Apa agenda sebenar di sebalik pengharaman ceramah yang menyentuh isu althantuya dan Sultan


Dalam surat khabar Utusan Meloya hari ni disiarkan tentang arahan Tok Hamid Albar supaya polis memantau ceramah yang menyentuh isu althantuya dan Sultan atas alasan bahawa ia merupakan kes Mahkamah.


Kita tidak tahu apakah agenda sebenar arahan Tok Hamid ini. tapi yang jelas semua rakyat sudah faham dan masak dengan helah UMNO yang tidak mahu isu ini menghantui orang nombor satu dalam UMNO untuk tidur lena. apatah lagi ianya telah ditulis dalam surat khabar di beberapa buah negara luar. Arahan ini sebenarnya lebih menguntungkan UMNO-BN dan sememangnya inilah strategi UMNO untuk menenggelamkan kebenaran di mata rakyat.


Persoalannya apakah Pakatan Rakyat akan akur dengan keputusan ini dan tidak berani untuk menjelaskan perkara yang sebenar? Apakah Pakatan Rakyat akan takut untuk berhadapan dengan makhluk -makhluk bertopi merah yang siap sedia dengan penyembur air di setiap ceramah yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat?


Inikah yang dinamakan keadilan UMNO-BN. Setelah hak kebebasan bersuara dinafikan dengan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan atas alasan menyebarkan fitnah dan dalam masa yang sama surat khabar UMNO mengambil tempat dengan melontarkan fitnah yang lebih dahsyat sebagaimana dalam isu Nizar menjadi imam di masjid simpang. Rakyat dinafikan menyampaikan berita tepat tapi surat khabar UMNO diizinkan melaporkan berita yang tidak benar.


Sampai bilakah UMNO akan terus menekan dan menyekat suara rakyat, mendakwa dan memenjarakan mereka yang dianggap terlalu berani mengkritik mengikut akta hasutan.


Mungkin Tok Hamid juga masih ingat apabila surat khabar UMNO dan TV UMNO juga banyak menyentuh isu Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu kes itu masih dalam Mahkamah. Bukan setakat itu sahaja, pemimpin UMNO melalui ceramahnya juga sampai sekarang masih lagi mencaci Anwar Ibrahim dengan bermacam-macam istilah yang berkaitan dengan liwat sedangkan kes itu juga masih lagi dalam mahkamah. inilah " double standard UMNO".


Ingatlah wahai UMNO. Rakyat sekarang dah buka mata dan telinga. Dah tahu mana songsang dan mana tidak. Dah muak semuak-muaknya dengan UMNO. Semakin kuat suara rakyat disekat semangkit hebat kebangkitan rakyat. bersedialah untuk menguburkan UMNO -BN di Malaysia.


Wallahuaalam


Pak Katib


1 April 2009

Zambry perlu faham peranan masjid-Fitnah besar terhadap Nizar




Saya terpanggil untuk menulis apabila terbaca kenyataan akhbar berita harian online semalam. dalam kenyataan akhbar tersebut Zambry sebagai memaklumkan bahawa " Nizar cuba rampas majlis BN".


lihat kenyataan akhbar di bawah


TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam. Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,


Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah. "Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.


"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu.



dan ini pula jawapan Dato' Seri Nizar melalui blognya yang dipetik dari blog Dango Mamamat http://jantantuya.blogspot.com/.



"Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha! Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.


Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama. Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO. UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap di hadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry.


Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi. Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana. Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.
katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang. "



dan ini pula pengakuan imam itu sendiri yang dipetik dari perakdaily http://perakdaily.com/



Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.

Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.


Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.


Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.


Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu…sahabat saya menambah…lepas ni mungkin kena pecat le ana…katanya menamatkan bualan.
Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Bacalah dalam blog-blog yang ada dalam Blog MB pun ada, Setpol pun ada…macam macam ada.


Lihatlah bagaimana Zambry telah memutarbelitkan fakta sebenar dan cuba memfitnah Dato' seri Nizar. Rakyat sememangnya tahu cerita yang sebenar kerana pada waktu itu ramai penyokong hadir.


