Sah..PAS menang..BN dah kehilangan penyokong



Nampaknya UMNO dah tak ada penyokong. nak kerah pakai bas dan nasi bungkus baru nak penuh. Lihatlah penyokong Pakatan rakyat. mereka ni tak perlu nak disuruh untuk datang. semuanya atas kerelaan sendiri dan duit sendiri. itu lah hebatnya penyokong Pakatan Rakyat. tak kira Melayu, Cina dan India. semuanya bersatu hati nak bagi kemenangan kepada PAS.

Gambar ini dirakamkan sekitar jam 9.00 pagi. penyokong Pakatan Rakyat dan monopoli semua tempat. siap gendang gendut yang di mainkan oleh Makkal Sakti. penuh bersemangat. banyak lagi shot-shot yang baik kat bawah ni.















Ini gambar yang diambil dari atas bukit. terpaksa redah belukar. tapi belukar tu tak ada la tinggi sangat. janji dapat posisi yang baik sikit. Penyokong Pakatan Rakyat masih lagi berduyun-duyun membanjiri kawasan majlis perbandaran Taiping. Tak kira kecil, besar, tua dan muda. semuanya mengibarkan bendera PAS. laungan berkumandang ..Allahuakabar..Allahuakbar...Hidup..Hidup..Hidup Rakyat..hancur..Hancur..Hancur BN. Dah rasa macam dalam stadium tengah tengok bola. Apa pun inilah kebenarannya tanda sokongan yang kuat terhadap Pakatan Rakyat khususnya dalam menumbangkan BN di Bukit Gantang









Gelombang hijau putih ini dah tak boleh nak disembunyikan lagi. Kalau dulu hanya duduk di kampong-kampong dan melibatkan tok-tok guru sekolah pondok tapi sekarang semuanya dah berubah. yang ada dalam PAS adalah tokoh-tokoh akademik, peguam, ahli perniagaan, ahli-ahli cerdik pandai. Mereka ini bersatu atas satu rasa iaitu menegakkan keadilan di bumi Malaysia yang dicemari dengan penyelewengan dan rasuah UMNO.


















Saya buka TV3 UMNO 1.30 tadi. nak tahu berapa jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang akan disebut dalam berita. rupa-rupanya langsung tak disebut dan ditayangkan dalam TV. jadi nak tahu jumlahnya..kira la sendiri.







Gambar ini dirakam sekitar pukul 10.15 pagi. Orang semakin ramai. Laungan Allhuakbar semakin bergema. BN semakin gentar apatah lagi gelombang hijau putih ini melanda disaat BN menuju kehancuran dan bakal ditalkinkan di Bukit Gantang.









Makkal Sakhti...Makkal sakhti....Makkal Sakhti....
Mana lagi BN nak menagih simpati kalau dah orang-orang India pun turut sama menyokong Pakatan Rakyat. Banyak isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan BN yang melibatkan kaum India.

Masyarakat India sekarang ini sudah faham dan jelas bahawa hanya Pakatan Rakyat yang mampu memberi kesejahteraan dan keadilan untuk semua kaum

Lautan penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang membanjiri hari penamaan calon. gambar sekitar 10.00 pagi















ada lagi....sabar......kena upload satu-satu..broadband tengah teruk..

No comments: