan slogan keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat Sementara tokoh DAP Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai "pengesahan" bahawa BN mengaku bersalah mengamalkan politik wang ketika pilihanraya, menggunakan dana awam khususnya dalam bentuk projek pembangunan sebagai umpan untuk meraih sokongan pengundi.


Mengulas wawancara dengan ahli parlimen Pagoh bertajuk 'Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah', Lim menafikan pengundi Cina dan India ingin menjadi "kuasa penentu" politik dengan menyisihkan Melayu dalam lanskap baru politik. Beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu "jelas sekali tidak sesuai, paling mengejutkan dan menyinggung perasaan" sebagai timbalan perdana menteri yang baru dan bertanya "apakah ini yang dimaksudkan oleh 'Satu Malaysia' Najib?""Tugas pertama jemaah menteri Najib pada mesyuarat pertama Rabu ini ialah menakrifkan maksud slogan 'Satu Malaysia' bagi memastikan ia menjadi motto perpaduan dan bukan perpecahan," kata Lim.Dalam kenyataan sama, Lee menambah pengundi Bukit Gantang menolak BN berdasarkan beberapa faktor, termasuk isu tanah milik sementara (TOL) dan rungutan nelayan di Kuala Sepetang yang belum berjaya diselesaikan. Isu-isu nasional yang dipertikaikan pengundi bukan Melayu termasuklah pengagihan tidak sama rata biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diskriminasi untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak kebebasan berpolitik yang terhad.Lee turut mengungkit sumbangan kaum Cina sejak sebelum 1957, menghantar perwakilan negara untuk berunding kemerdekaan di London sehinggalah menentang Indonesia pada era Konfrontasi 1960-an. "Oleh itu, untuk memenangi semula hati masyarakat Cina, BN mesti melakukan lebih daripada sekadar menyumbang RM1 juta pada pilihanraya kecil," katanya.


sumber Malaysia kini

Nik Aziz: Hanya yang layak boleh tawar diri tanding



MACHANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.
Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan.
"Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding.
"Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia," katanya.


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.
"Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah.


"Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa," katanya.
Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini. BERNAMA


sumber : mstar



Kes menipu: Bekas MP Wilayah ditahan SPRM

PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes penipuan.
Ahli politik veteran itu yang ditahan di ibu negara pukul 8.30 malam tadi, dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Dia kemungkinan dikenakan dua tuduhan. The Star memetik sumber melaporkan, bekas wakil rakyat berkenaan dijangka didakwa di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan.
Ahli politik itu dikatakan telah mula disiasat sejak lebih setahun lalu dan mempunyai dua kad pengenalan, yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta dan memperoleh pinjaman bank.
SPRM telah membuka semula kertas siasatan walaupun sebelum ini menemui jalan buntu ekoran ketiadaan bukti mencukupi.

sumber : mstar


*** Siapa agaknya bekas Ahli Parlimen ni...kenapa tak disebut sahaj namanya..buat apa nak sorok-sorok...tak kan ikan besar sorok..ikan kecil terpampang besar-besar namanya dalam surat khabar...

KESILAPAN BESAR NAJIB MELANTIK MUKHRIZ


Kiriman email oleh : Mat Jet

Oleh Mat Jet


Pulau Pandan Jauh ke Tengah


Gunung Daik Bercabang Tiga,


Hancur Badan dikandung tanah,


Budi Baik dikenang juga.


Itulah pantun yang sesuai ditujukan kepada Najib terhadap jasa dan budi baik Mahathir sehingga Najib dapat melangkah ke jawatan no. 1 negara. Banyak jasa yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib. Sepanjang Mahathir menjadi Pendana Menteri, Najib dididik dan dilantik mengetuai beberapa jawatan utama negara sebagai persiapan untuk menjawat jawatan sekarang. Dalam UMNO Najib tidak menempuh liku-liku berduri untuk menjawat jawatan. Bermula dengan jawatan Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO pun banyak bantuan yang disumbangkan oleh Mahathir kepada Najib.


Justeru itu tidak dapat tidak Najib terpaksa membalas budi baik Mahathir terhadap beliau. Dalam pembentukan kabinet pertama beliau khamis lepas, Najib telah membalas budi baik Mahathir. Mukhriz anak lelaki Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan AntaraBangsa dan Industri
Rakyat Malaysia dan orang UMNO khususnya tidak mempertikaikan kelayakan Mukhriz yang pendiam dan kurang agresif itu, tapi mereka mempertikaikan kekalahan Mukhriz dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini. Mukhriz dapat tempat ketiga di belakang Khir Toyo. Ketua Pemuda dimenangi oleh Khairy. Rakyat Malaysia juga bertanya hebat sangat kah Mukhriz walaupun kalah teruk tetap dilantik sebagai Timbalan Menteri.


Saya tidak setuju kalau ada orang berkata, hak untuk melantik Menteri dan Timbalan adalah hak mutlak Perdana Menteri dan orang lain khususnya rakyat Malaysia tidak boleh bertanya dan menyoal mana-mana menteri yang diragui kredibilitinya.
Dalam soal ini kita berterima kasih kepada Najib kerana sebelum membuat pemilihan jawatan menteri dan timbalan, beliau telah berbincang dan berunding dengan MT dan komponen dahulu. Maknanya beliau telah mendengar pandangan ahli-ahli UMNO dan komponen lain sebelum membuat keputusan. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Najib untuk mengelakkan daripada melantik pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan tidak mempunyai kelayakan.

Masalahnya tidakkah perlantikan Mukhriz dirunding dan dibincang dahulu dengan Muhyiddin dan penasihat-penasihat lain. Kita rasa kalau perbincangan dibuat Mukhriz tidak akan dilantik. Oleh itu tidak salah kalau kita kata, Najib menggunakan kuasanya kerana ingin membalas jasa Mahathir. Kita juga boleh kata bahawa Mahathir mempengaruhi Najib dalam perlantikan menteri.


Perlantikan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri merupakan suatu kesilapan besar yang dibuat oleh Najib. Kesilapan ini bukan kerana semata-mata melantik Mukhriz tetapi kerana Najib tidak melantik Khairy. Khairy adalah calon ketua pemuda yang menang dalam pemilihan baru-baru ini. Belaiu adalah Ketua Pemuda yang sah. Walaupun beliau didapati bersalah terlibat dengan politik wang, tetapi beliau dibenar bertanding dan menang.


Ada orang berhujah, Khairy tidak boleh dilantik kerana melakukan rasuah. Sebenarnya dalam UMNO jarang kita jumpa orang yang tidak melakukan rasuah. Kenapa Ali Rustam masih lagi tercegak di Melaka, sedang beliau bersalah melakukan rasuah. Adakah Mukhriz bersih tidak melakukan rasuah?


Mungkinkah Najib mahu meniru cara pentadbiran Mahathir dulu dengan tidak melantik Zahid Hamidi sebagai menteri walaupun beliau menang jawatan Ketua Pemuda sehinggakan Zahid kecewa lalu menyokong Anwar.

Di saat UMNO sedang terjejas sokongan rakyat, Najib hendaklah menyatukan dan merapatkan kembali saf perpaduan ahli-ahli UMNO. Melantik Mukhriz dengan meminggirkan Khairy menyebabkan Pemuda UMNO berpecah dan berpuak-puak. Jalan yang sebaik-baik ialah kalau tidak mahu melantik Khairy, Mukhriz pun juga jangan dilantik. Kalau nak membalas jasa Mahathir balaslah dengan cara lain.

Sekian.


Mat Jet


12 April 2009

Seratus hari seribu misi


100 hari masa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat untuk kabinet baru menampakkan hasilnya. 100 hari juga masa untuk berkabung bagi BN atas tersungkurnya UMNO-BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Cakap-cakap kedai kopi pula kurang dari 100 hari Dun Perak akan terbubar sekiranya tiada sidang DUN dalam tempoh edah.


Bagi kabinet baru Najib semuanya nampak gah, berpotensi, muka baru dan lama dan ada yang dikitar semula. Pembentukan kabinet dalam pelbagai acuan ini sudah semestinya akan menghasilkan satu impak yang agak besar. Apakah bentuk impaknya sama-sama kita tunggu. Team-team lama yang tercicir terpaksa usung bantal dari pejabat dan bawa balik ke rumah. Ada yang dah tanam bermacam cita-cita untuk memenuhi masa lapang setelah tidak lagi dibebani dengan tugas yang berat. Bekas Sri kandi Puteri UMNO pula dah pun bercita-cita nak jadi pensyarah sambilan. Tok Hamid pula dah berminat nak tulis buku. KJ pula yang tak terpilih walaupun dah lama mengidam terpaksa menumpukan kepada mengukuhkan parti khususnya dalam memancing golongan muda untuk berjinak-jinak dengan UMNO. Yang masih lagi laku walaupun dah berabad dalam kabinet akan terus menjalankan tugas. Yang masih berada di luar UMNO dah nampak berminat untuk rujuk balik walaupun sebelum ini telah ditendang keluar. Yang merajuk pula telah hilang rajuknya bila mana anak didiknya dah bersara.


MCA pula boleh senyum puas apabila banyak kerusi dalam kabinet dapat diisi walaupun sebelum ini ada kenyataan akhbar yang mengatakan timbul rasa tidak puas hati pada pembahagian kerusi kabinet.


Itulah rencah orang politik dalam UMNO. Rempah ratus yang diadunkan ini ada pro dan kontra bukan sahaja di kalangan UMNO-BN sendiri tapi juga di kalangan pembangkang yang sentiasa memantau pergerakan dan tindak-tanduk pemimpin UMNO yang menjalankan tugas. Itulah pentingnya pembangkang dalam politik Malaysia. Kalau tak ada pembangkang maknanya tak adalah orang yang nak menegur. nak harapkan orang dalam UMNO hanya tahu cakap "Yes" sahaja. Ditegur salah. tak tegur pun salah. itulah UMNO yang serba salah.


Apakah cukup dengan 100 hari masa untuk kabinet ini memberi kesan. Rasanya macam tak cukup. Kalau nak berubah dalam 100 hari lagi tak cukup. Barah dalam UMNO masih menebal. Doktor-doktor pakar dalam mengubat penyakit dengki dan cantas mencantas dalam UMNO masih tidak memberi kesan. Itu belum dikira dengan beberapa penyakit lain yang merosakkan UMNO sendiri. Politik wang tak payah cerita la. itu dah jadi budaya. Ada yang sanggup bergadai bergolok semata-mata untuk menang dalam satu-satu bahagian. Tak percaya tanya orang UMNO. Kalau tanya orang PAS nanti dikatakan orang PAS dan Pakatan Rakyat suka menuduh dan memfitnah. Sebab itulah UMNO susah nak berubah. Bila ditegur dikatakan buat fitnah. jadi biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan...dan akhirnya lihatlah keputusan di empat Pilihanraya keci. Semuanya kecundang dan majoriti kemenangan Pakatan rakyat pula bertambah.


Hidup UMNO masih lagi dengan status dan berjiwa pangkat bukannya berjiwa rakyat. Hidup UMNO hanya bertelagah antara satu team dengan satu team yang lain. Hasilnya wujudlah kawan makan kawan. Sabotaj di kalangan orang UMNO sendiri. Sentimen kemelayuan dalam UMNO yang menebal juga menjadi faktor kekalahan UMNO. Malaysia seolah-olah dah jadi hak milik melayu sahaja sedangkan bangsa lain juga nak hidup sama. Bila orang Cina dan India bagi undi kepada PAS di Bukit Gantang maka PAS pula dituduh jadi boneka DAP yang dipelopori oleh orang Cina. Permainan ayat Boneka ini sebenarnya sedikit pun tidak menjejaskan undi PAS. Malah mendapat sokongan yang padu dari orang Cina yang dulunya memangkah BN melalui MCA.


BN kena belajar kenali diri. Wakil rakyat BN kena turun padang dan lihat masalah rakyat. Bukan hanya bila tiba musim pilihanraya baru nak sibuk luluskan projek segera dan mengagihkan berbakul-bakul anak ayam. Khidmat UMNO mesti berterusan. Tak dinafikan sumbangan UMNO kepada pembangunan negara cukup hebat sehingga Malaysia disegani seantero dunia. Tapi jangan kerana terlalu yakin dengan kemajuan yang ada atas nama Malaysia maju sehinggakan rakyat di kawasan -kawasan pendalaman hidup tersepit. Jangan sampai TV3 datang menemuramah orang thaif untuk masuk dalam segmen "bersama mu" baru lah wakil-wakil rakyat turun padang untuk masuk sama dalam TV. Dekat dengan rakyat adalah tugas berterusan.


Pembiayaan UMNO jangan diagihkan untuk UMNO sahaja. Baja UMNO jangan diberikan pada penyokong UMNO sahaja. Orang PAS pun rakyat juga cuma mereka ini berbeza pendapat. Projek-projek Kerajaan tak perlulah di labelkan sebagai PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Seolah-olah di Malaysia ini ada dua kerajaan Pusat. Baja Tanaman tak perlu lah di capkan dengan lambang dacing. Buang semua benda yang memisahkan kelompok rakyat. Negeri yang berada di bawah kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat pula tak perlu lah di anak tirikan. Bagi peruntukan sama rata. Barulah nampak kerajaan BN ini adil tanpa mengira fahaman politik. Media Massa pula perlu adil. siarkan semua program yang melibatkan PR dan BN.


Bila orang dah nampak BN ini lebih telus dan adil, keuntungannya akan memihak kepada BN sendiri. Orang ramai akan berduyung memangkah BN. Barisan Nasional akan jadi kuat. Rakyat akan sejahtera. PAS, DAP, PKR akan tidak lagi meghentam sesuka hati. Hentam bukannya marah tapi nasihat. Semuanya untuk kebaikan bersama. untuk kesejahteraan Malaysia tanpa mengira kaum. BN kena dengar pandangan rakyat.


Suara rakyat suara keramat. Suara rakyat lah menyebabkan UMNO-BN semakin tenat. Dekati rakyat UMNO-BN akan kembali hebat.


Wallahuaalam


- Pak katib


11 April 2009

Kabinet Najib Perlu lebih ramai orang agama


Tahniah buat Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom , seorang tokoh agama yang terkenal bukan sahaja di kalangan anggota tentera tetapi umat islam amnya. Perlantikan beliau sebagai senator kemudiannya diangkat memegang hal ehwal agama Islam dilihat sebagai satu pendekatan yang baik bagi mengurus selia perkara-perkara yang berkaitan agama Islam.


Sememangnya UMNO memerlukan orang-orang sebegini untuk mentadbir negara selain dibantu oleh tokoh-tokoh agama yang lain seperti Dr. Mashitah, Ustaz Firdaus, Ust. Nakhaei dan beberapa orang tokoh lain. Dato' Jamil Khir Baharom yang memang seorang lantang ketika berhujah melalui forum perdana seharusnya juga perlu lantang memperbetulkan beberapa kepincangan dalam UMNO yang dilihat semakin jauh dari nur Islam bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO.


Kerusi yang diberikan bukan sekadar untuk duduk dan mengangguk sahaja atau mengiakan setiap keputusan yang dilihat bercanggah tapi perlu memberi pandangan dan nasihat sekiranya ianya berlawanan dengan lunas-lunas Islam. Jangan pula kerana telah diberi jawatan yang tinggi maka peranan sebenar sebagai orang yang menjaga hal ehwal agama hanya ditumpukan kepada orang bawahan sahaja. Orang atasan juga perlu ditegur sekiranya apa yang dilakukan tidak selari dengan kehendak Islam.


Inilah masanya untuk tokoh-tokoh dalam agama bersuara. Sekiranya pembangkang bersuara dan cuba memperbetulkan kepincangan maka pembangkang akan dituduh sebagai bermotifkan politik. Sekarang ini, ustaz-ustaz dalam UMNO pula kena bersuara. Nasihatkan kepada pengamal-pengamal politik wang tentang dosa dan pahala. Tazkirahkan mereka. Moga-moga mereka ini akan sedar dan menghentikan budaya rasuah dalam UMNO.


Ubah kembali imej UMNO supaya nampak lebih Islamik. Hidayahkan mereka ini. Yang masih tak tahu nak menutup aurat , ajarkan mereka cara menutup aurat. Serapkan mereka ilmu-ilmu agama supaya tidak mudah memutarbelitkan isu hudud atau menakut-nakutkan kaum lain tentang hukum hudud yang disarankan oleh PAS.


Sekiranya pekara ini diperbetulkan nescaya akan ramai lagi ustaz-ustaz yang ada dalam PAS juga akan masuk UMNO. Lagi ramai orang agama, lagi baik. Hantu-hantu dalam UMNO sudah pasti akan lari kerana UMNO sudah tidak lagi menjadi tempat sesuai untuk mereka berkampung dan mendambu -domba untuk mendapatkan itu dan ini.



Wallahuaalam


-Pak Katib


10 April 2009




Jom kita rilek kejap...


Terima kasih kepada yang hentam Pak Katib. Itu tandanya negara kita adalah negara demokrasi. semua orang berhak bersuara. Kerja kerajaan ke atau bukan kerja kerajaan bukan persoalannya. semua rakyat mempunyai suara dan pandangan masing-masing.


Nampaknya mereka yang menghantar komen kepada pak katib tak berapa setuju dengan beberapa tulisan Pak Katib dalam mengkritik beberapa kesalahan dalam UMNO-BN. Apa gunanya kita ada suara kalau kita langsung tak boleh bersuara. Bukan soal takut atau tidak. buka soal adil atau tidak.


Orang yang memberi komen sepatutnya melawan balik setiap tulisan pak katib dengan sebab dan fakta sekiranya tak bersetuju. Tapi yang jelasnya mereka ini hanya lebih berminat untuk menghentam pak katib daripada menjawab setiap artikel yang ditulis. Jelas di sini orang yang menghentam pak katib yang dihantar melalui komen tidak gemar berfikir secara jauh dalam merungkai beberapa permasalahan yang wujud dalam UMNO-BN.


Apa yang ditulis oleh Pak Katib adalah berdasarkan pemikiran yang bebas dan berkaitan dengan senario semasa. Apa kata Pak Katib cadangkan kepada orang yang menghentam pak katib tu menghantar satu artikel yang berkaitan dengan kelemahan dalam Pakatan Rakyat dan apa-apa jua yang dirasakan tidak menyenangkan rakyat untuk kita sama-sama bahaskan dan perdebatkan. ini adalah lebih baik dari menyerang secara peribadi.


Hantarkan artikel tersebut ke gempur2009@gmail.com. sertakan nama. kalau takut nak masukkan nama sebenar, masukkan nama samaran. saya akan publishkan ke warung Pak Katib tanpa sebarang tapisan dan selepas itu kita akan sama-sama perdebatkan. dari situ kita akan cari natijah dan kesimpulan. biar seluruh Malaysia baca pandangan tersebut dan sama-sama berbincang. Orang lain juga sedang menanti artikel dari saudara yang bergelar "Anonymous" ini.


Saya percaya orang yang memberi komen itu juga mengenali Pak Katib dan saya terpaksa menapis beberapa benda yang saya rasa tak sepatutnya diposkan demi menjaga kebaikan semua pihak.


Semoga orang yang menghentam Pak Kkatib faham dan sama-sama kita menggunakan pemikiran kita sama ada pro dan kontra ke arah kepentingan masyarakat umum bukannya untuk sesetengah individu sahaja. Sumbangkan juga idea untuk kebaikan bersama. Biar kita berfikiran terbuka. jangan kerana tak puas hati pada sesetengah artikel maka kita terus menghentam seseorang itu tanpa sebab yang munasabah.


Ayuh, tuliskan satu artikel dan jawab semua artikel yang dirasakan kurang menyenangkan. sama-sama kita bahaskan mengikut pandangan masing-masing. Itu baru betul-betul berkesan.


- Wallahuaalam


Pak Katib


10 April 2009

BN Menuju Kehancuran


Kemenangan PAS di PRK Bukit gantang dan PKR di Bukit selambau sekali lagi memberi kejutan yang hebat selepas Pakatan Rakyat telah pun menawan Parlimen Kuala Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Permatang Pauh. Entah apa yang tidak kena dengan UMNO parti yang didominasikan oleh orang Melayu sebagai kepala keretapi dan kaum-kaum lain sebagai gerabaknya hilang populariti dalam arus politik tanah air. Penganalisis politik telah merungkai banyak faktor kejatuhan UMNO dan rasionalnya UMNO-BN dalam politik masa kini.


Pemberian undi yang besar oleh masyarakat Cina di Kuala Sepetang dan orang India di beberapa tempat khususnya di Simpang Halt sekaligus menguburkan BN dan memenangkan PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihanraya umum ke -12. Apakah sebabnya orang Cina mampu hidup dengan Pakatan Rakyat. Apakah protes sebenar yang mahu ditunjukkan oleh pengundi Cina dan India terhadap BN yang selama ini didokongnya melalui MCA dan MIC.


Sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian masyarakat Cina dan India sudah pun memberi isyarat kemenangan kepada Pakatan rakyat apabila menurunkan jentera-jentera mereka yang bernaung di bawah Kelab Penyokong PAS seluruh negara berkampung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk membantu jentera PAS berkempen. Kehadiran mereka ini menyuntik semangat pengundi-pengundi Cina dan India untuk mencalit lambang bulan di kertas undi dan sekaligus memberikan PAS dan PKR juara dalam peperangan di dua bukit walaupun terpaksa akur dengan kekalahan di Batang Ai.


UMNO-BN yang masih berlabelkan semangat Melayu akhirnya terpaksa tunduk dengan kuasa rakyat yang tidak lagi mahu bersekongkol dengan pemimpin -pemimpin UMNO yang terang-terangan menghalalkan politik wang dan rasuah walaupun UMNO sendiri telah mewujudkan Biro disiplin untuk mengekang penularan politik wang di kalangan UMNO dan nampaknya biro ini tidak begitu berfungsi dengan baik sehinggakan beberapa keputusan telah mencetuskan kemarahan di kalangan UMNO sendiri.


UMNO yang pernah menggunakan moto " Bersih Cekap dan Amanah" nampaknya tidak begitu bersih apabila cuba melindungi orang-orang tertentu yang rakyat nampak bersalah dan memperkotak- katikkan undang-undang dalam beberapa isu dan menyebabkan gambar dacing yang sebelum ini nampak seimbang sudah semakin senget di mata rakyat. beberapa pemimpin kanan yang disiasat oleh SPRM sebelum menjelang pemilihan agung UMNO dan Pilihanraya kecil di tiga kawasan sekali lagi memalitkan lumpur yang sukar dibersihkan. Rakyat akan melihat bahawa pemimpin UMNO memang gemar menggunakan wang ringgit sebagai jalan singkat bagi memenangkan satu-satu kelompok. Rakyat tidak akan merestui tabiat begini dan rakyat perlu tunjukkan bahawa pilihanraya adalah hak rakyat dan rakyat adalah penentunya.


Ramai pelancong politik yang bertandang ke Bukit Gantang hadir atas nama penganalis bebas dan memantau keikhlasan sebenar UMNO dalam menambat hati pengundi. Apa yang menyedihkan mereka masih ada segelintir jentera-jentera UMNO yang cuba menyogok dengan bermcam-macam habuan seperti basikal, beras, gula dan ayam. Di Kg. Cheh sebagai contohnya disogokkan dengan ayam satu lori sehingga mencetuskan insiden kecil di kalangan penyokong UMNO sendiri yang berebut-rebut untuk mendapatkan ayam sehingga memaksa polis campur tangan. Sekiranya UMNO ikhlas untuk membantu rakyat, UMNO perlu melakukan khidmat dan bantuan ini berterusan bukannya hanya pada musim pilihanraya sahaja. Tabiat ini menyebabkan rakyat merasakan UMNO masih gemar menggula-gulakan rakyat dan memperbodoh-bodohkan rakyat hanya semata-mata untuk mendapatkan undi dan selepas itu dibiarkan rakyat hidup sengsara tanpa perhatian.
Beberapa pemimpin UMNO-BN pula tidak mencerminkan pemimpin yang berjiwa rakyat dan lebih banyak mementingkan kroni-kroni untuk habian projek-projek besar dan bernilai tinggi. Ahli puteri UMNO sewaktu meraih undi agak ligat dan tidak mencerminkan Melayu Islam yang terlompat-lompat sehingga hilang adat kesopanan atas nama wanita Melayu.
Rakyat sekarang tidak sebodoh dulu. mereka ini telah mendapat maklumat yang secukupnya melalui internet. Rakyat bukan lagi berkiblatkan Utusan Melayu, Berita harian dan beberapa media yang dipengaruhi kerajaan tapi mereka sudah mampu membawa maklumat ke bilik tidur mereka dengan jaringan internet yang luasnya tanpa sempadan. Maklumat yang diterima akan dianalisis dan diperhalusi dan akhirnya diterjemahkan di kertas undi.


Tahniah atas kejayaan PAS dan PKR di kedua-dua Bukit ini. Kemenangan ini merupakan kemenangan rakyat yang semakin hari semakin bijak berpolitik. Tiga parti PAS, PKR dan DAP yang berada sebumbung atas nama Pakatan Rakyat adalah bukti penyatuan kaum tanpa mengira agama dan warna kulit. Kemenangan PAS di Bukit Gantang adalah mesej jelas bahawa rakyat bencikan politik perkauman yang hanya mengundang kepada perpecahan.


Wallahuaalam


-Pak katib


9 April 2009

KEBIJAKSANAAN TRANSFORMASI PERDANA MENTERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK


Kiriman melalui email oleh : Wan Ezahar Bin Wan Ridzuan


Telah tercatat dalam sejarah Malaysia bahawa Najib Tun Abdul Razak telah dilantik secara rasminya menjadi Perdana menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Syabas dan tahniah diucapkan. Semua rakyat memuji tentang kelayakan dan kebijaksanaan YAB Najib semasa beliau memegang jawatan utama pentadbiran negara sebelum beliau menduduki kerusi tertinggi negara itu. Rakyat jelata terasa begitu teruja sekali dengan dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan oleh Perdana menteri baru ini. Maklumlah dikatakan seorang yang bijak.
Ternyata transformasi ini terus diterjemahkan kepada rakyat tidak sampai 24 jam perlantikan beliau kepada beberapa perkara berikut :

1. Konsep Satu Malaysia
2. Pembebasan 13 tahanan ISA
3. Kemasukan semula tokoh ulung UMNO, Tun Mahathir Mohamad dan keluarganya.
4. Penarikan balik serta merta penggantungan terhadap akbar Harakah dan Suara Keadilan.

Nah ! Betapa bijaknya Perdana Menteri baru Malaysia ini. Betapa pantas beliau berfikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada perkara-perkara yang tidak disukai oleh rakyat. Belum lagi masa-masa yang panjang seterusnya. Tentu banyak lagi yang akan dilakukan beliau untuk memartabatkan pemerintahan beliau sebagai perdana menteri yang cukup berjaya. Kita nantikan sahaja.
Namun apa yang ingin dinyatakan di sini ialah betapa bijak dan liciknya Najib ini menyusun langkah untuk mendapat jawatan tertinggi negara tersebut. Apa yang menarik perhatian saya untuk menulis ini ialah tentang kemasukan Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara semula ke dalam UMNO.
Keputusan Tun Mahathir yang keluar daripada UMNO semasa pemerintahan UMNO dulu sesungguhnya mengejutkan dan mengecewakan banyak pihak. Keputusan yang kononnya terlalu berat yang terpaksa diambil Tun Mahathir meninggalkan UMNO kerana pimpinan UMNO yang dipimpin oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi terlalu lemah dan tidak mampu menjaga kepentingan orang Melayu. Maka bermulalah pepecahan perpaduan pemikiran ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan kerajaan BN hampir tewas dalam PRU ke-12 yang lalu. Maka benarlah pandangan Tun Mahathir ini terhadap Tun Abdullah ini. Tidak cukup dengan itu maka diasak secukup-cukupnya pimpinan Tun Abdullah Badawi sehingga beliau merelakan diri untuk menyerahkan kuasa kepada Najib biarpun segala perancangan beliau untuk rakyat masih banyak yang perlu dilakukan pemantauan serius. Yalah mungkin Tun Abdullah ini lebih mementingkan parti daripada KUASA yang dimilikinya. Pada detik yang tegang ini tidak nampak perlakuan gelojoh Najib untuk mengambilalih tampuk pimpinan walaupun beliau telah merancang segalanya dengan Tun Mahathir . Sepanjang angin desakan penyerahan kuasa ini bertiup kencang dikalangan UMNO Najib telah bertemu dan berbincang dengan Tun Mahathir untuk menghadapi situasi itu. Dan segalanya semakin jelas apabila Tun Abdullah mengesahkan bahawa peralihan kuasa akan tetap berlaku seperti yang dirancangkan. Dan segalanya terjemah semasa Perhimpunan UMNO dan penyerahan jawatan Perdana menteri kepada Najib. Dan akhirnya tercapailah hastar Tun Mahathir untuk menghuruharakan pentadbiran Tun Abdullah yang banyak menentang dan mengubah dasar imperialisme Tun Mahathir. Rancangan Najib untuk menduduki jawatan Perdana Menteri itu berjalan dengan lancar tanpa gangguan walaupun perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri itu akan mendapat ulasan akhbar Liberation dari Perancis.