Apa pun persoalannya jelas di sini bahawa pemimpin UMNO sememangnya dangkal dan tidak berapa faham tentang fungsi masjid yang sebenar. Zambry pula dengan riak mengatakan beliau juga boleh menjadi imam dan juga boleh mentafsir. Sebenarnya samada seorang itu layak atau tidak menjadi iman bukan menjadi topik utama kerana apa yang dibuat oleh Dato' Seri Nizar adalah satu tuntutan atas kapasitinya sebagai orang yang arif tentang agama dan hukum hakam. lagipun bukan beliau yang meminta untuk menjadi imam tapi telah diminta oleh imam masjid itu sendiri. Apakah salah sekiranya seseorang yang difikirkan layak menjadi imam bertindak untuk mengimamkan makmum lain termasuk pemimpin UMNO. Zambry sepatutnya rasa bersyukur kerana masih sihat untuk menjadi makmum walaupun terpaksa berada di belakang pemimpin Pakatan rakyat. Allah melihat pada keikhlasan beribadat bukan dari parti mana imam itu.


Ingin saya jelaskan di sini bahawa pemimpin UMNO tidak seharusnya membataskan fungsi masjid. Peranan masjid sebenarnya meliputi semua urusan yang melibatkan kehidupan manusia. Masjid juga boleh digunakan untuk berpolitik dan dijadikan tempat untuk membincangkan tentang pentadbiran dan susun atur kehidupan.


Di zaman sahabat dulu saidina Abu bakar Al-Sidiq juga pernah menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik dan memberi khutbah tentang pentadbirannya setelah diangkat menjadi pemimpin. lihat petikan dibawah.


Ibnu Sa’ad meriwayatkan dalam Tabaqatnya; “Semasa Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, beliau berpidato di hadapan rakyatnya. Setelah bertahmid kepada Allah dan memuji kebesaranNya, beliau berkata; “Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu.
Namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya. Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain). Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil darinya hak (orang lain yang dirampasnya). Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”. (Thabaqat Ibnu Sa’ad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakr) "



Saidina Abu Bakar bukan sahaja berpidato untuk membangkitkan semangat orang islam tapi juga dengan rendah diri memohon nasihat dan pandangan dari rakyatnya agar membetulkannya sekiranya tersesat. Begitulah contoh yang terbaik dari saidina Abu Bakar dan begitu juga contoh terbaik yang ditonjolkan oleh dato' Seri Nizar.


Apakah ustaz-ustaz dalam UMNO juga terlepas pandang perkara ini sehinggakan takut untuk memberi pandangan dan nasihat kepada pemimpin UMNO yang sudah banyak tersasar atau apakah Dr. Mashitah dan ustaz Firdaus yang cukup hebat dengan pidato dan ceramahnya selama ini masih lagi tidur dan lena dengan kepentingan peribadi sehingga mengorbankan maruah Islam yang dicemari oleh pemimpin UMNO. Sedarkah ustaz-ustaz dan alim ulama' UMNO bahawa mereka ini bertanggungjawab untuk menegur kepincangan dalam UMNO bukan hanya sekadar menjadi tukang "hangguk" sahaja, atau hanya mengiakan walaupun tahu perkara itu salah.


Bukalah kembali kitab-kitab yang ditulis oleh ulama' tersohor tentang peranan masjid dan sikap riak. renungkan lah dan amati lah. Jangan kerana kebendaan yang sedikit di dunia ini yang ditaburkan sebagai ganjaran kita sanggup untuk menutup mata walaupun kita mampu menegurnya.


Dato' Seri Nizar adalah pilihan rakyat yang mewakili semua kaum. Bagi orang Melayu Islam beliau adalah seorang yang mempunyai karisma dan mampu mentadbir dengan baik. seorang yang warak dan rendah diri. Mempunyai prinsip hidup yang kuat. Bagi kaum Cina dan India, Dato' Seri Nizar adalah ikon perubahan dan pemimpin yang berjiwa rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira bangsa.


