Permainan politik kotor BN-Gambaran Demokrasi terancam


Rentetan peristiwa dan permainan politik kotor BN semakin hari semakin terserlah di Perak. Kebiadapan Pemimpin BN dengan dibantu beberapa jentera kerajaan telah mencemarkan sistem demokrasi di Malaysia. Tindakan Barisan Nasional menggunakan pasukan keselamatan sebagai perisai bagi menghalang sidang tergempar pada 3 mac lalu dilihat sebagai satu cubaan untuk menidakkan suara rakyat dan proses musyawarah di negara ini. Tindakan BN yang menutup pintu bangunan SUK merupakan satu tindakan yang kurang ajar dan membangkitkan kemarahan rakyat kerana menafikan hak-hak yang ada pada wakil rakyat mereka bersidang. Walaupun mengikut perlembagaan negeri Perak sidang tergempar ini dibolehkan walaupun tidak perlu memohon perkenan sultan.

Pakar undang-undang juga ramai yang berpandangan bahawa sidang ini adalah dibolehkan apabila merasakan ianya perlu dan mendapat usul supaya ianya diadakan. Malangnya BN yang belum puas menunjukkan kuasanya tak henti-henti menggunakan media massa memutarbelit fakta dan menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk menghalalkan rancangan jahat mereka.

Kejadian pada 3 mac lalu sebenarnya memberi impak yang besar dan rakyat sudah pasti faham dan tahu siapa sebenarnya BN yang bertopengkan pembela Melayu itu. Bagi Pakatan Rakyat walaupun persidangan itu tidak dapat diadakan di dalam dewan tapi memadailah di bawah pokok dan menurut professor undang-undang sdr. Agus, persidangan itu dikira sah walaupun ianya di bawah pokok hatta di atas pokok. Tidak ada peuntukkan undang-undang yang mewajibkan sidang hanya boleh dibuat di dalam dewan sahaja.

Dalam Zaman Rasulullah dulu pernah juga berlaku persidangan di bawah pokok apabila orang-orang kafir quraish menghalang dan memeangi orang Islam. Allah telah menjanjikan satu kemenangan yang makin hampir atas kesabaran orang Islam dan perjuangan yang betul.

Persidangan bawah pokok walaupun dilihat sesetengah ahli politik BN sebagai tak bertamaddun tapi ia sebenarnya merupakan satu usaha yang baik dan amanah rakyat dalam memperjuangkan keadilan dan ketelusan setelah hak dinafikan oleh BN. Tahniah untuk Adun dari Pakatan Rakyat kerana berani memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan di bumi Malaysia. Jangan gentar dan takut dengan ancaman BN. Rakyat akan sentiasa bersama-sama dan akan sentiasa doa untuk kemenangan.


wallahuaalam


Pak katib


5 Mac 2009


3 comments:

Zulmedia said...

Salam,

Hari ini perancang yang menggagalkan Mesyuarat Tergempar DUN Perak telah saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Polis menyalahkan orang atasannya yang mengarahkan supaya menghalang mesyuarat DUN. SUK pula tidak mengaku bahwa beliau yang mengarahkan pintu DUN ditutup.

Inilah BN, mereka melakukan rampasan kuasa tanpa perancangan yang sempurna. Bermula dengan kesilapan pertama iaitu mereka terlupa untuk membeli Speaker DUN Perak, kini mereka membuat satu lagi kesilapan iaitu mengarahkan SUK dan polis supaya menutup pintu DUN supaya DUN tidak dapat bersidang.

Buruk betul perangai orang yang mengarah supaya menutup pintu DUN Perak. Speaker masih lagi sah sebagai speker. Hanya DUN yang boleh memecatnya atau dia meletak jawatan. Kalau ikut undang-undang sesiapa pun tidak boleh menghalang speaker mengadakan persidangan. Gamaknya BN pun tahu perkara ini sebab tulah digunakan samseng untuk menghalang DUN bersidang.

Sekarang semua rakyat tahu rupa sebenar BN. Gila kuasa, sanggup mencabul undang-undang, mengugut pegawai kerajaan dan membeli ADUN demi untuk berkuasa.

PR sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Zamry dan barisan parti BNnya yang dengan percuma mempopular dan menunjukkan kepada rakyat keburukan diri mereka sendiri. PR tidak perlu lagi bersusah payah mengadakan ceramah untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kezaliman dan keburukan BN, hanya cukup dengan apa yang BN telah tunjukkan kepada rakyat di Perak.

Walaupun PR terlepas kerajaannya di Perak, tetapi keadaan ini tidak sama dengan terlepasnya kerajaan PAS di Terengganu. UMNO Terengganu sanggup bersabar hingga pilihanraya 2008 untuk merampas kembali kuasa mereka. Dan mereka mendapat kembali kuasa mereka dengan cara terhormat melalui pilihanraya. Rakyat yang menjadi hakim dan membuat pilihan.

Tetapi UMNO Perak jenis manusia yang tidak ada kesabaran. Tidak bolehkah tunggu sehingga pilihanraya akan datang untuk berkuasa. Dalam masa menunggu ini UMNO boleh membuat berbagai-bagai projek untuk membantu rakyat dan memulih kembali imej mereka.

Kini rakyat bukan saja muak dan mual dengan perangai UMNO malah menaruh perasaan dendam. Dendam ini akan mereka luahkan dalam pilihanraya kecil negeri Perak atau pilihanraya umum akan datang dengan menghilangkan wang pertaruhan calon-calon UMNO & BN.

Wasalam.

WARUNG PAK KATIB said...

komen yang bernas. Diharap dapat lagi menyumbang sebarang idea agar pandangan dan pendapat ini boleh meresap masuk dalam jiwa-jiwa ahli BN yang selama ini hanya berpaksikan TV3 dan RTM

wassalam

Pak katib

Anonymous said...

'Mereka merancang...ALLAH jua merancang....namun PERANCAGANG ALLAH mengatasi peracangan mereka dan juga kita' ......quran

'Bilamana kamu menolong atas nama jalan ALLAH , nescaya ALLAH akan menolong mereka semula....' -maksud quran

sama-sama kita kongsi.
jengu2 http://gajahmenta.blogspot.com