Itulah realitinya di Kuala Sepetang. Bila bulan mengambang, Umno jadi tak keruan. Apakah ini tanda-tanda yang UMNO akan menjadi bahan buangan yang tak boleh dikitar semula. Belum pun tiba hari penamaan calon, PAS bersama-sama Pakatan rakyat dan kelab penyokong telah menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan kemenangan berganda di Parlimen Bukit Gantang.
Sepanjang tinjauan saya pada hari ini poster-poster PAS yang berlambang bulan sudah pun mendominasi di setiap pelusuk tempat dan apa yang lebih menarik apabila Kuala Sepetang dilimpahi cahaya bulan. Sokongan masyarakat Cina terhadap PAS begitu ketara. Inilah bukti paling jelas bahawa UMNO sudah lagi tidak menepati kehendak kaum Cina.
Di sepanjang jalan dari Matang ke Kuala Sepetang, bendera hijau putih berkibar megah tanda bertakhtanya PAS di hati pengundi P059 Parlimen Bukit Gantang. Pada waktu tengahari saya sempat singgah di bilik gerakan Kelab Penyokong PAS dari kaum India. Mereka ini sedang bertungkus lumus dan berkerja bersama-sama dan dikhabarkan dalam persiapan kempen rumah ke rumah.
- Pak Katib
22 Mac 2009
No comments:
Post a Comment