Wallahuaalam


Pak katib
30 mac 2009

Rakyat Benci Politik Elit- Mohd Syafiq

Kiriman melalui email oleh : Mohd Syafiq (Penulis Politik Bebas)


Salah satu sebab besar kenapa masyarakat pada hari ini sudah naik muak dengan UMNO. kerana parti itu mengamalkan politik elit (bangsawan). Rata-rata pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak kira pemimpin yang bertaraf Menteri atau pun Ketua Cawangan hidup kaya-raya. Semakin tinggi pangkat seseorang itu dalam parti, maka semakin kaya la seseorang pemimpin itu.Maka apabila, pemimpin hidup dalam kehidupan ‘orang mewah’, mesti gaya hidupnya juga turut berubah samada dari segi hobi, aktiviti harian, kawan-kawan sekeliling malah yang paling ketara dapat kita lihat adalah dari segi ‘attitude’ mereka. Namun persoalan yang kita mahu bawa kali ini, bagaimana mereka akan berhadapan dengan ‘orang kampung’ ataupun mereka yang benci dengan kebangsawanan.

Sedangkan kita sendiri sedar bahawa nilai-nilai kemasyarakatan yang wujud terutama orang Melayu mementingkan kerendahan hati dan pemimpin yang mudah didampingi.Maka, apabila pemimpin ini adalah orang yang sukar didampingi terutama dari golongan elit, jadi tidak hairanlah di mana pemimpin ini tadi tidak diterima oleh rakyat.Dari dahulu lagi, kita sebagai orang awam sudah sedia maklum bahawa sikap orang kaya ini ada lagaknya tersendiri : ego, berlagak, tidak suka bergaul dengan orang miskin, kehidupan yang tidak mementingkan kemesraan dan kasih sayang dan banyak lagi untuk kita katakan disini.

Kesimpulanya, apabila timbulnya golongan elit ini dalam politik UMNO, maka ia akan menimbulkan masalah seperti yang saya katakan tadi. Di mana dapat kita lihat masalah itu tersebut? apabila mereka berkempen… Namun apakah pemimpin UMNO sedar akan perkara ini? apakah mereka tidak tahu yang dimana sikap kebangsawanan mereka itu akan mempengaruhi "mindset" rakyat.Mereka ini seolah-olah tidak faham dengan sosio-budaya rakyat dan adat resam masyarakat. Kalau kita lihat secara keseluruhanya, pemimpin UMNO adalah orang Melayu tetapi kenapa mereka sendiri tidak dapat membaca kehendak bangsanya sendiri, atau mereka ini hanya Melayu pada kulitnya sahaja tetapi jiwa seperti orang barat yang kita dah mengerti dengan sikapnya. Hakikatnya,kalau UMNO tidak belajar dari senario ini, maka tidak mustahil suatu ketika nanti mereka tidak akan diterima langsung oleh orang Melayu sendiri.Maka tinggal tamatlah riwayat UMNO dimana ianya mati bukanlah meninggalkan sumbangan tapi meninggalkan sejarah kebangsawanan mereka.

Daripada: Mohd Syafiq (Penulis Politik Bebas )

Sekitar gambar penamaan calon- Aksi penyokong



Beberapa orang camera man sedang mendapatkan sudut yang terbaik untuk rakaman gambar suasana hari penamaan calon. Nak harapkan TV3 datang ambik.tunggu ayam bertelur serati dulu la gamaknya.












Pelapis masa akan datang. melentur buluh biar dari rebungnya. Bakal menjadi pemimpin di masa depan. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

Semangat perjuangan perlu diterapkan sewaktu kecil lagi supaya bila dah besar nanti tidak gentar dengan cabaran dan halangan.



Ini juga merupakan satu proses pendidikan dan persediaan supaya jiwa sentiasa kental dan tak mudah mengalah.








Berakit-rakit lah ke hulu

berenang-renang ketepian

hancurkan UMNO dulu

Pakatan Rakyat pasti bentuk kerajaan








Alangkah indahnya sekiranya aku menjadi burung. sudah pasti aku akan dapat terbang dan melihat berapa ramai penyokong UMNO yang hadir pada hari ini. tak de la susah-susah nak panjat pagar ni.



AWAS...PAGAR TU HARTA KERAJAAN









Masa pukul 10.00 tadi layari utusan online. saja nak tengok berapa orang penyokong UMNO yang hadir di hari penamaan calon BN. mengikut utusan seramai 5000 orang mengiringi Muhyidin Yassin dan Ismail Saffian. huh..ramai tul...try la jenguk..betul ke 5000 orang ni...

lu fikir la sendiri....tengok je gambar ni. pas tu kira satu-satu..kira dalam omputeh pun boleh...UMNO memang suka matematik dalam bahasa omputeh...



Matematik UMNO-BN
Penyokong Pakatan Rakyat = 50,000 orang. jawapannya dalam surat khabar BN ialah 500 orang.


Penyokong BN = 200 orang, jawapannya dalam surat khabar BN ialah 30,000 orang.


begitulah hebatnya matematik BN











Jangan lupa kira satu-satu. pakai kanta kalau tak nampak. kira sekali ngan topi merah pun tak apa











Kain Rentang Pakatan Rakyat













Katakan.."Tak Kebuloq" pada UMNO/BN
UMNO sudah lama












Undilah PAS
Kuburkan BN di Bukit Gantang












HARAPAN BARU MALAYSIA

untuk masa depan anak dan negara sokonglah kami





BUAYA MAKAN BANGKAI UMNO
CEKIK RASUAH

Sekitar gambar penamaan calon-kawalan keselamatan kelas A



Abang Polis yang sentiasa memerhatikan gerak geri penyokong..mana la tahu kot-kot ada yang terlebih power nak buat provokasi..

jaga bang polis..jangan tak jaga....











Topi merah yang memang dah terkenal disetiap ceramah PAS..tahniah sebab tak letupkan gas pemedih mata..kalau tak mana nak lari..silap-silap terjun tasik la gamaknya...














Cukup bulan jangan lupa ambik gaji..sentiasa berkhidmat untuk keselamatan negara.

Polis...Cepat dan betul

Jangan terima rasuah..walaupun orang tu bagi duit bila kena tahan sebab tak ada lesen..saman je bang polis..baru padan muka depa..sapa suruh tak bayar lesen...

jaga imej polis...JANGAN RASUAH KAMI ( kata polis)






Minyak cukup ke tu..kan jatuh kat penyokong UMNO kan kesian depa...tak sempat nak mengundi nanti.. kan ada traffik light tu berhenti dulu..jangan main langgar lampu merah je..kan kena saman nanti...polis pun tak boleh lepas ngan undang-undang jalan raya walaupun terbang kat atas.

tahniah dan syabas sebab jaga kedua-dua belah penyokong tanpa mengira fahaman politik..tapi tang ceramah tanpa permit tu..timbang rasa la sikit ye..jangan main sembur je ngan air ..kesian..yang pegi dengar ceramah tu semua dah tua-tua..nak dengar dalam TV UMNO memang dah tak boleh pakai dah..semua kelentong je..ceramah je lah tempat dapatkan maklumat terkini...nak buka internet..pakcik belum khatam lagi ilmu internet...nak harapkan cucu..asyik dok main game je...









Beberapa pegawai polis sedang memerhatikan suasana dan gelagat penyokong kedua-dua parti di hari penamaan calon.















Topi merah yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tunggu arahan je...















Bergerak ke kiri bertiga-tiga...dari kiri cepat jalan...

Kawad duri menjadi perisai penting ..macam dalam cerita Rambo je...










Sapa nak merasa naik trak ni..cuba la buat hal..kalau tak cukup ada banyak lagi trak kat balai...setakat 50 ribu penyokong tu tak de hal punya..boleh bawa bas atau keretapi...

Berkhidmat untuk negara..

Polis..Cepat dan betul

Sekitar Gambar Penamaan Calon- Gelombang kebangkitan rakyat



Digalakkan penyokong UMNO tengok gambar ni. moga-moga dapat sedar awal bahawa UMNO dah tak releven lagi dan rakyat pun dah tak nak lagi pada UMNO-BN. cepat-cepat lah berubah sementara stock masih ada.














Tanpa mengharapkan sebarang upah untuk datang memberi sokongan. Inilah penyokong sejati. Pendirian dan prinsip penyokong PAS tak sama dengan UMNO. Penyokong UMNO-BN nak kena sediakan bas dan nasi bungkus dulu baru nak datang. begitu juga dengan kerja-kerja lain. ada duit baru jalan. kalau tak ada duit UMNO yang jalan. Sebab jadi begini....sebab UMNO dah didik kepada penyokongnya dengan duit sehingga hilang konsep amal jariah dalam perjuangan UMNO






bagus betul kawalan keselamatan hari ni..sampai atas dikawalnya..seorang muslimat PAS sedang memerhatikan helikopter polis sedang mengawal keselamatan dari udara di hari penamaan calon
















Hidup..Hidup..
Hidup Rakyat
Hancur...Hancur..
Hancur BN
Undi....undi....
UNDI BULAN






Mengalahkan konsert Micheal Jackson....inilah hebatnya penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berpanas dengan kibaran bendera hijau putih











Sokong apa????
sokong Bulan

Sokong apa?????
sokong bulan

Sokong apa???
SOKONGLAH BULANNNNNN......