Selain Najib dan barisan penyokong-penyokong UMNO yang berbangga dengan peralihan kuasa ini tentu Tun Mahathir berasa bangga kerana pengaruhnya dirasakan masih kuat dalam UMNO. Ditambah lagi anaknya Mukhriz kini menjadi harapan beliau untuk menyokong beliau dari belakang. Tanpa menunggu lama dan berfikiran bijak maka pada hari ini 4 April , beliau mengumumkan masuk semula UMNO seperti yang pernah beliau lakukan semasa sebelum ini.

oleh : Wan Ezahar bin Wan Ridzuan

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati



SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.
sumber : mstar online

Keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang mengikut DUN



Sumber : Disedut dari blog dango Mamamat

Sekitar gambar PRK Bukit Gantang- Edisi Kecoh




Kekecohan yang berlaku di Changkat Ibol antara penyokong BN dan PAS


















Pihak polis sedang mententerakan keadaan apabila penyokong PAS naik berang ketika kereta penyokong BN yang penuh dengan bendera cuba memecut kenderaan di kawasan penyokong PAS yang sesak dan hampir memijak kaki penyokong PAS




















Polis sedang mengawal keadaan antara penyokong PAS dan BN





FRU sedang mengarahkan penyokong PAS beredar dari kawasan garisan ketika berlaku kekecohan di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur Air Kuning



Seorang pegawai polis sedang merayu kepada penyokong supaya beredar.



Polis FRU Sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat ketegangan di Pusat Pembuangan Undi SMK Pengkalan Aur Air Kuning.









Orang ramai mula beredar dengan diawasi Polis FRU di SMK Pengkalan Aur





Sekitar gambar PRK Bukit Gantang- UMNO-BN Dalam kenangan




"Merahnya mak ngah. Merah ngan biru mana ngam, idok ke ghase nyesal sokong BN". Anak-anak dah ramai sokong PAS"

- Bila nak berubah. dah 50 tahun lebih dah ni. dah tak releven lagi BN ni.

- Selamat berkempen. itu pun kalau menang.













"Dah boleh mengundi ke ni. nampak cam budak sekolah je ..tak pe lah. janji masyuk..."

Penyokong BN di pusat pengundian SMK Ahmad Rashdi













"Lawanya cermin mata hitam. kenapa tak pakai cermin mata hijau. lawa sikit. mana tau tang calit undi terkena kat warna hijau gak"


- UMNO dulu kini dan selamanya walaupun dah separuh abad. tak tahu bila nak berubah. orang lain dah ramai yang berubah kepada Pakatan Rakyat dan PAS









Pemuda Harapan Bangsa. Pemuda BN ketika merayu undi di SMK Ahmad Rashdi.

" Lawa rambut- Cat la warna hijau"

- Pilihanraya 13 cat warna hijau pas tu ambik borang PAS. jadi ahli seumur hidup





Puteri UMNO berbaju pink. sedang merayu undi.

Dialog tak rasmi

Puteri UMNO : Aci..kasi sokong BN la..suma ada..Rasuah ada, Politik Wang ada....( tapi althantuya sudah tak ada.." Samy Vellu pun lagi ada..tapi itu pemimpin Hindraf sudah tak ada luar ..dia sekarang ada dalam ISA..

Aci : Wokey..wokey...itu BN Banyak bagus..itu hari kasi beras..kasi gula kasi basikal..ada juga kasi wang..tapi itu Kg. Cheh..BN ada kasi Ayam..tapi Aci nanti kasi Undi..tapi bukan BN..aci kasi undi itu PAS punya...





" Adik ini payung mana dapat...saya ada sokong BN pasal apa tarak kasi payung...you orang mau senang sorang-sorang kaa..saya pun ada panas jugak...tapi ini payung lagi cantik kalau ada gambar bulan..."

"ini kati pun sudah ada senget sikit..saya pun tarak suka pakai..tapi masyuk punya pasal saya tarak kisah juga..nanti rumah balik ini baju sama topi saya kasi bikin lapik kuali"








" Mari kak..mari abang..sokong lah Mail ( orang panggil Mail danok")

- Akak oii...ada gambar keluar dalam internet tu betul ke tak...

- Mana ada bang..itu orang boleh buat ngan komputer..tak caya tanya mail tu..mesti dia kata ..itu fitnah






" Ini lah Barisan kita..yang ikhlas berjuang..siap sediaaa berkorban..untuk poket sendiri....

Sebelum kita berjaya...jangan harap kami pulang...inilah sumpah pendekar kita

menuju REBAH LAGI











Hidup barisan....Hidup Barisan...Hidup Barisan...

Tanda sokongan penyokong Nasional yang entah sampai bila.













Memang bersemangat..cuba jangan bagi duit..datang tak petugas ni...rasanya entah le..