Dulu " Pak hanggup" dan "si pelahap" telah mendominasi dalam negeri Pasir Dua Butir kini lain pula yang didengar. Belum habis sepurnama, negeri di wilayah tok ketua sekali lagi bergema. Kali ini Pasir dua Butir dipenuhi dengan anjing-anjing peliharaan tok ketua yang tak putus-putus menyalak dan menunjukkan taring. Pantang ada yang cuba hampir akan digigit. Tok ketua bukan sahaja dah pandai melatih anjing-anjing ini supaya tahu menghidu orang yang tak sebulu dengan tok ketua tapi tok ketua juga dah tahu macamana nak jadikan anjing-anjing ini cukup setia walaupun anjing-anjing ini tahu yang bakal digigitnya nanti adalah orang-orang yang tak berdosa dan patuh kepada undang-undang. Tok ketua dah arah kat anjing-anjing ini supaya sentiasa menyalak dengan harapan orang-orang yang lawan tok ketua akan rasa gerun.
Kat negeri Pasir Dua Butir ini bukan sahaja anjing yang tok ketua ada tapi kuda-kuda tunggangan yang bebal dan sangap walaupun kadang-kadang kuda-kuda ini tahu yang dia sebenarnya diperkudakan tetapi oleh kerana tok ketua dan tawarkan kuda ini dengan rumput-rumput kering sampai dia lupa dan taat pada tok ketua. Lembu-lembu yang tahu undang-undang dalam negeri Pasir dua butir telah tok ketua pakaikan cermin mata hijau supaya rumput yang kering itu disangka hijau. itulah taktik tok ketua untuk memperpodohkan lembu-lembu itu. Lembu-lembu ini cukup mudah untuk dicucuk hidung dan mudah untuk tok ketua menariknya mengikut selera tok ketua.
Sebatang pokok ketapang di negeri pasir dua butir dalam wilayah tok ketua telah menjadi saksi kepada musnahnya demokrasi dalam wilayah tok ketua. Orang-orang tok ketua telah memperlekehkan sidang bulat ini dan ada yang menganggap bahawa sidang bulat ini sebagai "tak bertamaddun". Tok ketua la yang memasukkan doktrin pemikiran sempit ini dalam otak orang-orang tok ketua sehingga sanggup memperlekehkan amanah rakyat.
Orang-orang yang tok ketua zalimi itu sebenarnya akan sentiasa dekat dihati rakyat dan tok ketua pula akan dibenci. Tok ketua kena ingat, walaupun anjing-anjing tok ketua telah menghalang ahli-ahli meja bulat ini untuk masuk dalam dewan yang sepatutnya, mereka ini sebenarnya akan dianggap pejuang yang sebenar walaupun terpaksa menghadapi rintangan yang dahsyat sehingga terpaksa bersidang di bawah pokok ketapang. mereka ini akan dikenang sampai bila-bila sebagai orang yang menjunjung amanah rakyat. Orang0orang seperti inilah pilihan rakyat. Mereka ini tak perlukan anjing-anjing untuk menyalak dan lembu-lembu untuk menafsir undang-undang yang salah serta tak perlukan kuda-kuda tunggangan untuk ditunggang mengikut selera mereka. Mereka ini hanya perlukan semangat dan kekuatan serta doa dari rakyat.
Mereka inilah yang akan diangkat martabatnya. Tok ketua hanya dapat menghalang jasadnya dari memasuki dewan tapi tok ketua tidak akan dapat menyekat inspirasi dan semangatnya untuk terus bersama rakyat dalam susah dan senang.
Pokok ketapang, anjing-anjing, kuda tunggangan dan lembu bebal adalah simbol kepada tenatnya demokrasi dan hak kebebasan serta terserlahnya kezaliman dan penindasan di negeri Pasir Dua Butir. Rakyat di negeri pasir dua butir yang masih lagi bersama tok ketua, buka lah mata dan lihatlah betapa zalimnya tok ketua. Hijrah lah...
Pak Katib
Wallahuaalaam
3 Mac 2009
No comments:
Post a Comment