Tolak apa?????
Tolak UMNOOO.....



Rahmat Allah...penyokong Pakatan rakyat dapat tempat redup. bawah pokok lagi. dikhabarkan Ali Rustam marah sebab Pakatan Rakyat dapat tempat yang teduh tapi BN dapat tempat panas...cobaannnn..cobaannnnnn..

tandanya BN nak kalah la tu..awal-awal lagi tuhan dah tunjuk tempat untuk BN










Dipayungi pohon-pohon menghijau dan redup tanda kebesaran Allah untuk umatnya yang berjuang kerana Allah....





















Takbir.....Allahuakbarrr...

Takbir.....Allahuakbarrr...

Takbir... Allahuakbarrr













Islam terus maju...
untuk umat manusiaa....

UMNO terus maju...
merasuah manusiaa...

(ikut rentak lagu UMNO)












Hijau...hujau...

hijau..Bulan...

Biru...

Biru....

BN haru biru....

jom pangkah BULAN




control hendsome yop...teman tengah ambik gamba mike...tapi tang janggut tu je...saja nak bagi kat UMNO tengok...nak bagitau kat UMNO yang teman dok dalam PAS ni dah sampai berjanggut..tak de pun nak terpengaruh ngan rasuah...bagi teman perjuangan islam lebih penting dari wang ringgit

Sah..PAS menang..BN dah kehilangan penyokong



Nampaknya UMNO dah tak ada penyokong. nak kerah pakai bas dan nasi bungkus baru nak penuh. Lihatlah penyokong Pakatan rakyat. mereka ni tak perlu nak disuruh untuk datang. semuanya atas kerelaan sendiri dan duit sendiri. itu lah hebatnya penyokong Pakatan Rakyat. tak kira Melayu, Cina dan India. semuanya bersatu hati nak bagi kemenangan kepada PAS.

Gambar ini dirakamkan sekitar jam 9.00 pagi. penyokong Pakatan Rakyat dan monopoli semua tempat. siap gendang gendut yang di mainkan oleh Makkal Sakti. penuh bersemangat. banyak lagi shot-shot yang baik kat bawah ni.















Ini gambar yang diambil dari atas bukit. terpaksa redah belukar. tapi belukar tu tak ada la tinggi sangat. janji dapat posisi yang baik sikit. Penyokong Pakatan Rakyat masih lagi berduyun-duyun membanjiri kawasan majlis perbandaran Taiping. Tak kira kecil, besar, tua dan muda. semuanya mengibarkan bendera PAS. laungan berkumandang ..Allahuakabar..Allahuakbar...Hidup..Hidup..Hidup Rakyat..hancur..Hancur..Hancur BN. Dah rasa macam dalam stadium tengah tengok bola. Apa pun inilah kebenarannya tanda sokongan yang kuat terhadap Pakatan Rakyat khususnya dalam menumbangkan BN di Bukit Gantang









Gelombang hijau putih ini dah tak boleh nak disembunyikan lagi. Kalau dulu hanya duduk di kampong-kampong dan melibatkan tok-tok guru sekolah pondok tapi sekarang semuanya dah berubah. yang ada dalam PAS adalah tokoh-tokoh akademik, peguam, ahli perniagaan, ahli-ahli cerdik pandai. Mereka ini bersatu atas satu rasa iaitu menegakkan keadilan di bumi Malaysia yang dicemari dengan penyelewengan dan rasuah UMNO.


















Saya buka TV3 UMNO 1.30 tadi. nak tahu berapa jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang akan disebut dalam berita. rupa-rupanya langsung tak disebut dan ditayangkan dalam TV. jadi nak tahu jumlahnya..kira la sendiri.







Gambar ini dirakam sekitar pukul 10.15 pagi. Orang semakin ramai. Laungan Allhuakbar semakin bergema. BN semakin gentar apatah lagi gelombang hijau putih ini melanda disaat BN menuju kehancuran dan bakal ditalkinkan di Bukit Gantang.









