Masyarakat India dan Cina tolak BN-Kelab Penyokong PAS bersatu hati




Kuala sepetang- 15 Mac, Masyarakat India dan Cina akan memberikan sokongan yang padu kepada Calon Parlimen PAS dan memastikan kemenangan PAS dalam PRK Parlimen Bukit Gantang nanti. Kehadiran kelab penyokong PAS yang terdiri daripada kaum India dan Cina di majlis perasmian Kelab Penyokong PAS di DUN Kuala Sepetang telah menyuntik semangat ahli-ahli dan penyokong PAS untuk berkerja keras bagi memastikan UMNO-BN tumbang dalam pilihanraya kecil nanti. Perasmian yang disempurnakan oleh YB. MB Dato' Seri Nizar Jamaluddin turut dihadiri oleh Ust. Ahmad Awang, YB. Dr. Mujahid, Pemimpin-pemimpin PKR dan pemimpin-pemimpin yang mewakili kaum India dan Cina. Laungan "makkal Sakhti" dan "Hidup-hidup, Hidup rakyat, " bergema tanda sokongan yang tak berbelah bagi.




Ketika diajukan soalan terhadap hadirin yang berketurunan India di situ, mereka menjelaskan bahawa hampir 95 peratus masyarakat India akan menolak UMNO-BN, kerana mereka ini (BN) tidak lagi menepati kehendak rakyat di situ. "Pemimpin BN hanya pandai menabur janji dan kemudiannya akan membiarkan rakyat dalam kesusahan" .




Dalam majlis yang sama, MB Nizar bersama-sama pemimpin kelab penyokong PAS melepaskan beberapa ekor burung sebagai simbolik kebebasan dan keamanan. Ramai ahli-ahli dan penyokong PAS dari orang Melayu merasa terharu terhadap sokongan mereka. " Kalau dulu, terlalu sukar untuk mendapatkan sokongan dari kaum Cina dan India kerana digembar-gemburkan oleh UMNO bahawa PAS ini sebuah parti Islam yang "extreme" tapi apabila mereka ini melihat sendiri kepimpinan PAS di Kelantan di bawah Tn. Guru Hj. Nik Abd Azizi, mereka mula sedar bahawa apa yang dimomokkan oleh UMNO selama ini adalah pembohongan semata-mata untuk menakutkan mereka. Mereka sekarang ini lebih yakin dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang mampu mentadbir secara telus dan adil.




-Pak Katib








No comments: