Taiping- 8 Mac, "Agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Islam melalui kitab al-quran yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad SAW telah pun menjelaskan secara nyata bahawa Islam dan politik merupakan satu perkaitan yang erat. ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memerintah dengan adil dan kasihan belas". Melalui ayat ini jelas bahawa pemerintah itu adalah satu perkara yang melibatkan politik dan konsep keadilan itu adalah apa yang diwujudkan dan disarankan dalam agama. Ayat ini sebenarnya selalu dibaca ketika khutbah jumaat tetapi malangnya manusia tidak cuba untuk memahaminya sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pemerintahan dan politik di Malaysia. Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan turut menyelar sesetengah pemimpin UMNO yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan mengatakan Islam dan Agama dan politik adalah berbeza. Menteri Besar Kelantan memberikan ceramah beliau ketika berucap di hadapan ribuan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat dalam majlis Pelancaran Gerak Kerja P059 Bukit Gantang di Simpang sebentar tadi.
Turut hadir memberi ceramah dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya PAS Pusat Tn Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Perak yang juga Adun Pasir Panjang Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, Exco Perak Nge Khoo Ham dan beberapa pemimpin PAS Perak.
Dalam ceramah yang sama Tn. Guru Hj. Nik Aziz turut menyentuh beberapa isu yang cuba dimainkan oleh UMNO untuk tujuan politik khususnya dalam soal "derhaka". Dengan membaca petikan yang diambil dari akhbar harakah sambil tersenyum beliau telah membaca petikan yang bertajuk " siapa sebenarnya penderhaka". Petikan itu telah menyenaraikan 12 senarai kebiadapan UMNO semenjak dari Dato' Onn sehinggalah sekarang terhadap sultan. Kebiadapan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini adalah sebenarnya "penderhaka". Tetapi mereka ini telah memutarbelitkan fakta dan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat telah menderhaka kepada sultan khususnya dalam isu yang berlaku di Perak. Tn Guru juga dalam ucapannya telah menjadikan Kelantan sebagai model dan corak pemerintahan yang berasaskan Islam apabila mengeluarkan wang dari simpanan Bank yang berasaskan riba kepada Bank yang berteraskan kewangan Islam. Bukan setakat itu sahaja malah diwujudkan juga pajak gadai Islam ( Al- Rahn) yang bertujuan untuk melindungi rakyat agar tidak terinaya oleh sistem yang diperkenalkan sewaktu zaman Barisan Nasional dulu yang jelas memberi tekanan kepada penggadai dalam bentuk "bunga" yang tinggi.
"Alhamdulillah sistem yang kita amalkan ini telah diterima ramai bukan sahaja dari kalangan umat Islam tetapi juga dari bangsa lain.
Ketika mengakhiri ceramahnya di hadapan ribuan penyokong dan pengundi parlimen Bukit Gantang beliau menyeru kepada rakyat supaya sentiasa bersama-sama dalam perjuangan Islam dan menolak UMNO kerana UMNO jelas menyeleweng dari kehendak Islam.
-Pak Katib
No comments:
Post a Comment