Makkal Sakhti...Makkal sakhti....Makkal Sakhti....
Mana lagi BN nak menagih simpati kalau dah orang-orang India pun turut sama menyokong Pakatan Rakyat. Banyak isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan BN yang melibatkan kaum India.

Masyarakat India sekarang ini sudah faham dan jelas bahawa hanya Pakatan Rakyat yang mampu memberi kesejahteraan dan keadilan untuk semua kaum

Lautan penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang membanjiri hari penamaan calon. gambar sekitar 10.00 pagi















ada lagi....sabar......kena upload satu-satu..broadband tengah teruk..

Gelombang hijau Putih tenggelamkan BN- Penamaan calon berjalan lancar




Taiping- 29 Mac, Penamaan calon bagi piliharaya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang berjalan dengan lancar. 3 calon layak bertanding setelah tiada bantahan diterima oleh SPR iaitu Ismail Saffian dari BN, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dari PAS dan seorang calon bebas.


Puluhan Ribu penyokong telah memberi sokongan kepada PAS dihari penamaan calon. Gelombang hijau putih ini sekali gus telah menenggelamkan penyokong BN yang hadir dalam jumlah yang kecil. Gelombang kebangkitan rakyat ini telah memberi suntikan baru kepada pakatan rakyat terutamanya PAS untuk mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.


Proses penamaa calon telah berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Beberapa insiden kecil juga berlaku melibatkan kedua-dua belah penyokong. walau bagaimana pun ianya dapat dikawal oleh pihak keselamatan.




gambar-gambar akan di "upload" sebentar lagi




Pak Katib




Terkini di hari penamaan calon


Kemaskini, 8: 18 minit pagi- Suasana dihari penamaan calon. Cuaca di Bandar Taiping agak baik. Jalan raya sesak. penyokong-penyokong kedua-dua parti telah pun memenuhi bandar Taiping. beberapa jalan telah ditutup untuk memudahkan proses penamaan calon. Di taman Tasik Taiping penyokong Pakatan Rakyat telah pun berkumpul seawal pagi untuk memberi sokongan kepada calon PAS. Kelihatan penyokong Pakatan Rakyat membawa bendera PAS. Pihak polis telah berkawal di merata tempat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang melibatkan ke dia-dua belah penyokong

Gelombang kebangkitan rakyat- nantikan penamaan calon esok

Mak oiii..!!! Bukit Gantang dah penuh dengan orang ramai. dah berduyung-duyung datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Semuanya untuk bersama-sama dalam penamaan calon yang akan dilangsungkan esok ( 29 mac 2009). Beberapa jalan akan ditutup bermula malam ni. Saya sekarang ni dah pun sampai ke Bukit Gantang selepas berhempas pulas melepasi beberapa kesesakan jalan raya di sekitar batu 9. Saya bergerak mengikut jalan Pantai Remis. Saja nak tengok perang poster kat sana. Alhamdulillah, Bulan penuh terang benderang. hijau bak sajana alam. Biru dah hampir tenggelam kecuali beberapa llori kontena yang saya follow tadi yang masih berwarna biru.

Yang syoknya, tokeh tokeh ikan yang jual ikan segar kat kawasan pantai remis pun siap berkempen kat kedai dia orang. Penuh bendera PAS dan gambar Tuan Guru kat kedainya. pada hal kawasan tu memang tak mengundi pun. itulah namanya semangat perjuangan. gelombang kebangkita rakyat untuk menumbangkan UMNO bukan sahaja tertumpu di kawasan Bukit Gantang tapi seluruh pelusuk.
UMNO yang bakal berpecah kepada beberapa puak nanti akibat kesan pemilihan agung UMNO yang baru selesai hari ni sudah pasti akan mengiggit jari apabila calonnya gagal menawan Bukit Gantang apatah lagi dari segi pengaruh dan personaliti lebih memihak kepada calon PAS Dato' Seri Nizar yang banyak memenuhi kehendak semua kaum

Nantikan perkembangan terkini penamaan calon esok di warung Pak Katib. Insyaallah..akan di "update" dari masa ke semasa. itu pun kalau tak ada gangguan atau kamera dirampas.

wallahuaalam

Pak Katib


***Minta maaf ..tak dapat nak upload gambar sebab broadband low..******

Karikatur dari Korea

Gambar ini disedut dari laman web The Korea Times. Maknanya ni surat khabar luar la ni. Kalau Malaysia confirm tak keluar punya. Terima kasih pada kawan kita "Si Tampok Manggis" yang berikan link ini. boleh la saya masukkan ke dalam blog ini untuk tatapan orang ramai dan boleh la kita agak camana pandangan orang luar terhadap pemimpin kita.
kalau yang lain nak tompang sekaki..lawatilah http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/195_41954.html
Saya pun takut nak komen banyak-banyak...karang saya lak ke dalam. Maklumlah. Pemimpin kita ni pantang sentuh hal pelik-pelik mesti dia kata rakyat ni suka menghasut dan memfitnah. jadi biarlah surat khabar luar je yang tulis. depa tu kebal undang-undang.
Pak Katib

Isteri Pemimpin-pemimpin UMNO di Persidangan Agung UMNO














Isteri Perdana Menteri Malaysia ( Pelopor Islam hadhari)
Datin Seri Jane Abdullah


















Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
di samping isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.






















Isteri Ketua Pemuda UMNO yang baru Khairy Jamaluddin Nori Abdullah















Yang ni khabarnya belum ada lagi..coming soon





Pemimpin-pemimpin Islam Hadhari dalam UMNO

Orang yang disabitkan bersalah oleh Biro Disiplin UMNO menang Ketua Pemuda UMNO


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kemenangannya kali ini ada kaitan dengan amalan politik wang.

Khairy menafikan dakwaan tersebut kerana beliau masih berkelayakan bertanding bagi jawatan tersebut tanpa sebarang halangan.

"Tidak, tidak ada... saya layak bertanding," katanya ringkas ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda lewat malam tadi.
Minggu lalu Lembaga Disiplin mendapati Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan politik wang.


Dalam persaingan tiga penjuru merebut, Khairy memperoleh 304 undi meninggalkan dua lagi calon iaitu ahli Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.


Khairy dalam ucapan penangguhannya setelah diumumkan sebagai Ketua Pemuda berkata, dengan semangat setiakawan yang menjadi tema kempennya, beliau berjanji tidak akan meminggirkan mana-mana pihak dalam barisan kepimpinannya.
"Tak bermakna yang tak bersama saya (bukan penyokong) akan dipinggirkan, semangat setiakawan akan sentiasa diterapkan," katanya.
Beliau mahu semua ahli Pemuda merapatkan semula barisan dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar.
"Kita akan berhadapan dengan tugas berat iaitu berhadapan dengan pilihan raya (kecil) nanti," katanya.
Keputusan yang menyebelahi Khairy nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.

Reaksi bantahan tersebut ketara apabila penyokong ahli Parlimen Jerlun itu meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn tempat perhimpunan pergerakan tersebut diadakan.
Dalam pada itu sekumpulan penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.

Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'.
Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan.

sumber : Mstar

Tongkang BN bakal Karam Di Bukit Gantang


Hendak tak hendak itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh BN. Tongkang yang penuh dengan muatan sampah-sampah dan sisa busuk bakal karam di Bukit Gantang. Apa tidaknya nakhoda tongkang yang hilang arah serta awak-awak yang hanya pandai merapu.


Sudah terdengar suara-suara benci dan muak untuk bersama-sama dalam tongkang BN apatah lagi tongkang BN sudah semakin uzur dan makin tenat dengan pelbagai penyakit yang tak perlu dihuraikan lagi. Bukan setakat di Malaysia tapi dah pun keluar dalam dada-dada akhbar negara lain.

Tongkang yang sudah pun berusia 51 tahun lebih ini semakin hari semakin hanyir sehingga selisih pun orang dah dapat agak milik siapa tongkang itu. Hendak dipulihkan dan diwangikan balik rasanya dah tak terbuat. Mana tidaknya, nakhoda tongkang cukup pantang dikritik dan ditegur walaupun teguran tu datangnya dari awak-awak tongkang tu sendiri. Silap tegur maka askar-askar dan polis-polis nakhoda akan menjemput dan dihantar ke mahkamah rimba untuk diadili atas nama "hasutan". Ada juga awak-awak dan orang-orang lain yang terpaksa merengkok tanpa bicara dalam kawat besi atas nama mengancam keselamatan negara. Mulut-mulut awak-awak dan orang-orang yang cuba bersuara akan disita mulut mereka dengan ugutan demi ugutan oleh orang kuat nakhoda. suara rakyat sudah dianggap ancaman besar bagi nakhoda.


Mahu tak mahu, yang bebal dan bongok akan hanya mengangguk tak sudah-sudah walaupun tahu bahawa Tongkang sudah semakin tenat dan hampir berkecai. Sudah ramai awak-awak yang berada dalam Tongkang BN dah terjun sungai dan berenang ke kapal PR yang lebih selamat dengan awak-awak yang berjiwa rakyat dan adil untuk semua.


Di Bukit Gantang nanti maka karamlah Tongkang BN. Maka bertalkinlah seluruh pengundi Bukit Gantang. Apaka nanti ada batu nesan atau terus dibiarkan hanyut tanpa destinasi. Semua rakyat sudah sedar. Melayu dah sedar. Cina dah sedar. India pun dah sedar. Yang belum sedar hanyalah awak-awak yang asyik menghunus keris tumpul atas ketuanan Melayu tapi Melayu masih macam tu juga. Suara Melayu pun asyik tersekat-sekat. jati diri Melayu tak kuat. mana nak kuatnya, bila bersuara sikit Melayu dihambat dengan air berisi bahan kimia dan Gas pemedih mata yang pekat melekat. Suara Melayu di sekat.

Kebebasan suara sudah semakin hilang. Harakah dan suara keadilan yang diujudkan untuk membetulkan tindak tanduk kerajaan dianggap dan dituduh penyebar fitnah. apalah musibah dikunci di negara sendiri.

Wahai awak-awak di tongkang BN yang masih melekat. bangunlah, dan buka lah mata. gerakkan minda. lihatlah sudah berapa jauh kita dibawa ke jalan gelap, malap dan berasap. Ayuhlah kita buktikan yang kita ni masih ada akal walaupun sudah sekian lama dibius dengan pelali BN. Tumbangkan BN di Bukit Gantang. Undi adalah hak rakyat. BN hidup kerana rakyat. BN menyeleweng rakyat yang bertanggungjawab sebab rakyat yang mencalitkan dakwat di kertas undi. Undilah yang boleh menjamin masa depan dan bersih dari rasuah. Undilah Pakatan Rakyat (PAS) di Bukit Gantang.


Wallahuaalam


Pak Katib


25 mac 2009

Lagi gambar majlis pengumuman calon PAS P055 Parlimen Bukit gantang



Malam tadi tak sempat nak upload semua gambar-gambar yang dirakam ketika masjlis pengumuman calon PAS P059 Parlimen Bukit Gantang. Sampai rumah pun dah 2 pagi. mata pun dah tak mahu buka. ditongkat pakai batang mancis pun dan tak kuat. ramai pembaca call kenapa tak masukkan semua. so..hari ni kena la masukkan juga.

















YB Nge Koo Ham sedang berbincang sesuatu dengan Dato' Seri Nizar


















Persembahan dikir barat dari Kelantan sebelum majlis pengumuman calon

















Y.B. Mahfuz Omar sedang khusuk mendengar ucapan dari YB. Azmin Ali

















Yb. Azmin Ali, Tn Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Pesuruh jaya PAS Pusat)
dan Ust. Mohd Awang sebelum pengumuman calon





















Dato' Mustafa Ali sedang tekun mendengar ucapan dari rakan seperjuangan

















Y.B Azmin Ali (PKR) ketika memberikan ucapan kepada
ribuan penyokong dan pengundi di Padang Kota Jaya
Simpang taiping sebelum pengumuman calon PAS























Saf pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal mentalkinkan BN du Bukit Gantang

















Dato' Seri Nizar sedang memberi ucapan selepas diumumkan
sebagai calon PAS bagi PRK P059 parlimen Bukit Gantang


















Ribuan penyokong yang membanjiri padang Kota Jaya
Simpang Taiping memberi sokongan yang padu
kepada Pakatan Rakyat selepas Dato' Seri Nizar dipilih sebagai
calon PAS P059 Parlimen Bukit Gantang

















Sokongan yang tak putus-putus dari ribuan penyokong
setelah majlis pengumuman calon selesai